Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.

Monday, April 30, 2012
Polis mengganas kerana khabar angin! Patut ke?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Meskipun BERSIH kali ini menyaksikan jumlah tangkapan yang sedikit banding BERSIH 2.0, menyaksikan kawalan kemasukan ke pusat bandar tidak seketat mana, ugutan yang diterima pun tidak segerun mana, tetapi BERSIH kali ini menyaksikan tindakan yang jauh lebih barbarik dan lebih tidak bertamadun oleh polis dalam menangani peserta2 demonstrasi - depa tidak tangkap sangat, tetapi membelasah habis2an secara "lumberjack".
Apakah itu lumberjack? Sesapa yang suka tengok WWE tau la lumberjack ni apa, iaitu berpuluh2 orang belasah sorg sampai lembik.
Kenapa sampai jadi begitu? Disebabkan provokasi? Disebabkan suka suka? Disebabkan dendam kesumat?
Jawapannya - kerana khabar angin.
Sunday, April 29, 2012
Tak cukup dengan BERSIH, Unit Amal pun difitnah juga?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sekonyong2 dalam segala tohmahan dan kutukan terhadap BERSIH 3.0 (yang sebenarnya berjaya dianjurkan selama 13 jam jika tidak kerana kesialan saat2 akhir) terdapat pihak yang mengambil kesempatan menaburkan fitnah dan tohmah terhadap Unit Amal.
Bagi aku, ini sudah melampau. Sebagai salah seorg petugas Amal yang terlibat, aku wajib mempertahankan Unit aku dari difitnah sedemikian rupa.
Siput Babi? Apakah itu Siput Babi?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Maka BERSIH 3.0 telah berlalu. Himpunan yang berjalan dengan jayanya selama 13 jam bertukar jadi huru hara pada saat2 terakhir sebelum bersurai. Pelbagai andaian, tuduhan dan kecaman dilakukan oleh kedua2 pihak terhadap satu sama lain.
Soalnya, apakah yang sebenarnya mencetuskan kejadian ini? Apa yang memulakan rempuhan halangan polis di Dataran Merdeka yang menjadi punca segala kekacauan ini? Siapakah yang menyebabkan kereta polis terbabas lalu meremph peserta? Dan yang paling penting, SIAPAKAH YANG MEMBELASAH POLIS?
Saturday, April 28, 2012
BERSIH 3.0 - keamanan yang bertukar tragedi
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebelum aku meneruskan tulisan aku, ingin aku nyatakan bahawa tulisan aku kali ni akan aku buat sejujur mungkin. Aku tak pilih bulu utk menyalahkan sesiapa hatta pimpinan Pakatan Rakyat sendiri jika perlu. Kebenaran harus dinyatakan walaupun pahit.
Friday, April 27, 2012
BERSIH - amanat, pesanan dan permintaan
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Insya Allah, menerusi penulisan kali ni aku akan bahagikan kepada dua bahagian, iaitu taklimat ringkas dan amanat serta pesanan untuk sahabat2 yang akan berduduk dan berbantah esok hari, serta bahagian "permintaan hormat" kepada pihak berkuasa, khususnya pihak polis.
Baik. Esok seperti yang kita tahu, kita belum tentu mendapat kelulusan dan kebenaran dari pihak berkuasa untuk berhimpun BERSIH. Terlalu banyak tarik tali berlaku dan tidak ada yang konkrit. Lagipun, track record pentadbiran UMNO BN yang teruk dan lidah bercabang selama ini menyebabkan begitu sukar hendak mempercayai sebarang jaminan yang depa berikan. So better kita anggap yang KEBENARAN ITU TIDAK PERNAH DIBERI. Prepare for the worst.
Subscribe to:
Posts (Atom)