Monday, February 4, 2013

bersatu utk memenangkan Islam, bukan sebaliknya!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

kerap kali sesetengah umat Islam berbalah mengenai pembacaan doa Qunut sewaktu solat subuh. ada yg kata benda tu kena buat. ada yg kata tak perlu buat. malah ada yg kata bidaah. pendekata, macam2 pandangan dan "fatwa" dikeluarkan.

ekceli, doa qunut ni mmg ada khilaf di kalangan ulama. bila benda khilaf, maka ianya tak menjadi masalah jika nak baca atau tak. para ulama besar seperti syeikh Ali Jadul Haq, mantan syeikhul Azhar menyatakan bahawa jika kita ikut mahzab syafie baca qunut subuh, maka kita akan dapat fadhilat. kalau kita tinggal, solat tetap sah - tak de masalah.

pokoknya tak penting pun baca qunut atau tak - yang pentingnya SOLAT SUBUH tu WAJIB BUAT.

macam tu jugak dalam senario jemaah Islam di negara ni. Pas merupakan jemaah Islam terbesar negara. dalam Pas ada pelbagai pihak yg berbeza2 pandangan terutamanya bab khilaf dan juga pendirian personal. dalam jemaah sebesar itu, perselisihan pendapat adalah tidak dapat dielakkan. org bawah takkan dapat mengelak rasa tidak bersetuju dgn pimpinan atasan dan begitu juga sebaliknya.

ada juga jemaah2 Islam luar Pas yg kononnya suci murni mahukan perjuangan yg tidak terpesong dari landasan memilih utk "memekak dari kejauhan" dan tidak mahu menyertai dan memperkuatkan Pas. alasan depa "selagi Pas bersama dengan pihak tolak Islam, selagi tu depa tidak akan bersama2 dengan Pas" sedangkan selama ni depa tak bersama2 Pas pun. puncanya - at least - tidak setuju atas beberapa perkara.

namun begitu, perselisihan pandangan itu boleh diejas menerusi halaqah, muzakarah, munaqasyah dan sebagainya TETAPI kenapa tidak puak2 yg berbeza pandangan ini menumpukan kepada satu tujuan yg lebih qat'ie iaitu MEMENANGKAN ISLAM DI MALAYSIA? itu jauh lebih penting!

perpecahan sebeginilah yang sebenarnya melemahkan umat Islam di malaysia. mcm mana kita nak expect Pas menjadi peneraju kemenangan Islam di malaysia sekiranya jemaah2 Islam seperti Isma terus bertindak sebagai "tukang karut tepi jalan" je? yang terbaru, depa nak sertai PRU sebagai calon bebas - konon atas alasan utk "menyelamatkan politik melayu" dan "protes terhadap tahalluf siyasi Pas dan PR" tetapi tindakan inilah yg sebenarnya akan melemahkan lagi usaha utk memenangkan Islam!

sewajarnya Isma ke atau sesapa sahaja bersatu bersama2 Pas selaku jemaah Islam siyasah dan sahsiah tertua di Malaysia ini utk mengorak langkah mengambilalih petadbiran kerajaan malaysia. jika benar jemaah2 ini jujur dan ikhlas mahukan Islam menjadi tunjang, tidak ada jalan lain selain menguatkan Pas. jika Pas cukup kuat, mungki tahalluf itu tidak lagi perlu sebaliknya Pas akan jd tunjang politik negara ini serta mampu menjadi penentu dasar negara.

cukup2 la mengutamakan ego sendiri. masanya telah tiba utk berjuang demi Islam. Islam berdaulat, baru bangsa akan kuat. not the other way round.

No comments:

Post a Comment