Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, July 11, 2012
Terima RM80,000! Awang Adek wajib jawab!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pagi tadi, aku menghadiri sidang media tergempar yang dianjurkan oleh Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk membuat pendedahan mengenai kemungkinan berlaku rasuah membabitkan seorg timbalan menteri.
Di sini, aku lampirkan kenyataan seperti yang disiarkan dalam Harakahdaily, yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut -
Pemuda PAS meminta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husein yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim JejakJaya Bumiputera agar menjelaskan dari mana sumber dua cek bernilai RM80,000 yang dimasukkan dalam akaun beliau.
Cek CIMB Bank yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu itu dimasukkan ke dalam akaun beliau ketika menjadi Pengerusi Skim Jejakjaya Bumiputra pada tahun 2010, yang juga pad amasa yang sama merupakan Timbalan Menteri Kewangan.
Pemuda PAS juga meminta Awang Adek menjelaskan, kenapa cek-cek itu dimasukkan ke dalam akaun beliau.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohamad Nor nilai RM80,000 yang didepositkan ke akaun Awang Adek ketika itu adalah sangat diragui dan memerlukan penjelasan daripada Timbalan Menteri berkenaan.
Malah katanya, Awang Adek yang juga disebut sebagai pemimpin yang mahu dinobatkan oleh Umno BN sebagai Menteri Besar Kelantan sewajarnya beliau terlebih dahulu mesti dilihat bersih dari sebarang skandal rasuah atau apa jua elemen yang merosakkan integritinya sebagai pemimpin.
"Kami tegas mahukan penjelasan daripada beliau. Apakah terdapat elemen rasuah dan untuk apa jumlah wang ini ditunaikan ke akaun peribadi beliau dalam satu masa?" soalnya kepada wartawan dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzzaman Mohammad pula berkata Awang Adek mesti jujur dan tampil berani membuat penjelasan jika tiada apa-apa yang bertentangan dengan undang-undang dan etika serta nilai integriti sebagai penjawat awam.
Bagaimanapun, Kamaruzzaman enggan mendedahkan syarikat yang terbabit mengeluarkan cek berkenaan kerana memberi masa kepada Awang Adek menjelaskan perkara ini terlebih dahulu.
"Bagaimana seorang Timbalan Menteri mendapat dua keping cek bertarikh 6 Disember 2012 daripada sebuah syarikat yang berkepentingan," katanya dalam sidang media bersama.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail memberikan tempoh 21 hari kepada Awang Adek untuk menjelaskan hubungan beliau dengan seorang Cina bernama Hong Cheong.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa juga memberi masa 21 kerapa Awang Adek untuk berforum dengan beliau ekoran dakwaan penyelewengan dalam Kelantan Gold Trade (KGT).
Bagi aku mudah - ada kemungkinannya Awang Adek bising mengenai KGT dan Husam bertujuan untuk mengalihkan pandangan org ramai berhubung hubungannya dengan Hong Cheong dan pelbagai tuduhan salah laku yang terpalit ke atasnya, tetapi berikutan pendedahan terbaru Pemuda PAS Pusat ini, Awang Adek takkan boleh lari lagi.
Dia wajib memberikan penjelasan. Or else, telunjuk bengkok kelingking berkait laaa...
BUKTI PENERIMAAN CEK OLEH AWANG ADEK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment