Friday, August 3, 2012

Bila ulama tersohor nusantara menembak ulama UMNO..


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Siapa yg tak kenal dengan Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki? Ulama dari Indonesia ini diperakui sebagai ulama yang tersohor di alam nusantara serta merupakan pengasas Maahad Darul Hadis. Ilmunya cukup tinggi dan tiap2 lontaran katanya pasti penuh dengan hikmah dan pengajaran - walaupun masa dia buat lawak.

TV Alhijrah pada Ramadhan kali ini menyediakan satu slot khas untuk Syeikh Nuruddin menerusi rancangan Ihya' Ramadhan yg disiarkan saban petang, dengan ulangannya masa subuh. Memang rancangan itu amat aku dan isteri aku nantikan kerana ilmu2 yang bakal disampaikan oleh al fadhil syeikh cukup berharga untuk dibiarkan begitu sahaja.

Alkisahnya, mcm biasa aku menonton rancangan tu sementara menunggu isteri aku siap2 utk sama2 ke KUIZM bagi menunaikan fardhu subuh secara berjemaah. Ketika itu Syeikh Nuruddin sedang membahaskan tentang kecantikan doa seorg wali Allah yang bernama Abu Nawas - tidak lain tidak bukan doa yg dimaksudkan itu adalah "doa iktiraf". As Syeikh menerangkan dengan cantik sekali betapa kita sebagai hamba senantiasa tidak pantas merasakan diri ini cukup hebat utk masuk ke syurga Firdaus iaitu syurga Allah yang tertinggi, lantaran kerdilnya diri ini dan begitu banyak dosa dan noda yang kita lakukan, tapi dalam masa yg sama walaupun hidup kita ini sentiasa diselubungi maksiat dan dosa, kita tidak akan sanggup dan tidak mampu untuk masuk, apatah lagi menghadap seksa neraka. Maka doa ini - kata al Syeikh - merupakan satu pengiktirafan kita betapa hanya Allah yang mampu memberikan pengampunan dan rahmatNya agar kita ini dipilih oleh Allah untuk masuk ke dalam syurgaNya.

Teringat aku satu kuliah Azhar Idrus yg mengambil satu hadis mengenai amal. Ada org datang menghadap Allah, lalu Allah bertanya "bagaimanakah geranganmu sewaktu hidup di dunia?" Ada yg menyatakan dia seorg guru yg mengajar la, sorg ustaz yg alim la, sorg hartawan yg dermawan la - tapi semua amalan itu dicampakkan oleh Allah kepada mereka lantas Allah berfirman "kamu melakukan semua itu untuk mendapat nama dan kemegahan" lalu dicampakkan mereka ke dalam neraka. Manusia ini masuk ke syurga semuanya atas rahmat Allah.

Firman Allah dalam surah al Fajr ayat 27 - 30, "(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu), Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia, Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!“

Kesimpulannya, amalan doa iktiraf ini adalah amat baik sekali.

Alih2, tetiba Al Syeikh berkata dengan keras, "Jadi saya berasa sedikit heran dengan fattawa daripada SEORANG SAHABAT KITA DARI PERLIS yang menyatakan doa ini khurafat, tahyul, tidak bagus dan tidak kena, kerana baginya mengapa kita mahu menyatakan diri kita tidak layak masuk ke syurga? apa kita tidak mahu masuk ke syurga?"

Sambungnya lagi, "apakah sahabat itu memikirkan masuk ke syurga ini seperti mahu singgah di R&R lebuhraya? Dia hanya memberi pandangan berdasarkan ayat yang pertama (ilahi lastulil firdausi ahla) tetapi dia tidak menyambungnya pada ayat yang kedua (wala aqwa 'alannaaril jahimi)"

Al Syeikh menutupnya dengan menyatakan dengan keras, ""Orang yang mengatakan zikir dan doa ini sebagai karut, khurafat dan tahyul adalah ORANG YANG LICIK, TIDAK BERAKAL dan SAMSENG."

Lantas aku terkenangkan sorg manusia dari Perlis yang lancang mengutuk doa iktiraf ini - ABU ISLAM (eiyerrkkk) FATHUL BARI MAT JAHYA.

Bukan kagi rahsia Fathul Bari pernah kutuk doa iktiraf sebagai "satu doa yang mengarut" kerana pada pandangannya, "kenapa kita nak kata kita tak layak masuk syurga?" Baginya, kita sepatutnya kena sentiasa minta masuk ke syurga sebab syurga itu adalah janji Allah kepada hambanya yang beriman.

Memang betul, tapi masalahnya kita ni hebat sangat ke sampai nak berangggapan kita layak nak masuk jannatul Firdaus? Syurga tertinggi? Dengan amalan kita yg macam bodoh ni? Doa ini adalah satu doa yg mengingatkan kita hakikat diri kita yang sebenar sebagai hamba Allah yang penuh cacat cela - satu bentuk muhasabah - dan selayaknya mereka yang menolak muhasabah seperti ini adalah org yg BONGKAK dan SOMBONG. Org yg bongkak dan sombong ni layak ke masuk syurga Allah?

Kesimpulan mudah - antara As Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki dengan Abu Islam (nak muntah lagi) Fathul Bari Mat Jahya, SIAPA LAGI BERILMU DAN HEBAT? Fikir sendiri la dengan akal yg sejahtera.

6 comments:

  1. Bagi saya kedua manusia ni tidak layak digelar ulamak malah ustaz pun tak layak sbb tidak tahu menilai ilmu dan pengetahuan islam serta tidak tahu menyampaikan serta memartabatkan ilmu Allah. Bagi saya mrk ini tak ubah mcm dajjal moden yg memecahbelahkan umat islam melalui penyampaian ilmu yg mengelirukan ilmu ketuhanan dan ilmu keislaman. Allahu Akbar...

    ReplyDelete
  2. Siapa yang layak atau tidak layak itu adalah penilaian berdasar kan manhaj ilmu dan kedua dua orang ini menyampaikan ilmu mereka ... siapa pula kamu yang pandai berkata tetapi berselindung dengan nama yang palsu (saya pasti Admiral Alexander Ancia itu bukan nama sebenar kamu) ....

    ReplyDelete
  3. admiral ancia ni puak UMNO. cuba kita bukak hujah mengenai kemungkaran UMNO, dia akan berpusing 360 darjah.

    ReplyDelete
  4. Membuat amalan kerana inginkan syurga? Kita masih belum ikhlas. Buat amalan kerana takutkan neraka? Juga belum ikhlas. Amalan yg ikhlas adalah amalan kerana cinta Allah semata. Itulah antara sebab ahli sufi sentiasa rasa tak layak utk syurga. Mereka hanya ingin merebut cinta Allah...

    ReplyDelete
  5. Kalau rasa layak kena buangla "Lahaulawalaquwataillabillahilaliyilazim" kalau rasa layak syiriklah hukumnya kerana merasa mampu. Tak taula kut-kut ada fatwa lain..

    ReplyDelete
  6. Saya sokong termizi..
    Buat ape2 kebaikan kerana Allah

    ReplyDelete