rasanya anda semua kenal siapa mustafa kamal ataturk. Di dunia barat (malah dlm buku teks sejarah sekolah kita) beliau dikagumi sebagai bapa Turki moden - yg bertanggungjawab membentuk Turki yg moden, maju dan berwawasan. Tapi dikalangan umat Islam yg prihatin, manusia ini adalah syaitan yg bertopengkan manusia. Pemusnah sistem pemerintahan khalifah terakhir di muka bumi ini iaitu Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kemal ataturk memberikan alasan bahawa kerajaan khilafah "tidak lagi menyantuni rakyat jelata" serta beranggapan kelemahan khilafah menyebabkan Turki mengalami krisis ekonomi dan sosiopolitik yg teruk semasa era perang dunia pertama.
Lalu, beliau yg pada ketika itu merupakan jeneral angkatan tentera Turki mengambilalih pemerintahan Turki menggunakan junta tenteranya lalu membuat beberapa perubahan atas dasar "ingin memaju dan memodenkan Turki". Walhal, semua tau betapa dia hanya mahu menjadikan Turki ini berkiblatkan barat, lantas menyebabkan Turki menjadi negara sekular secara rasminya pada 1924.
Sebenarnya kalau nak diceritakan habis mengenai Turki, nota ini x mampu utk menampung kepanjangan ceritanya - biarlah takat tu dulu sebagai bukti betapa kemal ataturk sebenarnya bukanlah "malaikat penyelamat Turki", beliau sebenarnya "syaitan pemusnah Islam".
Lantas, apa kena mengenanya dgn UMNO? Tuduhan serupa ini amat berat! Boleh dikatakan fitnah!
Sebenarnya, banyak persamaan antara dasar2 dan tindak tanduk kemal ataturk ini. X semestinya serupa habis, tapi nahunya sama! Tak percaya? Kat sini aku cuba senaraikan satu persatu yg sempat aku gali -
1) kemal telah melumpuhkan institusi waqaf dan ulama, serta meletakkan urusan agama dibawah satu jabatan yg bernaung bawah kementerian. UMNO pula bertanggungjawab melicinkan tanah rizab melayu (waqaf), memperlekehkan ulama dgn meletakkan mereka hanya dibawah biro dlm UMNO dan x de sebarang kuasa utk bersuara, dan urusan hal ehwal Islam kat negara ni diletakkan bawah apa? Anda tahu jawapannya.
2) kemal memperkenalkan tulisan roman pada tahun 1928 utk menggantikan tulisan jawi. uMNO pula bukanlah pihak yg memperkenalkan tulisan roman di malaysia, tetapi merekalah yg meniadakan syllabus tulisan jawi di sekolah2 bermula pada tahun 1988. Sudahnya, banyak budak zaman sekarang buta jawi - sampai ada yg buta al-Quran!
3) kemal menukarganti sistem hukum Islam kepada sistem perundangan sivil yg diceduk dr undang2 swiss dan perancis. UMNO pula x la sampai menukarganti, tp mereka lebih mengutamakan dan menggunapakai undang2 sivil yg diceduk dr britain!
4) pada era kemal, tentera memainkan peranan menyokong kesinambungan pemerintahan dan dasar sekular beliau. UMNO pula memperalatkan polis dan hampir semua jentera kerajaan bagi mempertahankan pemerintahan depa. Seperti tentera utk kemal, polis dan jentera2 kerajaan malaysia ini xkan bertolak ansur dengan apa saja tindakan mana2 pihak yg dianggap menentang kerajaan.
5) seperti kemal, UMNO juga memodenkan pelbagai sektor mengikut acuan barat seperti sektor pendidikan, pentadbiran dan sebagainya. Kenapa pula mcm tu? Nama lain bagi "memodenkan" ini adalah "penswastaan", dan acuan barat itu lebih kita kenali sebagai "kapitalis" dan "ekonomi liberal". Contoh? Kewujudan begitu banyak IPTS, hospital pun ada yg diswastakan, perkhidmatan utiliti mcm letrik, air dan pembetungan juga diswastakan - yg akhirnya semua menjerut rakyat!
6) seperti zaman kemal, undang2 dan mahkamah syariah hanya menguruskan kes2 yg bersifat peribadi dan sempit - mcm urusan nikah kawen, rushing org minum arak dan pelbagai kesalahan basic agama. Padahal sistem syariah Islam ni meluas hatta kes bunuh org pun ada peruntukannya mengikut syarak! Tp depa xnak ikut.
7) kemal menjadikan sistem pendidikan sekular sebagai teras utama disemua peringkat pengajian. UMNO pula maybe x menggunakan istilah "sekular", tp sistem pendidikan kita sekarang ni lebih menitikberatkan hal2 duniawi dan zahir. Sekolah2 agama dianggap sebagai low class dan "sijil x laku".
8) kemal membawa masuk arak dan judi ke Turki, dan penjualannya dimonopoli oleh kerajaan. UMNO pulak antara pemegang share dlm kilang2 arak kat shah alam nun. Serupa x rasa2nya?
9) kemal memansuhkan sistem pendidikan berasaskan madrasah, sekolah agama rakyat, tarekat dan sufi. Berapa banyak kali kita dengar betapa UMNO menutup atau merencatkan operasi SAR2 esp yg swasta?
10) kemal melaungkan slogan demokrasi di Turki tetapi hakikatnya dia bersikap autokratik. Dia mengharamkan parti2 lawan yg dilihat semakin mendapat sokongan rakyat dan mengancam kestabilan partinya sendiri iaitu CHP. UMNO lak skang ni bersungguh2 mintak ROS haramkan PKR (dan dulu PBS). Err...
11) kemal menganggap agama adalah punca kemunduran dan dah x relevan utk zaman kini serta lapuk dan ketinggalan zaman. UMNO pulak...well..
- "menghukum penzina dengan hukuman rejam adalah primitif." Tun M.
- "apa erti negara Islam kalau mundur." pak lah.
- "negara akan huru hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan", najib tun razak.
Cukuplah takat itu. Aku x nak dikatakan menabur fitnah dan mengada2kan benda yg x de tetapi andalah penilainya - sama ada wujud persamaan itu mahupun x. Mungkin pemilaian ini dtgnya dr pemerhatian yg sempit tetapi insya Allah, tulisan ini dipandu oleh Iman dengan niat utk menyedarkan rakyat betapa UMNO ini, bak kata TunM sendiri, "sudah membusuk hingga ke usus".
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment