Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, July 9, 2012
Siapa yang asabiyyah, Mahathir?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Madey Kutty strikes back! Kali ni, dia menembak secara membabi buta dalam blognya menerusi tajuk "asabiyyah" yang dihalakan tepat ke arah PAS dan pucuk pimpinannya terutamanya Nik Aziz. Pelik - kenapa dia cuak sangat, atau lebih tepat JAKI SANGAT dengan Nik Aziz? Sebab Nik Aziz tak pernah balas setiap kutukan dia ke?
Kat sini aku akan lampirkan setiap point dia dalam penulisan tahap longkangnya itu, dan aku akan sanggah satu demi satu. Fasten ur seatbelts.
1. Kita hairan bagaimana ada orang Islam yang begitu sekali menyanjung tinggi pemimpin mereka sehingga sanggup minum air basuh kaki mereka ini. Tetapi inilah yang berlaku apabila terlalu taksub kepada pemimpin.
Minum air basuh kaki? Sepertimana org2 melayu yg taksub kepada Ayah Pin minum air basuh kaki dia? Pernah ko tengok org2 PAS minum air basuhan tangan Nik Aziz, Hadi Awang atau memana pucuk pimpinan - let alone minum air basuhan kaki? Ke sebab ada puak UMNO yang sanggup minum air kumbahan najis ko semata2 kerana taksubkan "Mahathir Mohamad"?
Ada beza menyanjung tinggi pemimpin (terutamanya yg berilmu tinggi dan hebat sahsiahnya) berbanding taksub. Taksub ni cthnya mcm bila pemimpin tu kutuk Imam Bukhari, para pengikutnya yg taksub turut kutuk Imam BUkhari walhal kalau nak dibandingkan pemimpin tu dengan Imam Bukhari, pemimpin tersebut tak layak waima nak jadi tukang cuci jamban rumah Imam Bukhari pun.
2. Saya diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional menang di Kelantan kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Nik Aziz. Demikianlah ketaksuban ini sehingga apa sahaja yang didakwa olehnya berkenaan agama Islam maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam.
Inilah namanya "menari tak pandai, lantai disalahkan". Ko lupa ke betapa PAS hampir kalah pada tahun 2004? Kalau UMNO menang kat Kelantan tahun 2004 tu, agaknya mcm mana pulak bunyiknya ko ni ek?
Kalau Nik Aziz dah tak de nanti (setiap manusia pasti akan mati) insya Allah PAS akan tetap subur di bumi Kelantan, malah seluruh Malaysia. Rakyat Kelantan hidup subur dibawah pemerintahan ulama dan bukannya penyemak mcm ko. Nik Aziz mempunyai ilmu agama yg jauh lebih tinggi dari ko dan kalau ikut gaya penulisan ko ni, seolah2 ko nak gambarkan Nik Aziz tu pembawa ajaran sesat. So kenapa tak nak tangkap je Nik Aziz tu?
Sekali lagi, ada beza antara taat kepada pemimpin (yg juga ulama) berbanding taksub. Nik Aziz tak pernah ngajo kami membenci ulama, mempertikai ayat Quran, memperlekeh hukum Allah, menghina sunnah Nabi dll. Ironinya, ko yang mengajar semua tu. Dan para pengikut ko yang taksub semua ambil bulat2 pandangan muktazilah ko tu.
3. Kata orang ini, tidak ada gunanya ulama lain atau Mufti menolak dan menidakkan dakwaan Nik Aziz, orang Kelantan tetap akan percaya pendapatnya juga. Jika ada yang ragu sekalipun, mereka tidak akan menyatakan keraguan mereka.
"Orang ini" itu siapa? Diri ko sendiri ke? Pandangan mufti mana yang bercanggah dengan Nik Aziz? Dan kalau bercanggah pun, apakah ianya melibatkan perkara qat'ie atau ijtihadi? Korg je yg cuba menimbulkan keraguan terhadap Nik Aziz dengan acapkali menyiarkan statementnya sekerat2 walhal hakikat sebenarnya berbeza sama sekali. Contoh terbaik - kata2 Nik Aziz bahawa Allah itu samseng dan Nabi Muhammad itu seperti budak kampung biasa masa kecil. Kalau dibentangkan full statement, then kita akan fahami maksudnya tapi dah bangsa korg jenis suka ambik sekerat2. Nak buat mcm mana - ayat al Quran pun ambik sekerat2, ni kan pulak statement musuh korg. Tudung kepala pun sekerat2.
4. Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz bahawa mengundi PAS akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di akhirat. Tetapi nampaknya majoriti rakyat Kelantan, samada mereka terima dakwaan ini atau tidak, terus setia dan menyokong kepimpinan Nik Aziz. Kemenangan PAS di Kelantan dan di lain-lain tempat membuktikan kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalah guna agama untuk politik duniawi.
Pertama sekali, org Islam yg waras sudah tentu akan fikir banyak kali utk mendengar kata2 ko mengenai Islam terutamanya bila ko mempunyai isteri yang tak menutup aurat walaupun dah tua, serta mempunyai anak yg memiliki saham dalam syarikat arak dan judi, malah ada yang menyokong LGBT.
Kat sini menunjukkan betapa IQ penulisan ko lebih kurang tahap blogger picisan yang baru nak belajar menaip. Isu "undi PAS dapat pahala" ni dah terjawab lama dah tapi mcm biasa, ko tetap nak bangkitkan lagu sumbang lama dan pengikut2 ko yang taksub pastinya akan mengiakan dan mendewakan tuduhan bodoh ko ni. Meh sini aku bagitau ko sekali lagi utk bagi kepala hotak ko faham - Nik Aziz kata "buat kerja menegakkan Islam dapat pahala. Jadi, PAS ni kerjanya menegakkan Islam. Insya Allah, takkan la undi PAS tak dapat pahala? Undi PAS insya Allah dapat pahala sebab PAS menegakkan Islam. Sedangkan alih duri dari jalanan pun dapat pahala, inikan pula menyokong gerakan menegakkan Islam". Faham?
Dan tidak pernah sekalipun Nik Aziz kata "undi PAS gerenti masuk syurga". Dia dah banyak kali cabar sesiapa tunjukkan bukti - sampai sekarang hampeh. Ko nak tunjuk bukti tersebut ke Mahathir? Ke ko pun hampeh?
5. Demikian jugalah dengan lain-lain kenyataan dan sikap yang lari jauh dari ajaran Islam saperti menidakkan keIslaman orang yang tidak menyertai atau menyokong PAS.
Ini juga satu lagu sumbang yang cuba dimainkan semula - isu kafir mengkafir. Aku dah jelaskan dengan panjang lebar pasal hal ni banyak kali. Kalau ko nak tau sangat ttg kaedah takfir ni (Nik Aziz tak pernah mengkafirkan sesapa pun, sebagai rekod. Bahkan tiada pimpinan PAS yang mengkafirkan sesapa), sila baca penerangan aku mengenai takfir dalam penulisan aku yg bertajuk "Apabila si jahil murakkab mengkafirkan ulama...". Jangan malu dan segan untuk membaca ye.
6. Dahulu kerjasama antara UMNO dengan orang bukan Islam didakwa bertentangan dengan ajaran Islam. Sekarang PAS di bawah kepimpinan Nik Aziz bukan setakat bekerjasama dengan orang bukan Islam tetapi juga sanggup bekerjasama dengan orang yang menolak dengan keras dan secara terbuka hasrat PAS untuk mendirikan Negara Islam dan melaksana hukum hudud.
Bagaimanakah bentuk kerjasama itu? Apakah kerjasama itu membuahkan penumbuhan kilang arak, casino genting, percambahan pusat judi, loteri kebajikan, kabaret dan lain2 yang pernah dibawa masuk UMNO demi "menghormati hak org bukan Islam"? Allah berfirman dengan jelas, "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan." (al maidah, 2). Tolong menolong kami secara tahalluf adalah untuk memastikan PIHAK YANG MELAKUKAN KEROSAKAN DAN KEBEJATAN DI BUMI MALAYSIA INI IAITU UMNO DITUMBANGKAN DARIPADA TAMPUK PEMERINTAHAN. Kami tak tolong menolong membina kilang Carlsberg.
Oh ye - nak cerita hudud? Apsal ko diam seribu bahasa mcm org hilang lidah (dan telur) bila Chua Soi Lek lantang mengatakan UMNO "hilang akal" sebab cadang laksana hudud? Siapa yang menentang hudud sebenarnya sekarang ni? Cermin diri tu dulu, Mahathir.
7. Saya masih ingat semasa kita bangunkan Putrajaya, Nik Aziz mendakwa apabila PAS memerintah Negara ini, Kerajaan PAS akan lelong Putrajaya. Hari ini lain pula bunyinya. PAS berjuang untuk ke Putrajaya sebagai pemerintah.
Ini lagi satu ayat blogger picisan. PUTRAJAYA ITU ADALAH SIMBOL. Simbol kepada pusat pemerintahan negara ni. Kalau kat Britain depa ada 10 Downing Street. Kat USA depa ada White House. Kat Malaysia, Putrajaya la! Kalau Putrajaya tak wujud lagi dan pusat pemerintahan Malaysia masih di Parlimen, then "PAS mahu menuju ke Parlimen" laaa.. Kalau pusat pemerintahan negara ni kat Kubang Pasu, maka ayatnya "menuju ke Kubang Pasu"! Faham ke dak?
8. Dalam masyarakat Islam penyelewengan kerap berlaku kerana ajaran sesat yang disampaikan oleh ulama yang tidak bertanggungjawab. Adanya Qadiani dan puak-puak tertentu yang lain ialah kerana taksub kepada pemimpin agama. Kita lihat bagaimana kuatnya pegangan pengikut Ashaari dan Ayah Pin kepada ajaran mereka.
Kenapa ko bangkitkan point ni? Apakah mahu mengaitkannya dengan PAS? Kalau benar PAS itu membawa ajaran sesat, aku wonder kenapa Jabatan Agama Islam tak bertindak terhadap PAS sampai skang.
Bahkan, kalau nak ikutkan ttg ajaran sesat, LEBIH SESAT LAGI AJARAN YANG MENGATAKAN HUDUD ITU TIADA DALAM AL QURAN. Ada la sorg "ulama nyanyuk" cakap kat Sarawak tak lama dulu...
9. Di India, British menggalakan penubuhan dan perkembangan Qadiani kerana ia akan memecah-belah orang Islam dan melemah mereka. Kita syak yang pendaftaran dengan pantasnya Parti Islam Se Malaya oleh British juga mempunyai niat yang sama. Ia berlaku diwaktu orang Melayu buat kali pertama bersatu untuk menentang British. Bahawa PAS, dalam Pilihanraya 1955 menentang kemerdekaan Malaya memanglah menepati hasrat British. Tetapi perjuangan PAS untuk melambatkan kemerdekaan gagal.
Ohhhh..nak kaitkan hal itu dengan PAS pulak? Ko lupa ke atau buat2 lupa PAS wujud sebab apa? Dan ko lupa ke kewujudan UMNO itu sendiri adalah sebagai mengekang perkembangan pertubuhan2 melayu yang sebenar seperti PKMM? Ko lupa ke UMNO itu sendiri adalah wadah buat British meneruskan kelangsungan penjajahannya ke atas Malaysia menerusi perlembagaan Reid?
Jawab soalan aku - kenapa British membenarkan penubuhan UMNO walhal sudah terdapat PKMM pada ketika itu? Dan kenapa semasa darurat, HANYA UMNO YANG TIDAK DIHARAMKAN OLEH BRITISH? Jangan lupa - Raja2 Melayu sendiri tak sokong sangat UMNO pada ketika itu.
10. Dalam Pilihanraya 1955 PMIP hanya menang satu kerusi. Selepas itu PMIP bersungguh-sungguh mengguna agama sehingga dalam Pilihanraya Umum 1959 Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangannya. Walaupun Kerajaan PAS Terengganu runtuh dan diganti dengan Perikatan tetapi ini tidak kurangkan ketaksuban kepada PAS.
Kenapa bersungguh2 ko nak guna nama PMIP? Utk pengetahuan, Persatuan Ulama SeMalaysia didaftarkan atas nama PAS dan penggunaan PMIP adalah berdasarkan undang2 British pada masa itu yang menuntut setiap parti yang bertanding menggunakan bahasa Inggeris. Dan jangan sebut la pasal PMIP menggunakan agama - mmg matlamat kewujudan PAS adalah utk menegakkan agama pun!
11. Berpecah dan lemahnya umat Islam ialah kerana taksub kepada kepimpinan lebih dari ajaran Islam seperti yang terdapat dalam Al Quran.
12. Keadaan orang Islam dan agama Islam di Malaysia begitu juga. sesungguhnyalah segala keburukan datangnya dari orang Islam sendiri.
Benar - umat Islam berpecah sebab ada pihak mahukan Islam, dan ada pihak yang banyak songeh bila berbicara ttg Islam. Taksub kepada pemimpin yang mempertikaikan ayat2 Quran dan hadis2 sahih, serta memperlekehkan para ulama muktabarin zaman berzaman. Keburukan tu mmg dtgnya dari kelemahan umat Islam, tapi jangan lupa - siapakah yg memerintah negara ni sekian lama? Siapakah yg memegang media? Siapakah yg mengawal atur negara ni secara solo sejak merdeka? Rasulullah s.a.w bersabda, "agama rakyat tertakluk kepada agama para pemimpinnya". So kalau pemimpin jahanam, natijahnya rakyat jahanam la. Cermin diri la weiii...
Kenangilah sabda Rasulullah s.a.w., yg bermaksud,"Sesiapa yg berperang di bawah `bendera buta` dan menyeru kpd `asabiyyah atau marah krn `asabiyyah, maka kematiannya adalah mati jahiliyyah." ( Riwayat Muslim,Ibn Majah,an-Nasa`i)
[ Kata as-Sindi dlm mensyarahkan hadith2 Sunan Ibn Majah. Lafaz 'bendera-buta' (dlm bahasa kita ialah membabi buta) ialah kiasan kpd satu puak yg berhimpun atas suatu perkara yg tidak diketahui samada benar atau batil.( rujukan : Syarh Ibn Majah jld 4,m.s. 326,cetakan Dar al-Ma`rifah,Lubnan.)
Sekiranya berjuang dlm keadaan yg tidak tahu benar atau salah dianggap mati dlm jahiliyyah, apatah lagi golongan dan individu yg mempertahankan pemimpin yg terang2 zalim/jahat.
Ini adalah sikap yg lebih jahiliyyah.Golongan jahiliyyah sebelum kedatangan Nabi s.a.w.,terkenal dgn sikap mempertahankan puak sekalipun bersalah. Jahiliyyah moden juga demikian. Mrk terus mempertahankan seseorg pemimpin yg zalim sekalipun mrk sedar dia zalim semata2 krn parti yg didokong. Maka golongan ini mati jahiliyyah, seperti matinya pendokong2 jahiliyyah yg lalu.
Dlm menjelaskan maksud `asabiyyah, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,yg maksudnya,"`Asobiyyah itu kamu tolong kaumnya atas kezaliman."
[ Hadith ini riwayat Abu Daud.Kata Ibn Muflih,dlm al-Adab as-Syar`iyyah,hadith ini hasan.Ini disokong oleh Syu`ib al-Arnaud dlm tahqiqnya kpd kitab tersebut.(rujukan :al-Adab as-Syar`iyyah,jld 1,m.s. 81,cetakan Muassasah ar-Risalah.) ]
Golongan asabiyyah membukti dan mengamalkan asabiyyah apabila mrk terus menyokong seseorg sekalipun zalim/menindas. Golongan ini mati seperti matinya seorg yg tidak berpegang kpd Islam,sebaliknya berpegang kpd dasar jahiliyyah.
Dan tidak ada satu org yg lebih zalim drpd org yg kononnya berbicara ttg Islam tapi dalam masa yg sama, memperlekehkan hukum hakam Islam. Ya - engkaulah org itu, Mahathir Iskandar Kutty. Siapakah yg asabiyyah sebenarnya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bro.... sori.. out of topik...
ReplyDeletebleh tukar kaler ijau florosen tu ke ijau yg lbh lembut tak?.... sakit mata la....