Saturday, February 9, 2013

Bila jemaah membelakangkan syura part 2

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Itu hanya contoh dlm PAS, sebuah gerakan Islam di medan siyasah yg pastinya cabarannya sgt TINGGI!

Saya mahu kongsikan juga contoh luar dari gerakan PAS yg sebahagainnya melibatkan sahabat2 saya dari NGO2 gerakan Islam yg tidak kurang ujian mereka lalui.

Sejarah melakarkan gerakan2 dakwah lain turut diserang sikap perlanggaran syura oleh ahlinya,
antaranya;

[8] Al-Arqam ditubuh sekitar 1973 keluar dari PAS oleh Ketua Lajnah Tarbiyyah PAS sendiri atas alasan mahu fokus pd sistem pentarbiyyah ruhiyyah sendiri, dan akhirnya tenggelam dlm aurad Muhammadiyyah yg difatwakan sesat.

[9] ABIM yg sungguh gemilang & berjaya di era 1970an telah terpecah kpd ABIM Pusat, ABIM Kedah & ABIM Perlis setelah tindakan Anwar Ibrahim memasuki UMNO utk cubaan membetulkan kezaliman & kerosakan UMNO dari dalam. Keputusan membelakangkan syura itu berpanjangan kesan berangkainya [domino effect] terhadap landskap dakwah di M'sia, yg akan kita sama hayati selepas ini...

[10] Kesan tindakan Anwar itu juga, ABIM Kedah memisahkan diri dari ABIM di peringkat Pusat dan ABIM Kedah terlibat memberikan sokongan terus kpd PAS, termasuk meneruskan sistem pengajian tersendiri di Dehrang & Kuala Ketil. Dan ABIM Pusat mengambil tindakan lebih berani utk meminta ahli2 ABIM seluruh M'sia mengundi BN dlm dua pilihanraya 1990/95 demi membantu Anwar mencapai hasratnya. Walaupun itu keputusan di pusat, tapi jelas UMNO tidak mengizinkan perlakuan itu terlaksana. Dan ABIM menjadikan itu satu "jatuhan lubang" yg penting dalam sejarah dakwah M'sia. Cubaan berdakwah dari dlm kerangka yg sudah rosak & zalim tanpa mahu menolak keseluruhan sistem UMNO itu jelas satu yg bathil. Kaffarahnya panjang buat Anwar atau ABIM sendiri.

[11] ABIM bangkit selepas ujian getir itu, dan meleraikan diri dari UMNO pasca tertubuhnya Gerakan Reformasi Rakyat [GERAK] 1998. ABIM diperingkat pusat telah bergabung bersama pelbagai gerakan Islam & parti politik lain apabila AlMarhum Fadhil Noor sbg Presiden PAS menubuhkan GERAK tersebut. Gabungan itu sungguh memberikan hikmah apabila PAS, ABIM, JIM berganding-bahu secara rasmi & pertama kali dlm sejarah meruntuhkan kezaliman UMNO & BN bersama sokongan parti politik lain [PKN, DAP, PSM]. Perbezaan yg kecil sudah mampu diketepikan [bertolak ansur] demi satu matlamat lebih besar. Namun tetap, ABIM akhirnya turut diserang sekali lagi oleh beberapa bekas pimpinan pusat sendiri yg keluar dan mengambil keputusan mesra bersama NGO atau UMNO demi menolak keputusan ABIM berpadu dlm gabungan itu. Itu ujian kedua buat ABIM.

[12] 10 tahun sebelum itu juga, ABIM Perlis yg tertubuh hasil tindakan Anwar tersebut dijenamakan sbg HALUAN [Himpunan Lepasan IPT] secara rasmi pada 1988 [tarikh tertubuhnya HAMAS] yg kekal kini kekal dlm medan dakwah tarbiyyah tersendiri. HALUAN meneruskan tarbiyyah lebih fokus tanpa pada kaderisasi pelajar & mahasiswa. Pada zaman itulah mereka menerima kehadiran ramai bekas pelajar2 luar negara termasuk yg ditarbiyyah oleh IRC & Ikhwan 'Alami Mesir utk bersama mereka ketika di M'sia. Kehadiran mereka diraikan dlm organisasi HALUAN setelah mereka tidak lagi mahu bersama dgn JIM yg dikatakan semakin bersama dgn UMNO, atau lebih tepat bersama dlm pgm2 kerajaan. Mereka diberi pegang amanah2 utama HALUAN termasuk ketua di negeri2 tertentu. Di situlah bermula siri kedua sikap perlanggaran adab jamaah tersebut.

[13] Kumpulan pelajar 'Alami Mesir itu asalnya adalah kumpulan pelajar yg sama ketika zaman hujung 1980an di Mesir yg menyokong & bernaung di bawah entiti di M'sia yg tidak dikenali masyarakat sbb telah wujud NGO ABIM dan PAS di dlm masyarakat secara berhadapan. Tanzim "tak bernama" kumpulan itu yg kebanyakan lepasan mahasiswa UK & Australia membuat keputusan bersama membantu PAS bukan di barisan hadapan tetapi menolak ABIM yg bersama UMNO. Hasil dari ijtihad mereka juga, yg turut melibatkan persetujuan PAS, maka tertubuhnya JIM [Jemaah Islam Malaysia] sekitar 1990 sbg wajah gerakan mereka dlm masyarakat. Sebagai NGO, mereka terlibat di dlm perlbagai agensi kerajaan. Tindakan itu terus ditolak secara total oleh mahasiswa Mesir tersebut yg berkata JIM telah melanggar dakwah dan lari dari perjanjian asal dgn PAS. Maka itulah yg menyebabkan sebaik sahaja mereka pulang ke M'sia, mereka tidak kekal lama bersama JIM dan menyertai HALUAN spt yg dinyatakan di atas. Itu adalah satu tindakan mengejutkan yg tidak dijangka oleh kepimpinan awal JIM sendiri.

[12] Namun sekitar tahun 1993 [seingat saya ketika itu] hampir semua kumpulan mahasiswa Mesir yg bersama HALAUN itu bertekad dgn satu keputusan yg berpecah dari syura HALUAN demi beusaha mengambil-alih kepimpinan HALUAN utk dibawa bersama ke dalam JIM. Tindakan itu dibantah dan berlaku satu mesyuarat khas di Kelana Jaya yg masih segar buat ramai ikhwah JIM/HALUAN. Dari tindakan itu juga, berlakunya kisah duka antara kedua jamaah JIM/ HALUAN utk beberapa ketika, walau usaha kumpulan itu gagal.

[13] Kumpulan yg sama yg tidak diterima oleh ABIM mahupun HALUAN akhirnya bersama kembali dlm JIM setelahditolak dari HALUAN. Mereka tetap gagal utk menerajui kempimpina JIM yg majorotinya di pimpin oleh bekas pimpinan IRC dan ramai senior dakwah dari Mesir yg lebih awal menubuhkan JIM. Maka utk JIM, berdasarkan latar belakang tarbiyah di Mesir yg diterima oleh kumpulan tersebut, maka JIM syura mengamanahkan mereka kaderisasi kampus dan sekolah, termasuk Hirak, Al-Amin & Hidayah. Demi penyusunan gerakerja itu juga, maka Ikatan "Siswazah" Malaysia [ISMA] ditibuhkan sekitar 1997 utk fokuskan pada kerja2 membantu tarbiyyah JIM.

[14] Namun masalah lain berbangkit, apabila kumpulan yg sama yg menerima amanah JIM tersebut sebaliknya melakukan seruan utk mahasiswa dalam M'sia dan luar [UK/Australia] bersama dgn NGO baru mereka mereka sbg sebuah jamaah dlm JIM. Perkara itu disedari dan berlaku campurtangan syura & dari kepimpinan Ikhwan Mesir sendiri yg membantah tindakan sabotaj sedemikian, dan Ikhwan meminta mereka kembali pd fokus asal kaderisasi tersebut. Namun ia diabaikan, dan sudah mula timbul di awal tahun 2000an tindakan dan doktrin di belakang syura yg mempopularkan idea JIM "sudah buang asolah dakwah" [keaslian dakwah], mereka diadik-tirikan dlm JIM [ie. hanya menjaga pelajar, bukan entiti2 ekonomi JIM etc] terutama setelah kemasukan pimpinan mereka Tuan Hj Saari Sungib, Dr Dzulkefly Ahmad IIl dan beberap lain ke medan politik. Sikap mereka pada ketika itu menolak keras penglibatan figures JIM dlm PAS tersebut.

[15] Sikap duduk bersama dlm organisasi tanpa tsiqah & walak pd keputusan syura itu berkekalan pada jiwa anak2 muda itu hinggalah mereka akhirnya mewujudkan entiti jamaah dgn menukar nama ISMA kpd Ikatan "Muslimin" Malaysia sekitar 2003 sbg sebuah NGO baru yg dizahirkan secara rasmi pd masyarakat. Pada masa itu bermulalah episode "menarik keluar" atau menguasai Aman Palestine yg ditubuhkan JIM [dan beberapa entiti lain] yg ISMA asalnya hanya diberikan amanah mengurusaknya.

[16] ISMA dlm kepmpinan Ust Abdullah Zaik dan majoriti bekas mahasiswa Mesir yg bersama beliau itu bergerak melawan segala keputusan JIM tersebut. Pada msa itu, berlaku pelbagai pemulauan dan usaha menjarakkan ISMA dari JIM secara total, termasuk melawan kerjasama JIM dgn PAS & PR. ISMA yg baru itu juga menjadikan isu Palestine satu isu yg eklusif dan mereka tidak mahu berkerjasama dgn mana kumpulan NGO lain jika terlibat dlm kerjasama itu JIM. Akhirnya JIM pada masa itu terpaksa menubuhkan PACE sbg entiti amal lapangan Palestine dlm masyarakat.

[17] Kesan lain dari situ juga, JIM menerima kesan besar apabila berlakunya kekosongan lama [vacuum] pengkaderan pelajar & mahasiswa kampus yg tidak bersama dgn JIM dlm tahun2 1995~2005 kerana majoriti mahasiswa ditarik bersama dlm jamaah ISMA baru itu tanpa faham pengkhianatan yg ISMA baru lakukan. Pelbagai usaha penyatuan dilihat gagal dan kumpulan bekas pelajar Mesir itu meneruskan agenda mereka hingga berjumpa titik bebezaan selepas PRU12 2008.

[18] Idea yg dikembangkan oleh ISMA sebaik PRU12 2008 adalah "kerjasama PAS dgn UMNO" dlm satu kesepakatan bangsa Melayu yg bermula dlm pemilihan MB di Perak. Semua itu dilakukan demi menunjukkkan bezanya ISMA baru itu dari JIM yg asal yg mereka mahu ahli ISMA itu tolak JIM secara total. Maka disitulah bermulanya slogan "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" [MSIB] yg mula dipopularkan bermula 2008. Slogann yg kelihatan cantik itu bila diberikan definasi dgn jelas menunjukkan ISMA menyokong UMNO atas nama melayu utk berpakat dgn PAS. Masa itu juga bermulanya kembali pelbagai peristiwa perebutan entiti dan individu oleh ISMA baru dari JIM. Mereka juga menolak usaha JIM menubuhkan IKRAM yg bertujuan menggabungkan kembali JIM, ISMA, Musleh etc di bawah satu wadah baru dakwah.

[19] Dan bermula 2010, secara rasmi IKRAM tertubuh dan ISMA yg sebelum itu bersama di bawa syura yg sama telah berpisah secara rasmi. Di situ jugalah berlakukanya bantahan ISMA dlm apa jua kerjasama jamaah baik dgn IKRAM, JIM, atau PAS, atau gabungan NGO dakwah lain sekalipun. Mereka bertindak sendirian dalam medan dakwah tanpa wujud apa2 "hubungan rasmi" dgn Ikhwan Muslimin di Mesir. Antara idea poltik [ada 7 semuanya] yg mula cuba di perkenalkan oleh ISMA baru itu adalah;

# PAS mesti bergabung dgn UMNO demi melawan parti bangsa lain yg bukan dipimpin oleh muslim.

# Hanya sokong PAS dlm PRU13, tetapi tolak UMNO, DAP, MCA, MIC. Tetapi sokongan hanya diberikan pd PAS "tulen" dan tidak menyokong mana2 calon PAS yg bekas ahli JIM atau yg mereka sendiri gelarkan tidak jelas fikrah, atau parasit.

# Presiden ISMA sejak 2011 memperkenalkan kaedah BN itu satu tahaaluf siyasi utk ISMA memilihnya demi satu mudharat yg lebih rendah berbanding memilih PAS dlm PR.

# etc...
Rujuk: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150949291464876&set=a.10150215629584876.329083.632394875&type=3&theater

Banyak lagi kisah2 sedih dakwah yg semakin rosak dilakukan oleh ISMA, walau dibantah oleh PAS atau Ikhwan sendiri yg mereka abaikan. Kemesraan dan kerjasama mereka yg begitu rapat dgn UMNO atas nama Melayu, dan yg turut mengecewakan adalah dgn kekuatan penguasaan mahasiswa yg agak lama, mereka telah men-indoktrinasikan mahasisiwa utk turut menolak kerjasama tahaaluf siyasai PAS dan mengembalikan suasana kampus kpd zaman era 1980/90an di dalam perebutan anak2 usrah dan berg2 pelajar bari.

W'alam.

Saya usaha utk menceritakan dgn ringkas tanpa pengdalilan details apa 2yg saya sendiri lalui sepanjang penghaytan saya utk memahamkan KITA SEMUA betapa tindakan membelakangkan syura sesebuah organisasi hanya akan melahir seorg individu atau kumpulan baru yg lebih rosak dan merosakkan.

Itu juga yg di haramkan dlm Islam apabila sesebuah jama'ah ditubuhkan atas perkiraan nafsu dan sukakan jawatan, hanya akan melahirkan ta'adud jamaah bersifat "tanaaqud" iaitu saling berbalahan, dan di haramkan!

Jumhur ulamak termasuk Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan kelahiran jamaah atau pecahan kumpulan pendakwah yg baru atas sifat tersebut adalah "bathil".

bersambung part 3

No comments:

Post a Comment