DYMM Seri Paduka Baginda mengingati Najib dan kerajaan pimpinan beliau terhadap keperluan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bertanggungjawab.
Titah baginda: “Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasanpun.
“Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah
Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".
“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik”
Walaupun media arus perdana menganggap titah Tuanku sebagai tamparan kepada penganjur Perhimpunan Bersih, mereka tersasar dalam menghayati semangat ucapan Seri Paduka Baginda.
Apa yang dinyatakan oleh Baginda amat jelas : biarlah segala permasalahan diselesaikan menerusi dialog dan rundingan yang telus dan adil supaya ia tidak mencetuskan sesuatu keadaan yang tidak diingini.
Sayugia diingati Bersih telah berunding dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk lebih setahun sebelum memutuskan untuk menganjur perhimpunan aman pada Sabtu ini.
Namun SPR tidak melayan rungutan-rungutan 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan yang bergabung di bawah naungan Bersih.
Apabila rundingan antara SPR dan Bersih gagal, sepatutnya Perdana Menteri sendiri harus mengambil iktibar untuk memberikan perhatian kepada rungutan-rungutan yang dibawa oleh Bersih.
Namun ini tidak dilakukan. Perdana Menteri sebaliknya menfitnah Ambiga sebagai musuh Islam semata-mata kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam dalam kes murtad Lina Joy.
Perkasa dan Pemuda Umno digerakkan untuk menganjur perarakan bagi menandingi perhimpunan Bersih hanya untuk mencetuskan ketegangan.
Masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula diwajib membaca Khutbah Jumaat yang melabelkan penganjur Bersih sebagai pelampau yang sanggup mencederakan anggota pasukan keselamatan.
Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam pula mendakwa beliau tidak dapat mengawal pesilat pertubuhan kebangsaan yang dipimpinnya daripada bertindak keras terhadap peserta Bersih 2.0.
Rasanya tidak perlu mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Ibrahim Ali atau dalang-dalang yang melancarkan demostrasi jalanan di Pulau Pinang atau yang membuat laporan polis terhadap Bersih 2.0.
Pada masa sama, polis turut dikerah untuk menangkap beramai-ramai sesiapa sahaja yang memakai baju berlogo Bersih. Lebih 200 orang ditahan dan Pejabat seketariat Bersih di serbu dan ratusan baju T dirampas.
Pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyokong gerakan Bersih disoalsiasat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan. Enam orang termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput
Dr D.Jeyakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.
Tanpa menunggu hasil siasatan, Jeyakumar dan rakan-rakannya dituduh oleh polis sebagai cuba menghidupkan fahaman komunis menerusi Bersih.
Siapakah yang harus bertanggungjawab kerana menimbulkan ketegangan ini?
Apakah yang dilakukan oleh Bersih sehingga mengundang tohmahan dan tindakan polis sebegitu?
Adakah Bersih melancarkan walaupun satu perhimpunan yang menggunakan kekerasan atau memusnahkan harta benda sebagai tindak balas? Tidak. Namun mereka yang menyokong gerakan itu menerima padah kerana terpalit dengan tohmahan yang direkayasa.
Ketika Malaysia memerlukan kebijaksanaan, kematangan dan kepemimpinan untuk menangani tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh Bersih, Perdana Menteri memilih untuk menggalakkan budaya samseng dalam cubaan terdesak untuk menakut-nakutkan pendokong Bersih 2,0.
Fitnah disebarkan menerusi Khutbah Jumaat dan media arus perdana. Ugutan demi ugutan dibuat oleh persatuan pesilat dan “patriot-patriot” lain dengan restu Perdana Menteri dan Menteri Umno yang lain.
Amat sukar untuk meneka kenapa Najib tidak memilih untuk berdialog dengan penganjur Bersih 2.0 tetapi bertindak untuk melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap mereka dengan menggunakan institusi media, polis dan masjid.
Tapi sekarang ini, dengan perkenan DYMM Agong maka segala persoalan telah terungkai. Ini membuktikan dengan jelas betapa tuduhan yg dilemparkan terhadap BERSIH adalah tidak berasas sama sekali. Malah, dalam paper hari ni juga, kononnya BERSIH setuju untuk berhipun di stadium atas "saranan kerajaan". Pelik, masakan kerajaan BN sanggup memberikan tawaran atau saranan kepada stau pertubuhan yang haram, subversif, anarki mahupun komunis?
Nah! Dengan perkenan Agong, kita tahu yg kita berada di landasan yang betul. maka ramai-ramai kita penuhkan stadium dan kawasan sekitarnya nanti. Buktikan bahawa kita mmg mencintai demokrasi!
No comments:
Post a Comment