Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, July 2, 2012
Nak laksana hukum Allah, laksana je - tak yah cabar2!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hukum hudud kembali menjadi perbualan. Dan buat kesekian kalinya, isu ini tidak dibangkitkan oleh PAS sama sekali.
Baru2 ini, ADUN Kemelah di Johor Datuk Ayub Rahmat dalam sidang DUN JOhor mencadangkan agar Johor mendahului Kelantan dalam melaksanakan hukum hudud di negeri selatan tanahair itu "dengan hudud yang sebenar" meliputi semua kaum, dan bukannya seperti hudud PAS yg hanya meliputi org Islam sahaja. Ayub juga dalam masa yang sama mencabar agar PAS menyetujui dan menyokong cadangan itu.
Aku faham taktik Ayub ni. Dia nak tengok apa reaksi PAS - apakah PAS akan bersetuju atau PAS akan berdolak dalih menyokong cadangan itu. Jika berlaku sedemikian, maka point yang akan digunakan ialah "PAS ternyata menggunakan hudud untuk politik" dan sebagainya.
Tapi apa yang berlaku selepas itu amat tidak dijangka2 sekali oleh depa.
Nik Aziz dalam satu kenyataannya yang turut dipost melalui laman Facebook rasminya menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan itu. Malahan, kenyataan Nik Aziz turut dilaungkan juga oleh Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib dan pelbagai aras pimpinan PAS. Pendekata, PAS langsung tak de masalah jika cadangan Ayub tu menjadi kenyataan kerana bak kata Nik Aziz, "alhamdulillah, jika mereka telah punya kesedaran" dengan disudahi kata2 "harapannya, janganlah cadangan itu ditarik balik".
Sekonyong2, kedengaran bantahan keras daripada presiden MCA, Chua Soi Lek yang menerusi twitternya menyifatkan Ayub sebagai "hilang akal" dan "tandus idea" serta menyatakan bahawa MCA "akan menentang usaha itu habis2an". Tup2, tak lama lepas tu Datuk Zainal Abidin Osman yang merupakan ajk agama Johor menyatakan bahawa "cadangan itu tidak pernah dibincangkan di peringkat kerajaan negeri sebelum ini" manakala mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsuddin pula mengambil pendekatan 'no komen'.
Bermakna, kata2 keramat Soi Lek itu berjaya mengecutkan telur para agamawan di Johor sekelip mata sahaja. Tidak ada seorang pun pimpinan UMNO Johor atau para pejuang melayu dan akidah mahu menembak Soi Lek lantaran kelancangannya itu. Cuba kalau Karpal Singh yang bersuara sedemikian, mcm mana agaknya reaksi media massa dan para pejuang melayu seperti Perkasa?
Memburukkan lagi keadaan bagi UMNO, para mufti seluruh negara mula menyuarakan pandangan bahawa elok jika UMNO membawa cadangan itu ke seluruh negara dan bukan hanya di Johor semata2 kerana "hukum Allah adalah sesuatu yang wajib dilaksanakan tak kira oleh siapa pun." Ini menambahkan lagi tekanan kepada UMNO itu sendiri. Alang2 nak buat, buat la satu negara. UMNO ada segala tenaga dan kekuatan serta depa pegang media pun - penerangan mudah dilakukan banding dengan PAS yg terpaksa mengharapkan pentas ceramah dan kuliah masjid.
Pointnya kat sini mudah - aku tak berniat nak persoalkan niat Ayub ketika mengutarakan cadangan tu. Aku setuju kalau depa nak laksana hudud. Asal hukum Islam terlaksana, siapa yang melaksanakannya tu tak penting. Cuma yang jadi kekesalannya ialah kenapa perlu cabar PAS supaya bersetuju? Hukum Islam ni wajib laksana. Tak yah nak cabar sana sini.
Daripada korg cabar PAS menyokong, cuba korg tarbiyyahkan Soi lek tu supaya bersetuju dan menyokong cadangan itu. Dan aku menunggu apakah reaksi para pejuang melayu Islam yang merata2 tu mengenai kenyataan Soi Lek. Benda kena adil la beb - dia pun kafir. Dia menentang hudud. Siap kata Ayub tu hilang akal lagi. Takkan tak nak marah Soi Lek kot? Siapa yang ditunggang sebenarnya ni?
Dalam masa yang sama, ada pulak pencacai UMNO dok cabar Haji Hadi untuk menyokong sama cadangan ini dan mempertikaikan kenapa Haji Hadi tidak memberikan respon. Buat apa? Cukup la Nik Aziz dan Datuk Harun bagi respon. Tak payah sibuk2 pasal respon SEMUA pemimpin PAS. Dapatkan respon Jamil Khir Baharom dulu.
Pesan aku satu je la - segerakan bentang draf hudud sebenar seperti yg didakwa itu, then tunjukkan mekanisme terbaik utk melaksanakannya. Kami boleh tiru selepas itu. Nevertheless, UMNO pun banyak tiru idea dalam Buku Jingga, so tak de masalah kalau kami nak tiru mcm mana UMNO laksanakan hudud, kan?
Nak laksana hukum Allah, teruskan. UMNO ada segala kekuatan yang diperlukan. Tak perlu nak jadikannya modal politik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment