Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, July 25, 2012
"Ulama" ILMU yang biadab.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Akhirnya aku langgar janji aku.
Aku sebetulnya cuba menghormati permintaan Ustaz Din Tantawi agar tak memanjangkan isu "solekan" baru2 ni, tapi memandangkan Pena Minang cuba membawa dendam kesumat ni ke level yg mengarut, maka aku kena bersuara.
Baik, sebelum itu jom kita teliti status oleh sorg makhluk ILMU, si Ahmad Fauzan (aku tak berminat nak panggil dia Ustaz) 19 Julai lalu yang menjadi punca polemik ini -
"Terkejut melihat Ketua Pemuda Pas "rela" disolek oleh seorang jurusolek perempuan pihak astro awani..tahniah buat sahabatku Fathul Bari kerana "memilih" utk "menyolek" diri sndiri kerana bimbang tersentuh dgn wanita.apa guna perjuangkan islam andai hal semudah ini tidak dpt dijaga.renung2kan..."
Budak tadika pun tahu apakah sasaran status bodoh ni. Tak lain tak bukan menggambarkan Ustaz Din Tantawi itu "khianat agama" dan Fathul Bari itu "baik gila". Kononnya Fathul Bari tak menjual agama, Ustaz Din jual demi secolek mekap.
Terpukul dengan fitnah bodoh ini, Pemuda PAS Gombak mengeluarkan satu status bergambar yang jelas mengantoikan betapa Fathul Bari - yg kononnya mekap sendiri - JUGA DISOLEK OLEH JURUMEKAP WANITA. Sedangkan tidak ada gambar seumpamanya dirakam berkenaan Ustaz Din!
Sila baca kenyataan Ustaz Din yang ditulisnya menerusi fanpage Facebooknya pada pagi 25 Julai 2012 -
"Ramadhan Kareem ! Sahabat semua ....
1. Sedarkah kita sekarang berada di bulan Ramadhan Al Mubarak ? Bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.
2. Justeru itu , saya harap sangat - sangat agar kita tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk : PRU 13 , Orang Muda Pilih Siapa ? baru - baru ini.
3. Saya bersetuju bahawa juru 'touch up' wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya. Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru touch up lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang. Teguran itu dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai. Penganjur bersetuju dengan teguran saya.
4. Saya sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas touch up muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini. Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi saya. Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium. Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani ]
5. Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali. Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati. Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan Sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.
Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa. Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa."
Sila bandingkan pula dengan kenyataan Fathul Bari berkenaan insiden yang sama, pada hari yang sama (tapi lewat sikit) -
"Untuk isu “solek” yang diperdebatkan oleh pecinta kebenaran; komen saya:
1. Setiap insan pasti melakukan kesilapan termasuk diri saya dan Ketua Pemuda PAS. Maka saya akui kesilapan saya (seperti di dalam gambar) apabila disolek kali pertama di bilik mesyuarat (moga Allah mengampunkan kesalahan ini), dan saya telah memperbetulkan kesilapan tersebut ketika berada di pentas debat, alhamdulillah.
2. Maka, yang terbaik buat pesalah adalah mengaku kesalahan dan beristighfar.
3. Bagi yang memberi komentar, jagalah lisan dan perkataan. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.
4. Bagi pihak yang menganjurkan program yang memerlukan kepada solekan, maka tolonglah ambil serius isu perbezaan jantina antara juru solek dan yang disolek.
5. Mungkin ada yang beralasan, “tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit”, tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: “mata juga berzina”. Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.
6. Saya dan KP PAS (saya yakin) bukanlah sengaja menghulurkan wajah untuk disolek, tetapi keizinan untuk disolek diambil oleh kami secara spontan tanpa sempat berfikir panjang. Inilah kelemahan manusia.
7. Saya cuba disolek kali pertama di dalam bilik (seperti di dalam gambar). Pada waktu itu saya baru tiba dalam kekalutan dan kelewatan, lalu disolek buat kali pertama. Tetapi saya telah meminta daripada juru solek untuk membersihkan sendiri. Namun oleh kerana ketidak”cekapan” saya dalam menyolek menyebabkan wajah saya bertapuk lalu juru solek tersebut melakukan touch up. Manakala kali kedua ketika di pentas, saya bermuhasabah kesilapan yang lalu maka saya tidak mengizinkan wajah saya disolek olehnya sekali lagi.
8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.
9. Saya berterima kasih atas nasihat Ustaz Fauzan dan sahabat-sahabat atas kesilapan ini. Moga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi fitnah dunia dan akhirat. Wallaahua’lam."
Pertama sekali selepas membaca kedua2 kenyataan ini, ternyata Ustaz Din lebih apologetic dan matang berbanding Fathul Bari. Kenapa?
1) Ustaz Din LANGSUNG TIDAK MENYENTUH TENTANG FATHUL BARI ketika memperbicarakan ttg perihal mekap tersebut, jauh sekali menyatakan "saya dan dia ni manusia biasa bla bla bla..." Ustaz Din hanya berbicara tentang dirinya, dan dirinya sahaja. Tak perlu dia nak mengheret org lain utk berkongsi kesalahan. Ini dilakukan oleh Fathul Bari.
2) Ustaz Din bersungguh2 mahu semua pihak melupakan insiden mekap itu, lantas dia tidak memberikan komentar yang panjang mahupun kelam kabut mempertahankan dirinya. Bahkan, dia mengakui kealpaannya walaupun kejadian berlaku bukan salahnya.
Fathul Bari? Kelam kabut merekacipta seribu alasan dan situasi untuk menyatakan "aku ni mulia, suci". Siap mention yg "saya bermuhasabah diri selepas itu..." riak tahap berapa ko ni, Fathul Bari?
3) Ustaz Din mengambil sikap melindungi sahabat seulama (aku tak setuju langsung Fathul Bari digelar ulama, tapi nak buat mcm mana) dengan merayu agar Fathul Bari tidak diaibkan lagi. Tapi Fathul Bari?
Pemuda Gombak sums up perangai Fathul Bari dengan baik sekali -
"Tulis Fathul bari "8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi."
Bandingkan dengan kenyataan FB Fauzan, COO ILMU (aku disclose kat atas tadi)
Berdasarkan kenyataan Fauzan, ayat "apa guna perjuangkan islam andai hal semudah ini tidak dpt dijaga" memang sesuai untuk Fathul Bari.
Status ini diupdate pada 19 Julai dan mengandungi ayat pembohongan "tahniah buat sahabatku Fathul Bari kerana "memilih" utk "menyolek" diri sndiri kerana bimbang tersentuh dgn wanita".
Dalam tempoh 19 Julai status ditulis sehingga 24 Julai gambar Fathul Bari terbongkar, Fathul Bari langsung tidak rasa bersalah Fauzan berbangga fathul Bari menyolek diri sendiri.
Walhal, sudah terang-terang Fathul Bari disolek. Maknanya Fathul Bari sendiri turut bersubahat membiarkan status ini tersebar di FB walhal dia tahu bahawa dia disolek. Dalam masa sama, sehingga kini Fauzan sendiri tidak pernah menarik balik atau memohon maaf atas kekhilafannya menulis status ini.
Malah dengan bangganya Fauzan mendakwa dia dan Ilmu bertindak adil kerana turut menegur Fathul Bari. Walhal, teguran itu hanyalah selepas Fathul Bari kantoi apabila gambar yang memaparkan dirinya disolek disebarkan."
Nampak? Di saat Ustaz Din bersikap "nak buat mcm mana...yang lepas tu lepas la..", Fathul Bari masih mahu menampakkan dirinya suci dan baik serta mengambil ruang untuk mengkondem Ustaz Din secara halus. Apa ni? Apakah disebabkan dia hangin satu badan betapa TIDAK ADA GAMBAR USTAZ DIN YANG DISEBARKAN waima oleh juhalak2 taghut yang dilindunginya?
Bagi aku, Fathul Bari amat tidak professional dan amat busuk hatinya. Segala apa yang dia tulis, aku pulangkan balik kepada dirinya. Selagi kedua2 makhluk keji ini tak meminta maaf, terutamanya Fauzan, aku akan terus menyerang dan menyerang sehingga kedua2nya mati akal.
Watch ur step, scumbags.
Monday, July 16, 2012
Antara dua "kerahan"...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Petang Sabtu, kecoh betul puak UMNO menjaja satu surat "kerahan" oleh PAS Pusat mengarahkan ahli2nya datang menghadiri Himpunan Oren.
Tapi hari ni, seorg pelajar kolej komuniti membocorkan satu surat kerahan daripada pihak penganjur 1M4U (sapa ke lagi) supaya pihak kolej komuniti menghantar para pelajar menghadiri program serba lagha itu. Dan ini yang kantoi - sekolah2? Universiti? Politeknik? You'll get the idea.
"Kerahan" PAS x menjanjikan t-shirt percuma, topi percuma dan pelbagai yg percuma lagi. Kerahan 1M4U? Malas nak citer.
Aku dah pesan banyak kali - jangan kahak ke langit.
Sunday, July 15, 2012
Road trip demi 3 himpunan...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semalam memang merupakan hari yang amat memenatkan.
Pada sebelah pagi, berlangsung Himpunan Hijau peringkat WP di Putrajaya. Kami dari PAS Kawasan Batu memang dah setting untuk konvoi beramai2 menuju ke Putrajaya. Masing2 bersemangat dan selepas aku memberikan taklimat ringkas, kami pun bertolak dengan aku mengetuai perjalanan.
Kami singgah sekejap di Shell jalan Tun Razak untuk mengisi minyak dan mungkin ada yang nak membeli makanan ringan atau ke tandas, dan kemudian kami meneruskan perjalanan kami menyusuri Jalan Tun Razak menuju ke Maju Expressway. Perjalanan begitu lancar dan para peserta konvoi begitu berdisiplin. Dalam perjalanan kami terserempak dengan geng Wangsa Maju tapi memandangkan atas highway, tak leh la tunggu.
Thursday, July 12, 2012
Masalah rumahtangga jangan dijadikan bahan politik!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jom kita imbau kembali sejarah para Nabi dan Rasul yang hebat.
Satu hari, Nabi Ibrahim datang ke rumah anaknya Nabi Ismail. Ketika itu, Nabi Ismail tidak ada di rumah. Yang ada hanyalah isteri Nabi Ismail. Setelah duduk sekian lama, Nabi Ibrahim yang tidam memperkenalkan dirinya siapa kepada isteri anaknya itu berasa kurang senang dengan sikap dan perilaku isteri anaknya itu. Lalu baginda meminta diri dan berpesan, "khabarkan kepada suamimu bahawa ada seorg tua datang sebentar tadi, rupanya begini dan begini, dan khabarkan kepada suamimu bahawa orang tua tersebut tidak menyukai alang pintu rumah ini. Minta ditukar segera."
Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya pun menceritakan tentang perihal "orang tua" tersebut dan menyampaikan pesannya. Nabi Ismail lantas bersuara, "itu adalah ayahku Nabi Ibrahim, dan ternyata dia tidak senang dengan perilaku kamu. Maka kamu aku ceraikan pada saat ini juga."
Tak lama kemudian, Nabi Ismail berkahwin lain, dan sekali lagi Nabi Ibrahim melawat anaknya ketika Nabi Ismail tiada di rumah dan hanya tinggal isterinya sahaja. Setelah duduk sekian lama, Nabi Ibrahim yang juga kali ini tidak memperkenalkan dirinya meminta diri lalu berkata, "sampaikan salamku pada suamimu, dan khabarkanlah padanya seorg tua yang begini dan begini telah datang melawatnya. Dan khabarkan padanya bahawa alang pintu rumahnya ini sedang elok sahaja dan tidak perlu ditukar."
Apabila Nabi Ismail yang pulang kemudiannya diberitakan tentang pesanan itu oleh isterinya, Nabi Ismail pun berkata, "itu adalah ayahku Nabi Ibrahim, dan ternyata dia amat menyenangi kamu. Maka berbahagialah wahai isteriku."
Apa motif aku bukak kisah ni?
Wednesday, July 11, 2012
Terima RM80,000! Awang Adek wajib jawab!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pagi tadi, aku menghadiri sidang media tergempar yang dianjurkan oleh Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk membuat pendedahan mengenai kemungkinan berlaku rasuah membabitkan seorg timbalan menteri.
Di sini, aku lampirkan kenyataan seperti yang disiarkan dalam Harakahdaily, yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut -
Merungkai misteri Jaya Negara...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semua org tau kejadian yang berlaku di JPM beberapa hari lepas. Semua org tau juga siapakah "Imam Mahdi" yang dok mengamuk tu.
Cuma apa yg org tak tau ialah "apakah motif amukan itu".
Mari kita ulangi cerita - seorang lelaki yang mengaku dirinya "imam Mahdi" telah mengamuk di perkarangan bangunan JPM bersenjatakan samurai. Dia ditemani oleh seorg wanita yang kemudiannya disahkan sebagai "pengikut" kepada "imam Mahdi" tersebut. Berlaku adegan tembak menembak (sebenarnya, polis je yang tembak. Si "imam" tu mana ada pistol pun) dan natijahnya, sang "imam" mati sewaktu tiba di hospital (DOA) dan si pengikut cedera parah.
Tak lama kemudian, identiti "imam" itu didedahkan di alam maya iaitu "imam" tersebut merupakan seorg blogger yang menggunakan nama samaran Jaya Negara. Dia menguruskan laman blognya sendiri iaitu Jayanegara.blogspot.com. Blognya mengandungi pelbagai penulisan yang merupakan luahan ala sufi (yang sebenarnya memeningkan) dan bak kata pihak berkuasa, membuktikan Jaya Negara ini mempunyai masalah mental. Kemudiannya, pihak berkuasa mengesahkan bahawa Jaya Negara adalah Khalil Afandi Abd Hamid. Pengikut wanitanya itu pula aku yakin merupakan seorg pengikut tegar blog itu yang bernama samaran "Dhada".
Tuesday, July 10, 2012
Siapakah kuda tunggangan demi menubuhkan casino Genting?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jom kita imbas kembali asal usul casino di Genting - dan siapakah tulang belakangnya -
Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.
Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.
Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.
Tapi Lim Goh Tong bukan bod oh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.
Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.
Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.
Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.
Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.
Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,800 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..memang bod oh la.
Tun Razak pun aku tak payah cerita..sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata la.
Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?
Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).
Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri.
Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.
Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll.
Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.
Najib Razak pewaris Genting
Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.
Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi.
Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut.
Profail
Tan Sri Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar / Maimun bin Haji Abdul Manaf
Anak
Rahah
Suhaila
Fakhriah
Abu Rais
Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976)
Toh Puan Suhaila menjadi isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia ke-3 , Tun Hussein Onn (1976-1981).
Cucunya kini Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi
Perdana Menteri Malaysia ke-6 .
Seorang lagi cucunya ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Najib.
Bekas Speaker Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.
Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Jangan salahkan pencuri, sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela.
Posting ini bukanlah bertujuan utk mengaitkan Allahyarham Tun Noah, cuma hendak mengimbau kembali sejarah tertubuhnya pusat judi terbesar asia tenggara ini dan siapakah tulang belakangnya - dan sejauh mana penglibatan tokoh2 UMNO dalam usaha ini sehingga boleh dianggap melakukan kekufuran melampau (nak kata kafir, marah).
Dan sejauh mana pemimpin2 UMNO ni diperkudakan oleh cina. Poyo je tuduh2 org lain - sendiri lebih teruk!
(artikel ini dikutip dari status Mahkota Taqwa)
Monday, July 9, 2012
Siapa yang asabiyyah, Mahathir?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Madey Kutty strikes back! Kali ni, dia menembak secara membabi buta dalam blognya menerusi tajuk "asabiyyah" yang dihalakan tepat ke arah PAS dan pucuk pimpinannya terutamanya Nik Aziz. Pelik - kenapa dia cuak sangat, atau lebih tepat JAKI SANGAT dengan Nik Aziz? Sebab Nik Aziz tak pernah balas setiap kutukan dia ke?
Kat sini aku akan lampirkan setiap point dia dalam penulisan tahap longkangnya itu, dan aku akan sanggah satu demi satu. Fasten ur seatbelts.
Gelombang Munajat PRU13 PAS Batu meriah!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pada hari Ahad, 8 Julai 2012 telah berlangsung program Gelombang Munajat PRU 13 anjuran PAS Batu (PAS Kawasan Batu, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda) bertempat di KUIZM, Taman Melewar. Ini merupakan program kali kedua seumpamanya selepas program yang sama 2 bulan lepas.
Program kali ini memuatkan acara solat maghrib dan isyak berjemaah yang diimamkan oleh Saudara Abu Bakar Abdul Rahman selaku Ketua Pemuda PAS Batu (maghrib) dan Ustaz Abdul Kadir selaku Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Batu (isya'). Taujihat disampaikan oleh Ustaz Muhammad Izzat yang selepas itu turut mengimamkan solat hajat, manakala zikir munajat pula diketuai oleh Saudara Nurpais Ismail selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Batu. Saudara Rafik Masuod mempengerusikan majlis pada malam itu.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Hj Mohamad Noor Mohamad, Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan yang juga AJK PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Suhaimi Abdul Aziz selain para pucuk pimpinan PAS dari pelbagai peringkat. Para VIP juga sudi meluangkan masa menyampaikan amanah dan pesanan kepada para jemaah sebagai titipan bagi memperkuatkan lagi semangat jemaah menghadapi PRU yang bakal menjelang bila2 masa sahaja.
Mudah2an, majlis yang serba ringkas ini diberkati oleh Allah dan segala munajat dan hajat yang dialun dan dipersembahkan diterima Allah dan seterusnya memperkenankan kemenangan PAS di bumi Malaysia menyusuri jejak langkah Ikhwanul Muslimin di Mesir, insya Allah.
Takbir!
Sunday, July 8, 2012
Setahun sudah berlalu...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pertama sekali, maaf dipinta sebab 3 hari ni aku tak update apa2 entri dalam blog ni. Bukannya apa - mmg 3 hari ni aku teramatlah sibuk sampai nak hadap laptop pun tak sempat. Nasib baik ada tab - boleh juga la aku update status2 aku dan juga mengupdatekan diri aku sendiri dengan isu2 semasa. Kalau nak ikutkan, aku nak komentar pasal Chua Soi Lek dan hudud, kes fatwa terbaru mashitah pasal dakwah (dia lagi...), pasal hasan Ali nak ajak dr Rani berdebat (pun dia lagi....) dan banyak lagi. Tapi untuk hari yang istimewa ini, aku cuma nak tumpu pada satu perihal.
Sudah setahun berlalu semenjak himpunan hebat BERSIH 2.0.
Thursday, July 5, 2012
Apakah "jadi baik" itu terhad pada malam @ bulan tertentu saja?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Nisfu Syaaban baru berlalu. Inilah harinya dimana buku amalan kita diangkat ke hadrat Allah swt untuk disimpan sebagai rekod, dan kita seolah2 "buka buku baru" dan mudah2an, kita mampu isi buku baru kita itu dengan pelbagai amalan2 yang baik sebagai bekal buat kita menghadap Allah pada hari pembalasan kelak.
Lantaran itu, nisfu Syaaban memang amat popular sebagai hari "orang memperbanyakkan ibadat" dan "bermuhasabah diri". Tak kurang juga yang mengambil peluang untuk "bermaaf2an" pada hari tersebut. Disaat semuanya bagus belaka, timbul persoalan - apakah semua amalan yang bagus itu seharusnya tertumpu pada hari itu sahaja?
Kalau tak puas hati, jangan main fitnah2 pulak!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Aku dah jangka benda ni lama dah.
Dah dua topik aku keluarkan mengenai "penghijrahan dari buruk ke baik". Dari lagha ke fitrah diri. Aku tau, penghijrahan ini - terutamanya yang high profile - pasti akan menimbulkan pelbagai reaksi. Tulisan aku menerusi tajuk "Orang nak jadi baik - kenapa dihalangi dan ditangguhkan" serta "memang pelik kalau artis masuk PAS" sedikit sebanyak mengupas skeptikaliti sesetengah pihak yang tak boleh menerima penghijrahan org lain daripada keadaan yang tidak bagus kepada kebagusan. Dan menambahkan rencah, penghijrahan itu tidak berlaku kosong. Ianya seiring dengan berdirinya sebahagian besar daripada depa atas pentas perjuangan siasah.
Wednesday, July 4, 2012
Perjuangan ini takkan berhenti sehingga mati!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Anwar Ibrahim baru2 ni mengumumkan akan "bersara" dari politik sekiranya PR kalah lagi pada PRU-13.
Kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi. Bagi para thinker, tindakan Anwar ini adalah satu taktik psikologi yang amat tinggi - berisiko, tapi mempunyai impak yang amat besar. Para penentang Anwar pula kata ini adalah satu taktik Anwar meraih simpati pengundi terutamanya golongan atas pagar.
Well, aku tak berminat nak mengulas asbab kenyataan Anwar itu. Aku serahkan kepada para ilmuan maya untuk terus memperdebatkannya. Jangan debat lebih2 sudah. Banyak lagi kerja kita yang tak selesai. PRU-13 is around the corner.
Tuesday, July 3, 2012
Hudud di Johor - realiti bergambar
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ini adalah satu susunan yang kreatif oleh blog Ghaflah so aku mmg amat suka nak menceduknya. Tabik spring kepada pemilik blog ni!
Hudud di Johor - inilah realitinya...
Mula2, inilah cadangannya...
PAS pun bersetuju dan menyokong penuh...
Namun, taiko besar sudah marah...
Tapi mufti Pahang backup cadangan tu...
Alih2, "perkara tak pernah dibincangkan" kata Jawatankuasa Agama Negeri...
Sebabnya big boss dah warning awal2...
Sudahnya...
JADI, SIAPA KUDA KEPADA SIAPA?
Ini adalah satu susunan yang kreatif oleh blog Ghaflah so aku mmg amat suka nak menceduknya. Tabik spring kepada pemilik blog ni!
Hudud di Johor - inilah realitinya...
Mula2, inilah cadangannya...
PAS pun bersetuju dan menyokong penuh...
Namun, taiko besar sudah marah...
Tapi mufti Pahang backup cadangan tu...
Alih2, "perkara tak pernah dibincangkan" kata Jawatankuasa Agama Negeri...
Sebabnya big boss dah warning awal2...
Sudahnya...
JADI, SIAPA KUDA KEPADA SIAPA?
Monday, July 2, 2012
Nak laksana hukum Allah, laksana je - tak yah cabar2!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hukum hudud kembali menjadi perbualan. Dan buat kesekian kalinya, isu ini tidak dibangkitkan oleh PAS sama sekali.
Baru2 ini, ADUN Kemelah di Johor Datuk Ayub Rahmat dalam sidang DUN JOhor mencadangkan agar Johor mendahului Kelantan dalam melaksanakan hukum hudud di negeri selatan tanahair itu "dengan hudud yang sebenar" meliputi semua kaum, dan bukannya seperti hudud PAS yg hanya meliputi org Islam sahaja. Ayub juga dalam masa yang sama mencabar agar PAS menyetujui dan menyokong cadangan itu.
Aku faham taktik Ayub ni. Dia nak tengok apa reaksi PAS - apakah PAS akan bersetuju atau PAS akan berdolak dalih menyokong cadangan itu. Jika berlaku sedemikian, maka point yang akan digunakan ialah "PAS ternyata menggunakan hudud untuk politik" dan sebagainya.
Tapi apa yang berlaku selepas itu amat tidak dijangka2 sekali oleh depa.
Sunday, July 1, 2012
Matahari benar akan terbit dari barat!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Maka pastinya, satu hari nanti matahari akan terbit dr barat. Kali ini, ia dibuktikan secara saintifik.
Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur.
Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Maka benarlah janji Allah. Masihkah kita mahu meragui?
Spain juara Euro 2012!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
so segalanya dah termaktub - spain juara euro 2012. and my word how they achieved that.
walaupun possession bola seimbang, namun ianya tak menceritakan keseluruhan cerita. spain benar2 menguasai midfield, menyesakkan ruang untuk penyerang2 itali, memastikan pirlo tak berapa boleh naik ke atas dari posisinya dan yang paling penting, depa clinical di depan pintu gol - satu perkara yang tidak kelihatan sepanjang kejohanan (kecuali masa lawan ireland).
untuk kesekian kalinya, strategi Vicente Del Bosque meletakkan formasi 4-6-0 berjaya menggoyahkan pertahanan itali. nampaknya depa belajar dr perlawanan pertama ketika strategi ini kelihatan tak begitu berjaya, lalu barisan tengah menyerang depa seperti fabregas, silva dan iniesta banyak bertukar2 posisi serta lebih laju dalam mengatur gerak. sedangkan itali seolah2 hilang punca dan walaupun ada ketikanya cassano cuba untuk menghidupkan permainan dari sebelah kiri, balotelli dan montolivo seolah2 gagal untuk membaca ruang dan peluang.
apa lagi yg boleh aku kata? inilah vintage spain. sublime, quality finnesse, industrial, recital. ditambah lagi dengan malang yang menimpa itali apabila terpaksa membuat pertukaran pemain awal bila chiellini injured, kemudian terpaksa bermain dengan 10 org selama hampir setengah jam bila thiago motta mengalami kecederaan hamstring, malam ini mmg tertulis menjadi milik spain.
tahniah buat spain - mencipta rekod sebagai pasukan pertama memenangi 3 kejuaraan utama berturut2, selain pasukan pertama dalam sejarah euro mempertahankan kejuaraan.
ole!
kalau dah namanya kerja JABATAN AWAM, be PROFESSIONAL!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sejujurnya, aku mmg pelik - payah sangat ke sesetengah pihak memahami term "kakitangan awam"?
Baru2 ni, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Ali Hamsa telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh disifatkan sebagai "politically biased" yang menjurus kepada meminta rakyat mengundi BN. Ali dalam satu kenyataannya telah menggesa kakitangan awam supaya setia kepada kerajaan dan tidak mudah diperbodohkan oleh "janji kosong" pembangkang.
Pelbagai pihak lantang mengkritik kenyataan Ali Hamsa itu dan antara yang paling vokal adalah bekas speaker DUN Perak yang sah, V. Sivakumar.
Subscribe to:
Posts (Atom)