Friday, February 15, 2013

cukup-cukuplah pasal kalimah Allah..


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

aku sebetulnya malas nak sentuh isu kalimah Allah ni. ada banyak lagi perkara yg jauh lebih penting utk diketengahkan banding isu kalimah Allah ni seperti isu buang bayi, keruntuhan sosial dan akhlak, isu hutang negara, rasuah dan penyelewengan dan sebagainya.

sebab apa aku kata mcm tu? sebab isu kalimah Allah ini tidak qat'ie. tidak menjadi isu pun di negara2 luar hatta negara2 arab sekalipun. malah, kalau nak ikutkan kat negara arab tu bible depa bukan sekadar guna kalimah Allah, tapi siap ditulis dalam bahasa arab! lagi haru biru. kalau dapat kat puak2 Umno yg buta Quran, mau depa ingat bible tu Quran! mmg kes naya.

jadi kenapa isu ini terus dimainkan? bagi aku, ada beberapa sebab.

1) Umno cuba menanamkan persepsi buruk terhadap Pas kepada masyarakat melayu kononnya Pas ni tidak tegas, flip flop, tunduk pada desakan kafir, tidak ada pendirian tetap dan sebagainya.

2) Hendak mewujudkan kekeruhan antara Pas dan rakan2 lain dalam PR.

3) Hendak menjatuhkan kredibiliti Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang kononnya depa ni buat u-turn

4) Umno sebenarnya DAH TAK DE ISU nak dimainkan sebab mmg tiada isu berbangkit terhadap Pas dan PR.

cumanya, melalui perbuatan spin berterusan ini, ianya menjelaskan hakikat betapa

1) Pas sebenarnya digeruni oleh Umno. bagi depa, Pas adalah tunjang PR dan kerana itulah, Pas seboleh2nya cuba dipisahkan oleh PR.

2) pengaruh Pas yg cukup kuat juga menjadikan Umno kepanasan. sebab tu sebolehnya Umno cuba memburukkan imej Pas.

baik. sebagai recap, aku paparkan sekali lagi kenyataan rasmi Majlis Syura Ulama berkenaan hal ini -

"Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS."

jadi kat sini mana flip flopnya? mana u-turnnya? sila baca betul2 kenyataan rasmi ini. emphasis kenyataan (2) yg merujuk kepada apa yg diperkatakan selama ini oleh TGNA dan TGHA dan juga perkara (3) mengenai ketetapan rasmi Pas.

pesan aku, tolong belajar ttg hukum dan kaedah2 yg berkaitan sebelum berbicara.

No comments:

Post a Comment