Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tuesday, February 28, 2012
kalau ye pun jahil, jangan la menyesatkan orang...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
sebelum aku nak ulas lanjut, eloklah kiranya kita tonton video ni dulu yg dirakamkan pada 26 Februari 2012 dalam Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
secara jujur, aku menggeletar bila meneliti balik pandangan dan "ijtihad" Tun M mengenai hudud. menggeletar kerana marah satu hal, menggeletar takutkan kemurkaan Allah satu hal.
secara keseluruhannya, mahathir mengatakan bahawa hudud itu hanyalah hukum ciptaan ahli fiqh dan tidak dinyatakan dengan jelas mengenainya dalam al Quran, dan hudud itu tidak adil seperti hanya org Islam je yg kena dan bukan Islam tak kena misalnya dan juga permasalahan rogol yg kononnya kena carik 4 saksi seumpamanya.
wahai mahathir, hingga ke situ kejahilan kamu?
hukum hudud bukan ciptaan ahli fiqh. bahkan bukan rekaan Nabi Muhammad صلی الله عليه وسلم. hukum hudud adalah ciptaan direct dr Allah swt. cara perlaksanaannya, hukumannya dan pelbagai lagi perihal mengenai hukum hudud ini diperincikan oleh Allah berulang kali dalam al Quran khususnya dalam surah al-Maidah.
Allah menyebut dengan jelas dalam surah al baqarah ayat 229,
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
walaupun ayat ini pada permulaannya menceritakan ttg talaq, tetapi Allah menggunakan ayat "hududullah" iaitu hukum hakam Allah. hence perkataan "hudud".
mahathir kata hudud tak adil sebab kalau org kena rogol perlu 4 saksi utk membuktikan kes. jom kota tengok senarai jenayah dan kesalahan yg diwajibkan hudud -
1) Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
2) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
3) Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
4) Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
5) Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
6) Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
7) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (Daulah Islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.
ada tak disebutkan rogol kat situ? tak de kan? so secara khususnya, jenayah2 yg tak disebut kat atas tu dihukum berdasarkan hukum2 lain sama ada takzir atau qisas, dan ada antaranya yg terpulang kpd ijtihad pemerintah atau penguasa sesuatu negara tersebut. so mahathir belajar kat mana tang "rogol kena cari 4 saksi"? dengan astora jabat?
seringkali juga dibangkitkan ttg "hudud tak adil" sebab "hanya org Islam sahaja kena hudud dan org bukan Islam tak kena". dalam ajaran sesatnya, mahathir menyatakan bahawa "satu perkara yg tidak adil bila org Islam yg mencuri hilang tangan dan org bukan Islam hanya dipenjara".
jom kita kaji dulu dalil yg menyatakan "pencuri kena dipotong tangannya",
”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana” (Surah Al- Maidah ayat 38)
nah, di situ Allah jelas memberikan dalil kepada kita ttg hukuman sang pencuri. soalnya, apakah semua pencuri kena potong tangan? tidak. ada kaedah dan pertimbangannya dalam Islam sebelum pencuri itu dipotong tangan whatsoever. benda2 mcm ni kena belajar dan berguru. kalau tak, jadilah jahil mukarrab mcm mahathir.
dia bangkitkan ttg "ketidakadilan". kalau tak nak kena potong tangan, JANGAN LA MENCURI! inilah apa yg cuba dilakukan oleh hukuman hudud - menimbulkan rasa gerun terutamanya kpd muslim supaya tidak melakukan jenayah. tak yah bohong diri sendiri - bangsa manakah yg paling banyak terlibat dengan kes curi kat malaysia ni? cina? india? yaa...melayu tuan2. MELAYU. jadi bersesuaian sangat la hudud ni dilaksanakan.
dan perlu diingat, hukuman yg berat di dunia insya Allah mampu meringankan dan menebus hukuman di akhirat kelak. org2 bukan Islam mencuri dikenakan hukuman berdasarkan ijtihad pemerintah - kalau penjara, penjara la misalnya - tapi di akhirat depa akan dihumban ke dalam neraka kekal abadi jika depa kekal kafir hingga akhir hayat depa. org Islam lak mungkin di dunia kena hukuman berat tetapi insya Allah hukuman itu akan meringankan depa di akhirat nanti dan silap2, depa dimasukkan ke dalam syurga dek kerana hukuman itu.
apakah mahathir hanya bercakap soal duniawi semata2 dan lupa ttg hari kemudian?
dalam satu riwayat, Aisyah رضي الله عنها ia berkata : Bahawa orang-orang Quraisy sedang digelisahkan oleh perkara mengenai seorang wanita Makhzum yang mencuri. Mereka berkata : Siapakah yang berani membicarakan masalah ini kepada Rasulullah صلی الله عليه وسلم? Mereka menjawab : Siapa lagi yang berani selain Usamah, pemuda kesayangan Rasulullah صلی الله عليه وسلم Maka berbicaralah Usamah kepada Rasulullah صلی الله عليه وسلم Kemudian Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda : Apakah kamu meminta syafaat dalam hudud Allah? Kemudian baginda berdiri dan berkata : Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu ialah, manakala seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun bila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah putri Muhammad mencuri, niscaya akan aku potong tangannya - (Hadis riwayat Imam Muslim)
antara beberapa dalil hudud lain yg terdapat dalam al Quran -
"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah" [An-Nur : 2]
"Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia." [Al-Ma'idah :33]
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah (DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan" ( Al-Maidah : 90)
jadi mahathir, celah mana anda mengatakan yg hudud itu cuma ciptaan ahli fiqh?
sebagai trivia, aku lampirkan petikan kata2 mahathir ketika pelancaran PERKASA satu ketika dulu -
Mengenai hukuman sebatan yang dikenakan ke atas bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Sukarnor dan tiga orang wanita Islam yang didapati mengadakan hubungan seks secara haram, bekas perdana menteri memberitahu, “kita kena tahu sama ada adil atau tidak hukuman ini.”
“Sama ada hukuman ini berasaskan agama Islam yang terdapat dalam al-Quran, hadis atau tafsiran yang dibuat oleh ahli-ahli fiqah tertentu” kata beliau ketika menjawab bahawa hanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seorang sahaja memberikan pandangan ‘tidak memihak’ dalam pelaksanaan hukuman sebatan dalam kes Kartika.
“Saya baca al-Quran tapi tak lah pandai... tapi dalam al-Quran dan hadis tidak disebut,” kata Dr Mahathir sambil menambah, “jika hendak memukul orang, kena pukul dengan betul-betul.”
“Kalau tidak pukul betul-betul, tak jadi teladan,” katanya.
Dengan menunjukkan cara merotan, kata Dr Mahathir, al-Quran tidak menyebut “dia kena pergi macam itu, tak ada kepit buku (ketika merotan).”
“Ini semua saya baca lah, tak tahu siapa buat,” katanya lagi.
ya Allah, jauhkan kami dari kemurkaanMu dek kerana keceluparan seorg tua yg jahil akan hukum hakamMu.
negara mana yg melaksanakan hukum hudud?
ReplyDeleteDo you need Personal Loan?
ReplyDeleteBusiness Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com
LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
================================
*Commercial Loans(RM500,000 - RM10,000,000)
*Personal Loans.(RM10,000 - RM100,000)
*Business Loans.(RM500,000 - RM10,000,000)
*Investments Loans.(RM500,000 - RM10,000,000)
*Development Loans.(RM1,000,000 Above)
*Acquisition Loans .(RM10,000,000 above)
*Construction loans.
*Business Loans And many More:
LOAN APPLICATION FORM:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....
Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com