salah satu "serangan" yg rancak dilakukan oleh UMNO terhadap PAS adalah mengenai manifesto terkini PAS yg dilaungkan masa muktamar ke 57 baru2 ni - "membangun negara berkebajikan". Rata2 mereka, tua atau muda, lama atau baru, media massa yg bergerak mahupun yg dijadikan alas berak, malah mufti setahun jagung pun turut senada mengkritik PAS - kononnya PAS dah x lagi konsisten, PAS menolak Islam, PAS ikut telunjuk DAP, PAS dah menukar dasar dan sebagainya.
Soalnya, benarkah begitu? Adakah PAS benar2 lari dr konsep negara Islam seperti yg pernah digagaskannya dulu? Adakah PAS benar2 sanggup menggadaikan prinsip demi secalit undi kaum bukan melayu?
Bagi aku, tuduhan2 ni of course la berniat jahat, tp lebihnya aku rasa tuduhan2 ni dtgnya dr hati yg iri, terpempan, takut, risau malah cuak tahap dewa akan strategi PAS yg terkini ni. Mulut mereka ternganga - sampai kalau biawak masuk pun depa xkan sedar. Masing2 merasa kerisauan yg amat sangat sekiranya matlamat ini berjaya direalisasikan.
Berbalik kpd persoalan asal - apa itu negara berkebajikan sebenarnya? Negara berkebajikan adalah satu gagasan bagi membentuk satu pemerintahan dan pengurusan negara yg mementingkan kesejahteraan, kemaslahatan dan kesenangan hidup rakyat. Nah, apakah ini bukan ciri2 konsep negara Islam?
Memetik ucapan Almarhum Dato' Fadzil Noor pada tahun 2002, "pemerintahan +slam pada sifat penghayatannya menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga apa yg dikatakan dengan pemerintahan Islam adalah ketika lahir di sana sebuah negara berkebajikan. Pada sudut worldview atau falsafahnya, penghayatan pemerintahan +slam itu adalah bertujuan untuk memakmurkan atau mengisti'markan muka bumi ini dengan kebajikan dan makruf serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan terhadap seluruh makhluk di atas muka bumi ini termasuk alam sekitar". Jelas kat sini, negara berkebajikan adalah antara ciri utama negara Islam.
Memetik kata2 nik aziz pula, "konsep berkebajikan ini x semestinya memneri sesuatu dlm bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk2 fiskal seperti menghapuskan riba, menutup punca2 maksiat seperti kelab malam dan sebagainya".
Maka, apakah negara berkebajikan ini lari dari matlamat negara Islam?
Ekceli, idea negara berkebajikan bukanlah baru. Ianya juga merupakan manifesto PAS masa PRU12 lalu. Tp kalau kita kaji susur galur sejarah, ianya telah disebut lebih awal, seperti quote Fadzil Noor tu.
Ingat x masa tahun 2002, PAS pernah mengeluarkan memorandum mengenai Pemerintahan Islam abad ke 21? Dalam memorandum tersebut, ada 7 perkara asas yg digariskan dlm membentuk pemerintahan (negara) Islam -
1) masyarakat madani
2) hak saksama @ al-musawah
3) kedaulatan undang2 berasaskan syariah yg meluas makna dan coveragenya
4) keadilan
5) meritokrasi @ as-solahiyah
6) negara berkebajikan
7) pwntadbiran dinamik dan inovatif.
Ini membuktikan idea negara berkebajikan ini wujud sebelum kewujudan PR, ataupun sebelu PAS duduk semeja dgn DAP lagi. Jd, dakwaan bahawa PAS menukar gagasan kpd negara berkebajikan kerana mengikut telunjuk DAP adalah mengarut!
Persoalan terakhir yg aku nak sentuh - kenapa perlu tukar slogan? Ini adalah semata2 strategi utk menangkap imaginasi rakyat baik muslim ataupun x mengenai apa yg aula' bagi PAS secara khusus dan PR secara umumnya. Konsep negara Islam ni amat luas skopnya, dan penumpuan mengenai salah satu skop yg paling utama adalah perlu bagi memudahkan rakyat digest matlamat PAS dan PR. Tambahan lak, selama ni UMNO seringkali memberikan impression yg amat x betul mengenai "negara Islam" sehinggakan bukan sahaja non muslim, sampai yg muslim pun naik konfius. Jd, dgn menumpukan kpd salah satu asas dlm konsep negara Islam ni, PAS menjadikan diri mereka sendiri lebih terbuka dan appealing kpd khalayak esp kpd non muslim. Ini bersesuaian dgn slogan PAS for all.
Perlu dijelaskan, PAS hanya menukar slogan, memperbetulkan strategi, tp PAS x pernah buang Islam selaku dasar perjuangan parti. Perlembagaan PAS fasal dua masih dan akan terus tercatat "prinsip PAS adalah berdasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah". So, celah mana PAS campak Islam tu seperti yg didakwa UMNO?
No comments:
Post a Comment