Wednesday, July 6, 2011

Saf kepimpinan baru PAS - Ulama Tidak Mati!

dulu, umno dan media2 talibarut mereka mengutuk bagai nak rak kepimpinan ulama dlm PAS. Malah ada yg melabelkan PAS "parti ajaran sesat" dan memfitnah PAS "mempergunakan agama utk politik". Pelbagai tohmahan dilemparkan kpd pucuk pimpinan eksekutif PAS.

Tp pemilihan kali ni menyaksikan kebangkitan mereka yg digelar oleh media talibarut sebagai "puak anwar" atau "puak erdogan" menguasai jawatan2 eskekutif parti, iaitu timbalan presiden, semua naib presiden dan separuh drpd ahli jawatankuasa kerja. Soalnya, benarkah wujud puak anwar?

Jawapannya adalah x. Sebab apa? Mohamed sabu yg memenangi pertandingan timbalan presiden PAS diketahui umum agak kurang sebulu dgn anwar sejak anwar masuk umno dr abim. Jd bagaimana org yg x sebulu dgn anwar boleh dikatakan sebagai team anwar?

Adakah puak2 ni wujud atau sekadar satu lg cubaan utk melaga2kan kepimpinan pas serta mengelirukan rakyat? Sy berpendapat sedemikian. Kerana seperti yg sy nyatakan kat atas, sebelum ini umno amat antikan kepimpinan ulama tp kini mereka dilihat begitu "simpati" dgn team "ulama". Kenapa begitu?

Sebenarnya umno takut. Perwakilan PAS dilihat mengambilkira trend terkini yg menjurus ke arah PRU13 jd mereka memilih pucuk pimpinan yg dilihat mampu mendekati rakyat dgn lebih cakna dan mapan. Bukanlah golongan ulama selama ni x mendekati rakyat tp para aktivis dan professional ini lebih sering melumurkan diri mereka dgn lumpur bersama2 rakyat. Jd ini merupakan satu strategi bersifat serampang 2 mata - persediaan PRU, dan juga membuka mata banyak pihak yg skeptikal terhadap PAS dan imej "parti ulama konservatifnya".

Persoalan yg telah ditanya juga adalah benarkah PAS sudah tiada kepimpinan ulama? Benarkah PAS telah mengorbankan prinsip perjuangan depa semata2 utk menang PRU seterusnya menjadi anjing DAP seperti yg didakwa olehj media talibarut?

Jawapannya adalah x. Pertama, datuk seri hadi awang masih presiden PAS. Bukankah beliau sorg ulama? Ini dah cukup menyanggah hujah2 puak umno secara total. Jika mereka berdegil, cuba lihat hakikat ini - dalam pas ada 2 jenis pentadbiran iaitu pentadbiran legislatif @ politik serta pentadbiran ulama. Pentadbiran legislatif ini diketuai oleh presiden parti dan pegawai2 bawahannya dan mereka bertujuan utk merangka perjalanan parti dan strategi2 yg akan digunakan utk merelevankan pas. Dlm masa yg sama, terdapat satu "supreme council" dlm PAS iaitu "majlis syura ulama". Majlis ini bertujuan memberikan nasihat serta check n balance pemimpin2 legislatif. Kebanyakan dasar pas biasanya akan diperbincangkan dlm majlis syura, baru depa bawa ke legislatif utk dilaksanakan.

Pemerintahan ulama x mati, sebaliknya sedang diperkasakan di mana2...

No comments:

Post a Comment