Thursday, July 5, 2012

Kalau tak puas hati, jangan main fitnah2 pulak!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Aku dah jangka benda ni lama dah.

Dah dua topik aku keluarkan mengenai "penghijrahan dari buruk ke baik". Dari lagha ke fitrah diri. Aku tau, penghijrahan ini - terutamanya yang high profile - pasti akan menimbulkan pelbagai reaksi. Tulisan aku menerusi tajuk "Orang nak jadi baik - kenapa dihalangi dan ditangguhkan" serta "memang pelik kalau artis masuk PAS" sedikit sebanyak mengupas skeptikaliti sesetengah pihak yang tak boleh menerima penghijrahan org lain daripada keadaan yang tidak bagus kepada kebagusan. Dan menambahkan rencah, penghijrahan itu tidak berlaku kosong. Ianya seiring dengan berdirinya sebahagian besar daripada depa atas pentas perjuangan siasah.

Lantas, pihak2 yang tak berpuas hati ini terus mengenakan satu taktik yang dipanggil "lu fikir lu sapa nak berlagak baik?" Ingat lagi tak masa Bob Lokman mula2 berhijrah dulu, yang kemudiannya disusuli dengan pengakuannya betapa dia kesal dunia artis yang dia lalui itu begitu banyak pancaroba dan maksiat - lantas ditempelak Awie yang menyatakan "saya kenal Bob masa dia jadi artis. Dia bukannya baik sangat!"

Terbaru yang menjadi mangsa ialah Abby Abadi. Begitu sakan puak2 yang melepas ini menyebarkan gambar2 lama beliau yang tidak menutup aurat, gambar2 gossip beliau bersama seorg pelakon muda, disiarkan kembali krisis rumahtangga beliau dengan Norman Hakim dan terkini, beliau difitnah kahwin senyap2 dengan Datuk Takiyuddin Hassan!

Yang lebih lawak, ada pulak pihak yang menggesa para artis yang berubah daripada lagha kepada kebaikan ini supaya "kembali ke pangkal jalan"! Depa ni sasau ke apa?

Ambillah contoh kami di PR. Artis masuk UMNO, silakan. Kami tak larang. Kami tak kutuk. Kami hanya tembak bila artis2 tersebut menembak kami. Lisa Surihani jadi puteri UMNO - ada kami kutuk dia? AC Mizal jadi badut UMNO sampai kacau ceramah org pun kami tak kutuk. Jauh sekali kami nak bongkarkan kisah2 silam depa, gossip2 depa, skandal2 depa - bukan budaya kami. Malah, kalau ikutkan kami tak perlu dedahkan apa2 pekung lama sebab bilamana depa ni sertai UMNO, depa tak berubah apa pun. Macam yang aku pernah cakap - depa kekal dalam kelaghaan cuma kali ni depa berjemaah dalam kelaghaan dengan menyertai satu parti lagha. Tu je.

Pesan aku satu je la - tak payah fitnah2 para artis yang berhijrah dan seterusnya bergiat aktif falam politik. Depa juga manusia. Ada pendirian dan pandangan. Ada yang memilih untuk tidak menyuarakan pandangan depa secara terbuka seperti Wardina, dan ramai lagi yang memilih untuk berjuang seperti Aishah dan Hairie Othman. Ini negara demokrasi. Masing2 mempunyai hak untuk bersuara. Dan bukan salah kami kalau artis2 yang masuk UMNO tidak diketengahkan sebagai pejuang UMNO. Mungkin kepimpinan UMNO sendiri tidak mempercayai daya intelek artis2 yang masuk UMNO tersebut lantas depa dipetisejukkan sahaja.

Berhentilah dari membuka pekung lama. Orang yang bertaubat itu kekasih Allah weh - jangan bawak main2. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”.

Renungilah firman Allah di dalam surah al Hujurat ayat 11, "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment