بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
satu ketika dulu di india, ada sebuah gerakan militan yg menggelarkan diri depa gerakan khalistan bertanggungjawab mencetus pengeboman di delhi. maka utk mengawal kegiatan keganasan itu disamping pandangan bahawa undang2 yg sedia ada tidak cukup mantap utk mengawal keganasan, maka kerajaan India mewujudkan satu akta bernama akta TADA.
akta ini antara lain membolehkan pihak berkuasa menahan sesiapa saja yg disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan atau ekstremis tanpa perlu dibicarakan atau disabitkan pertuduhan. pihak berkuasa diberikan lesen besar utk menahan sesiapa saja yg depa syaki, dibenarkan menggunakan apa jua cara pun utk mendapatkan pengakuan dan tempoh penahanan boleh dilanjutkan mengikut budi bicara pihak berkuasa.
semakin lama, akta itu semakin disalahgunakan. pemimpin politik (kerajaan) menggunakan akta tersebut utk mengukuhkan kedudukannya disamping membasmi sebarang ancaman terhadap depa. sehingga akta itu dilupuskan ekoran bantahan menyeluruh di india pada tahun 1995, dilaporkan sebanyak 75,000 org telah ditahan dan daripada jumlah itu, hanya 1.8% SAHAJA yang didakwa atas apa jua pertuduhan berkait keganasan - tetapi tidak pernah disabitkan. ketika akta itu dilupuskan, seramai 72,000 tahanan dibebaskan begitu sahaja dan tidak pernah didakwa, apatah lagi disabitkan kesalahan.
selepas kejadian 9/11, atas dasar menyatakan sokongan terhadap kempen antikeganasan oleh USA, kerajaan india mewujudkan satu akta lain iaitu akta POTA - yang sebenarnya SAMA SAHAJA FUNGSINYA dengan akta TADA yg telah lupus itu. dan akta POTA itu masih berkuatkuasa hingga kini dan semakin disalahguna atas nama "menjaga keselamatan dalam negeri".
akta2 itu pernah menyaksikan bekas hakim mahkamah tinggi india, hakim sughvi (berketurunan punjab) ditahan menerusi akta tersebut hanya kerana satu ucapan beliau yg berbunyi, "satu hari nanti, kita (punjab) akan bebas dari semua ini". pihak kerajaan memandang ucapan itu sebagai satu hasutan kerpada rakyat utk memberontak lalu menahan sughvi. sehinggalah beliau dibebaskan setahun kemudiannya, beliau tidak langsung didakwa atas apa jua pertuduhan.
amacam - sama tak dgn apa yg ada kat malaysia nih? ;)
No comments:
Post a Comment