Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tuesday, August 7, 2012
Polemik tema kemerdekaan yang tak selari..
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Nampaknya isu ketidakseragaman tema kemerdekaan negeri2 PR menjadi buah mulut. X kurang juga ada kawan2 dlm PR yg mempertikaikan tindakan kerajaan PAS kelantan dan kedah ug "menongkah arus" x guna tema yg sama diputuskan di penang dan selangor.
Setelah meneliti situasi, rumusan aku
1) sambutan kemerdekaan PR adalah berbentuk sambutan peringkat negeri. So bukannya satu isu pun bila lain negeri guna lain tema. Zaman BN pun sama. Pusat guna tema ini, negeri guna tema itu. Dan memandangkan PR belum lg mempunyai hub secara pusat, maka sepatutnya benda ni non issue.
2) dijelaskan dan diperakui tema kelantan dan kedah telah diputuskan sebelum tema 3S itu dikeluar dan diputuskan. Jadi kalau nak citer ttg "kesepakatan", kenapa kerajaan PR selangor dan penang x guna je tema yg mmg dah diputuskan lebih awal oleh kerajaan PAS kelantan dan kedah? Kelantan siap lancar sambutan kemerdekaan 2 hari selepas pengumuman tema "janji ditepati" oleh BN. Ada keluar berita mengenainya dalam harakah.
3) tapi atas dasar setiakawan, kerajaan PAS kedah dan kelantan akan guna logo yg akan dikeluarkan khamis ni. Logo x diputuskan lebih awal oleh PR so ini x akan clash dgn memana.
4) signifikannya, kos setiap kali satu2 slogan dilancarkan adalah humongeous. So kalau nak tukar slogan, ianya melibatkan kos tambahan. Jadi kenapa nak paksa kerajaan PAS Kedah dan Kelantan bazirkan duit semata2 "nak sedondon"? Dan kembali kpd persoalan aku - kenapa selangor dan penang xnak guna je tema yg mmg dah diputuskan awal2 di kedah dan kelantan?
Solution aku - jadikan sambutan kemerdekaan oleh PR tahun ni bersifat negeri, seperti biasa. Bila kita dah pegang tampuk putrajaya secara kolektif, then kita akan buat tema dan sambutan secara kolektif. Buku jingga menjadi bukti kesepakatan PR. Cukup la tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment