seringkali kita diserang oleh pihak2 UMNO kononnya kita ni bangsa yg x mengennag budi, x reti bersyukur dgn nikmat yg kita dapat serta melawan tokeh. Sbb kononnya selama ni BN telah memberikan segalanya utk kita - jalan yg kita gunakan, air yg kita mandi, biasiswa, sekolah, malahan kerja! Kenaoa kita sanggup jd manusia yg x mengenang budi?
Benarkah begitu?
Apakah maksud bersyukur sebenarnya? Syukur dalam nahu arab bermaksud berterima kasih. Dalam konteks ini, sekiranya kita amat grateful dgn pemberian oleh seseorg, apakah tindakan kita? Sudah tentu menggunakan pemberian itu sebaik2nya kan?
Sepatutnya kita lebih bersyukur kpd Allah yg memberikan nikmat mata, telinga, mulut, hidung, akal dan pelbagai lagi. Bila kita bersyukur dgn semua nikmat ni, maka kita gunakanlah sebaik2nya. Gunakan mata utk melihat kebenaran. Telinga utk mendengar kebenaran. Mulut utk menyampaikan kebenaran. Otak n akal utk menganalisa dan mencari kebenaran. Nah, itu baru bersyukur!
Adakah kerana seseorg itu "berbudi" kpd kita, maka kita wajib membalas budi tersebut? Kalau kita diberi layanan first class oleh seseorg, dan akhirnya seseorg itu tetiba nak rogol kita. Apakah kita kena biarkan sbb "termakan budi"? Itu bodoh!
Kaum kafir Quraisy seringkali menggunakan hujah "budi" ni utk menghalang Nabi s.a.w drpd menyebarkan syiar Islam. Kata mereka, "kami yg menjaga kamu sejak kecil, memuliakan kamu, memuliakan keluarga kamu, dan ini caranya kamu membalas budi kami?" apakah sbb nak balas "budi" kaumnya itu, Nabi s,a.w kena berhenti dr menyebarkan agama Allah? Kalau camtu gayanya, skang ni kita maybe bukan Islam. Kita kena bersyukur sbb Nabi s.a.w lebih utamakan amanah yg haq drpd termakan budi org!
Lastly, adakah kita yg patut bersyukur kpd kerajaan, atau kerajaan sekarang yg patut bersyukur pada kita? Perlu diingat, kerajaan yg ada sekarang ni adalah mereka yg diberi mandat oleh rakyat utk menjaga urus kemaslahatan hidup rakyat. Maka secara hakikatnya, kerajaan sekarang dilantik oleh rakyat - kuli rakyat! Bukannya bos rakyat! Rakyatlah bos!
Maka mmg tugas kerajaan menyediakan semua ni kpd kita, dan depa x leh ungkit! Kalau depa merungut, ada pihak lain yg sudi nak jadi kuli rakyat tanpa banyak songeh. Serahkan saja tugas ini kpd mereka.
Apa yg rakyat dpt skang ni iaitu pembangunan, pendidikan, ekonomi dsbgnya adalah tanggungjawab drpd kerajaan - bukannya pemberian. Ntah2 kalau kita lantik pas katakan utk memerintah, perhaps depa akan buat lagi bagus banding UMNO BN skang ni. Sepatutnya UMNO BN yg kena bersyukur dgn mandat yg rakyat kasi selama ni - dan cara bersyukur adalah dgn menjaga kemaslahatan rakyat dgn tuntas - bukan membebankan depa lagi!
Jadi, dengan penjelasan ini harapannya kita mampu menangkis hujah2 puak UMNO yg sentiasa memainkan sentimen syukur ni. Hakikatnya, kalau kita terus memilih UMNO BN, kitalah bangsa yg paling x mensyukuri nikmat Iman, Islam dan Ihsan yg Allah kurniakan kepada kita.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment