Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, February 6, 2012
memalukan! ada MIC pun boleh salah eja kaa?
Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memohon maaf kepada kaum India, atas kesalahan terjemahan dan ejaan bahasa Tamil pada kain rentang "Selamat Menyambut Thaipusam" yang digantung di beberapa lokasi di Putrajaya.
Beliau yang kesal dengan perkara itu, berkata pihaknya menggantung kain rentang tersebut dengan niat baik iaitu sebagai menghormati penganut agama Hindu yang menyambut perayaan Thaipusam.
"Niat saya adalah baik mahukan tulisan Tamil turut serta pada kain rentang itu. Jadi kita minta pekerja BN dan anggota MIC untuk membantu menterjemahkan dan menulis dalam bahasa Tamil.
"Nampaknya mereka tidak mahir dalam bahasa Tamil. Saya minta maaf atas perkara tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Aman Kampus Kembara Mahasiwa Bersama Masyarakat di Putrajaya.
Tengku Adnan yang juga setiausaha agung BN berjanji akan memastikan kesilapan serupa tidak berulang dan akan mengambil pakar bahasa untuk melakukan terjemahan pada masa akan datang.
Beliau turut mengakui kain rentang itu disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa.
Kain rentang itu ditarik balik sehari selepas digantung apabila mendapat reaksi negatif daripada masyarakat keturunan India di Putrajaya.
(sumber - Malaysiakini)
** ini adalah kes memandang enteng.
mustahil la - UMNO dan MIC berkawan sikit punya lama. takkan la tak de langsung memana pihak yg mengajar depa ni ttg ejaan tulisan tamil yg betul dan tepat?
bagi aku senang - ini menunjukkan ketidak ikhlasan depa dalam meraikan kaum2 lain di malaysia - dan dalam masa yg sama menunjukkan kesombongan depa. bayangkan - ang pow warna putih, dan sekarang ini...nampak sangat UMNO TAK PEDULI DENGAN KAUM2 LAIN DI MALAYSIA.
masanya untuk kita menolak parti PERKAUMAN SOMBONG INI!
No comments:
Post a Comment