Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, July 9, 2011
Satu Hari Yang Sungguh BERSIH...
Rasulullah s.a.w bersabda. "jika kamu melihat kemungkaran, cegahlah dengan tanganmu. jika tidak termampu olehmu, cegahlah dengan lisanmu. jika tidak termampu olehmu, cegahlah dengan hatimu. maka itulah selemah2 iman."
malam semalam lepas aku logoff fesbuk, aku balik umah tp mcm x leh tido. so aku lepak kat markaz PAS dgn beberapa org sahabat planning mcm mana nak pi KL tengaharinya nanti. depa pun blur - 58 jalan utama memasuki pusat bandar dah kena block dgn polis. sudahnya aku pi diamond square pukul 1030 utk berjumpa dgn saudara rozan azen mat rasip.
masa aku sampai, dah ada dekat 10 org berkumpul sama - checking the best route utk ke kl. last2, aku dgn bini aku memutuskan utk naik LRT sampai masjid jamek sbb khabarnya LRT masih belum dishutdown. kitorg pun cuba nasib - naik dr stesen titiwangsa. lepas! sampai2 je dah melambak polis dan trak2 mereka bersedia. masjid jamek dah kena lockdown - no entry zone. dah mcm crime scene lak masjid jamek tu. sudahnya aku dgn bini aku tuju ke masjid india. gelombang pertama BERSIH dah mula tercetus tp x ramai - sekitar hampir seribu org je. chua jui meng pun ada sekali kat situ. laungan2 seperti "hidup BERSIH", "demokrasi", "reformasi" dan takbir kedengaran. turut dilaungkan adalah "kami aman" dan "polis undur". tapi lepas laung "kami aman" tu, terus polis tembak dekat 30 kanister tear gas. mencicit lari kitorg wehhh...nasib baik ada hotel kat sebelah masjid india tu bukak pintu depa bagi kami masuk. aku dengan bini aku take refuge kat pantry room - syurga dunia sebab banyak garam! ada 8 org termasuk aku dan bini take refuge kat bilik kecik tu. setiap ketukan ke apa ke suh kitorg bukak pintu kitorg x layan - takut sb menyamar. last2, kami bukak pintu gak dan ternyata polis dah x de. kesan tear gas pun dah ilang. sempat gak aku snap gambar kanister tear gas yg bersisa kat situ. geng2 BERSIH siap borong air mineral yg hotel tu jual lagi sampai licin. so sapa kata BERSIH meranapkan ekonomi?
pastu aku dan bini solat zuhur kat masjid india. pastu gelombang start bergerak ke lebuh ampang menuju menara maybank - diketuai oleh dr chua. dalam perjalanan tu aku tgk satu kedai pun x bukak. tertanya dalam diri - kenapa depa x bukak? adakah sebab takutkan BERSIH dan huru hara atau mmg depa dipaksa utk tutup kedai?
sampai kat lebuh ampang, dengan kesan tear gas yg masih belum ilang aku dan bini gagahkan gak berjalan tetengah hujan lebat. aku ingat keadaan reda la. x de maknanya - FRU station hampir semua jalan besar nak ke menara maybank. kat situ, depa lepaskan tembakan tear gas lagi but kedudukannya agak jauh dri aku - so no worries la. aku ambik peluang FRU lari fokus pi kejar group besar utk menyelinap kat lorong belakang bangunan apa ntah utk menuju ke jalan silang - kat sana aku dah nampak satu group besar berkumpul kat petaling street menghala ke jalan nak ke stadium merdeka. aku punya la kebulur masa tu, ingatkan nak la makan mcd ke apa ke - harammmm...semuanya tutup!
lepas tu aku dan bini menyertai satu peloton kecik berjalan menghala ke group besar kat petaling street tu. ttgok ada la satu kedai KK bukak! dapat la aku beli roti coklat utk alas perut - tp kepedihan tekak akibat tear gas bebetul mematahkan selera. akhirnya aku dan bini dpt join group besar tu - hanya utk mendapat tahu bahawa stadium merdeka dah kena lockdown dengan barb wires. so peloton besar tu ambik keputusan nak hala ke CM - sekali lagi dilead oleh dr chua. dalam perjalanan tu lagi sekali kena tembak dengan tear gas! adehhhh...scattered gak peloton masa tu. last2, group leader ambik keputusan nak gerak ke KLCC sbb depa dpt tau group dr hatta otw dr sultan ismail menuju ke sana. masa tu aku terjumpa sepupu aku, edyes samm. dia cerita perihal hotel yg dia duduk pada malamnya kena geledah dgn polis. nasib baik x de walau sehelai pun bukti BERSIH polis jumpa. kalau x naya weh.
alhamdulillah, kali ni perjalanan ke KLCC lancar tanpa asakan FRU atau polis yg tembak tear gas. maybe sebab pada awalnya depa dah attack KLCC dan maybe mereka x expect gelombang BERSIH akan patah balik ke KLCC. sampai kat traffic light sultan ismail, group kitorg bertembung dgn group dr hatta. two big pelotons merged into even bigger peloton! kali ni mmg semangat amat membara terutamanya mengenangkan bilangan umat yg begitu ramai - 100,000 org lebih ada aku rasa masa ni. bayangkan la - dari traffic light sultan ismail ke traffic light KLCC dipenuhi oleh gelombang BERSIH - x de seinci pun gap. mmg padat dan hebat.
sampai kat traffic light KLCC, peloton besar td berhenti rehat sambil mendengar amanat2 dari dr hatta, ust nasruddin dan dr chua. lebih kurang 10 minit gak la kami ada kat sana bila ada certain quarters dah start berlari. aku dan bini ikut lari sama tapi malangnya aku - dalam usaha menyelamatkan bini aku - kena tangkap dengan polis. asalnya mmg aku pakai bandana BERSIH tu tp masa depa bawak aku ke black maria, aku curi2 buang bandana tu. nasib depa x perasan! ahhahahahhaa...kot x mampus aku. tangan aku diikat dengan tangan seorg demonstran cina dr batu pahat bernama ho.
memula polis kata depa nak bawak kitorg pi balai jinjang. pas tu depa asingkan tangkapan yg memakai @ memiliki apa2 sahaja perkara mengenai BERSIH, dengan tangkapan berbaju biasa mcm aku (kononnnnn). dalam blackmaria tu aku kontek semua pihak terutamanya bini aku - alhamdulillah dia selamat take refuge kat masjid asy-syakirin KLCC. lega aku. sambil tu aku kontek member2 aku beserta abang aku yg turut berhimpun memaklumkan penangkapan aku. sambil2 tu aku toleh gak kiri kanan - aik, ni bukan jalan nak pi jinjang ni! rupa2nya depa bawak kami pi pulapol. yg pakai baju kuning BERSIH atau memegang bendera BERSIH depa bawak ke jinjang.
sampai pulapol, keterangan aku diambil (sebenarnya x de menda pun. dia tanya butiran peribadi standard, pastu tanya "kat mana encik kena tangkap?". udah) then lepas selesai aku pun lepak la kat tempat solat yg depa sediakan. ada bebudak bagitau kononnya polis baik hati sediakan makanan utk tahanan - harammmmm...makanan yg disediakan abis sebelum pukul 11. hampeh. aku jumpa acik zorro kat situ - dia kena tahan sejak pukul 11. x sempat nak keluar dr stesen keretapi kuala lumpur dah kena cekup. naya kes. lebih kurang 3 jam kat situ, aku pun dilepaskan dan dihantar ke kl sentral oleh bas polis. polis yg mengawal bas tu siap kata "jangan patah semangat nak berjuang pulak pasni. kami x leh buat apa, kami cuma ikut arahan org atas." hehehehe...dan2 tu bergema takbir dalam bas.
sepanjang himpunan BERSIH, aku berani kata yang para peserta begitu berdisiplin dan x termakan provokasi polis. setakat "blow" polis tu standard la tapi kami x merusuh pun. mmg amat dikesali bila dalam keadaan kami x melawan dengan kekerasan, depa tembak tear gas - kesian aku tgk makcik2 yg terkena efek pedih gas tu. x citer budak2 lagi. malah, dikhabarkan seorg peserta BERSIH meninggal dunia akibat sesak nafas lantaran tear gas tersebut. kenapa begitu teruk sekali layanan polis pencegah rusuhan (rusuhan ke?) terhadap org awam @ rakyat yg mahu berhimpun secara aman dan sentosa serta penuh ukhuwah?
serta pasal kedai2 yg tutup tu. mereka terpaksa tutup sebab takut huru hara atau sebab polis yg x bagi depa bukak kedai? berita tv alhijrah td dengan jelas menunjukkan satu footage polis memaksa secret recipe tutup kedai walaupun masa tu depa dah letak kerusi meja keluar utk memulakan operasi kedai. kenapa dipaksa tutup? x lain x bukan ialah utk membolehkan BERSIH dipersalahkan atas "kelumpuhan ekonomi" pada hari ni, dan dalam masa yg sama mengecilkan peluang utk para peserta BERSIH menyembunyikan diri dari tear gas mahupun tangkapan. bagi aku, inilah perkara paling jijik dilakukan oleh mereka yg salahguna kuasa.
tapi satu yg aku dan bini aku kagumi - kesungguhan rakyat malaysia menyertai himpunan aman ini walaupun dihalang, dikekang, diugut malah ditahan tanpa usul periksa. aku sendiri amat takjub mengenangkan kehadiran yg begitu ramai sampai ceah ratusan ribu umat walaupun jalan2 utama kena blok serta hotel2 penginapan semua kena geledah. dari mana depa datang? ternyata, ini semua adalah lorongan dan kuasa Allah yg membantu hamba2Nya berjuang demi keadilan dan kesaksamaan.
tak lupa juga dengan penyertaan kaum2 bukan melayu dalam himpunan ni. sesungguhnya, sebagai org melayu, aku amat bangga dan malu pada yg sama. bangga kerana ini baru betul "1Malaysia" tapi malu sebab org2 kafir ni mempunyai kesedaran politik yg jauh lebih bagus berbanding certain2 melayu terutamanya puak beruk dan katak yg menyokong UMNO semata2 kerana wang dan harta serta pangkat. ucapan penuh semangat oleh seorg peserta berbangsa cina yg diucapkannya dalam bahasa inggeris benar2 menarik perhatian semua. malah, OKU (the real OKU, bukan Orang Kuat UMNO) pun turut sama menyertai himpunan aman ni! ni betul2 memberikan kesedaran kepada aku dan bini betapa nikmat kesihatan sempurna yg Allah bagi ni janganlah dipersiakan.
ada beberapa pihak termasuk kawan2 aku kata "menyertai himpunan ini adalah bodoh". i beg to differ. bagi aku, mereka yg menentang atau memperlekehkan himpunan2 seperti inilah yg bodoh dan pengecut. bodoh sebab berkata2 tanpa fakta yg jelas dan hanya berdasarkan logik akal sendiri yg dipandu oleh utusan dan TV3, dan pengecut sebab mereka sendiri x pernah berjuang seperti ini whatsoever pun. aku nasihatkan puak2 ni, bukalah mata dan minda. dengan segala kekangan dan halangan dan ugutan, masih terlalu ramai umat manusia datang menyertai BERSIH termasuk makcik2 dan pelajar2 Universiti. kenapa mereka begitu bersusah payah utk menyertai himpunan ini? utk suka2? carik jodoh? pls think. semua ni menambahkan keyakinan aku dan bini bahawa apa yg kami perjuangkan selama ini adalah benda yg amat betul dan patut.
aku dan bini aku amat2 berbangga menjadi sebahagian drpd sejarah hebat malaysia pada hari ini. biar wajah kami dipalit cat yg teruk lantaran propaganda kerajaan BN, hanya kami yg hadir kat BERSIH 2.0 tahu hakikat sebenar keadaannya. hanya kami yg arif mengenainya. hanya kami yg mampu menjawab adakah tuduhan2 liar media talibarut itu. semuanya kerana kami berada di sana, berjuang demi menuntut sistem pilihanraya yang adil, telus lagi BERSIH.
aku dan bini aku amat berbangga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment