Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, May 7, 2012
Kalau demo sikit dikatakan nak guling kerajaan, baik tak payah demokrasi!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Satu lawak praktikal yang cuba ditanamkan Najib ke minda rakyat Malaysia (baca - yang ignorant politik. Banyak jumlahnya kat Malaysia ni) ialah pihak2 yang mendukung BERSIH terutamanya parti2 pembangkang ingin menggulingkan kerajaan Malaysia menerusi demonstrasi2 ganas.
Maka Majlis Fatwa - atas arahan tangan2 ghaib - kelam kabutlah menjilat bontot Najib dan Rosmah lalu mengeluarkan fatwa mengharamkan demonstrasi "atas tujuan tidak baik", seperti yang telah aku share semalam.
Secara jujur, aku tak tahu sama ada nak gelak atau nak menangis atau apa bila membaca statement2 ini. Yang nyatanya, aku rasa macam nak tepuk jendul si Najib tu dek kerana kebodohan dan ketakutannya yang amat sangat.
Kenapa dia takut sangat dengan BERSIH? BERSIH bukanlah himpunan pertama yang diadakan di Malaysia ni utk menyatakan sesuatu yang berlawanan dengan kehendak UMNO BN. Banyak kali dah. Malah, kalau kita imbas balik 901 menyaksikan letupan 3 bom buatan sendiri di perkarangan Mahkamah Persekutuan Jalan Duta. Sebelum itu pelbagai lagi perhimpunan diadakan dalam pelbagai skala dan asbab. Tak pula disebutnya "himpunan2 ini bertujuan menggulingkan kerajaan". Hanya BERSIH menjadi mangsa.
Sebab apa agaknya?
Sebab yang pertama ialah tuntutan BERSIH itu sendiri. BERSIh sebenarnya menuntut satu perkara yang amat digeruni oleh UMNO BN iaitu ketelusan dan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya. Najib dan juhalak2nya seboleh mungkin TIDAK MAHU maklumat sebenar mengenai tuntutan BERSIH ini sampai ke minda masyarakat terutamanya mereka yang selama ini menjadi talian hayat BN - golongan luar bandar yang selama ini hanya bergantungharap kepada media2 massa perdana sebagai bahan informasi depa. Media2 massa perdana, seperti yang aku telah ceritakan tak lama dulu merupakan tool terpenting dalam memastikan kelangsungan kuasa UMNO BN, dimana ianya sering dimanipulasi agar berat sebelah dan hanya menceritakan dua perkara - kebaikan BN dan keburukan PR.
Tetapi, ada juga informasi yang terlepas. Seperti yang diceritakan Anwar semalam sewaktu dia melawat Limbang di Sarawak, ada seorang Iban tua bertanyakan kepada beliau mengenai BERSIH. Bayangkan, hingga ke pedalaman Sarawak pun org tau mengenai BERSIH. Lebih banyak informasi mengenai BERSIH dan tuntutannya akan membuatkan rakyat yang selama ini dianggap UMNO BN sebagai dungu, mula menggunakan otak untuk berfikir dan inilah yang amat menakutkan depa. Jadi, seboleh mungkin depa rekayasa apa jua alasan dan tohmahan untuk memastikan rakyat2 yang depa anggap dungu ini terus dungu.
Terbaru, Rahim Noor menyatakan Nik Aziz sebagai "bapa kafir" sebab mempengaruhi umat Islam menyertai BERSIH. Satu tuduhan yang bodoh dari seorg bekas ketua polis yang memanggil dirinya "bapa anjing".
Yang kedua, kecuakan Najib adalah disebabkan sambutan yang amat luar biasa terhadap BERSIH. Bilangan demonstran yang menyertai BERSIH, terutamanya dari kalangan bukan melayu semakin meningkat. Ini yang meresahkan UMNO BN dan depa sebenarnya mati akal hendak menangani keadaan ini. Amaran MCA dan Gerakan supaya ahli2nya dan kaum cina supaya tidak menyertai BERSIH diibaratkan sebagai "mencurah air ke daun keladi". Lebih malang, ketua wanita MCA Melaka sendiri turut join BERSIH sehingga mendorong Mohd Ali Rustam menggesa wanita itu meletakkan jawatan.
Kenapa perlu sebegitu, Ali? BERSIH bukanlah gagasan PR sebaliknya merupakan gagasan NGO. Kenapa harus menjadi begitu tidak professional? Ustaz Nasha menyertai himpunan LGBT. Dr ABY menyertai HIMPUN. Tak pulak kami suruh depa letak jawatan atau keluar parti.
Bukan lagi rahsia, demo2 UMNO tidak pernah mendapat sambutan hangat, malah "Himpunan Sejuta Belia" yang digagaskan Najib dulu tu pun terpaksa menggunakan umpan konsert K-Pop untuk menarik minat belia untuk membanjiri Putrajaya masa tu. Inilah yang amat memeningkan depa. Kuning! Kuning! Najib Pening!
Berbalik kepada isu, adalah satu kedangkalan yang nyata bila depa mengatakan BERSIH bertujuan untuk menggulingkan kerajaan yang sah. Come on la - berbaliklah kepada tujuan BERSIH. Apakah tujuan BERSIH? Menggesa penambahbaikan dalam sistem pilihanraya. BERMAKNA, PILIHANRAYA YANG SEMEMANGNYA DIGARISKAN OLEH PERLEMBAGAAN INI KEKAL MENJADI WADAH UNTUK RAKYAT MEMILIH KERAJAAN, bukannya nak dok revolusi sana sini! Kita tetap nak gunakan wasilah pilihanraya, hence kita minta sistem pilihanraya itu diperbetulkan! Bukannya suka suki nak mintak, tapi semuanya berfakta dan berdata. Susah sangat ke nak digest?
Tak timbul langsung soal nak gulingkan kerajaan. Kita cuma tuntut sistem YANG MEMBOLEHKAN KITA PILIH PIHAK PENERAJU KERAJAAN INI DIPERBAIKI. UMNO ada ke tak de ke, KERAJAAN MALAYSIA YANG BERDAULAT TETAP WUJUD. Itu namanya demokrasi berparlimen. Ada pilihanraya setiap 4 ke 5 tahun sekali. Ada wakil rakyat. Ada Dewan Undangan Negeri dll. Kalau tak faham jugak, sila rebus laptop atau pc atau smartfon anda, dan minum airnya biar cerah sikit hati tu.
Baik - kalau demo2 atau himpunan2 ini bertujuan untuk gulingkan kerajaan, kalau gulingkan kerajaan itu satu benda yang haram menurut majlis fatwa, sila jelaskan kepada aku apakah fatwa ini tidak tergunapakai bila Najib anjurkan pelbagai himpunan bertujuan utk mengajak rakyat tidak mengundi PR atau bahasa mudahnya, menggulingkan kerajaan2 PR yang berdaulat di 4 negeri? Baru2 ni di Kelantan, dan akan datang di Selangor pulak. Apakah itu tidak dikategorikan sebagai menghasut rakyat membenci kerajaan PR di negeri2 tersebut? Apakah ini tidak haram? Apakah fatwa ini boleh berubah2 ikut kesesuaian Najib?
Demonstrasi aman ke himpunan ke rapat rakyat ke gerakan massa ke - tak kira la apa namanya - adalah aspek2 dalam demokrasi yang diamalkan oleh negara ini. Bukan PAS yang rangka benda ni. Bukan Anwar. Bukan Ambiga. Bukan Pak Samad. Tetapi ini semua dirangka oleh UMNO sendiri sewaktu proses kemerdekaan negara ini. Dan kini, bila kita menguasai "permainan" yang depa buat ni, tiba2 depa kata macam2. Udah la tu. Kalau takut sangat kuasa tu jatuh, kalau sikit2 pun dikatakan ingin menggulingkan kerajaan, BAIK TAK PAYAH AMALKAN DEMOKRASI!
'demokrasi terpimpin' ala 3 Abdul...rakyat pilih kerajaaan TETAPI rakyat tak payah pikir banyak2 ikut sajalah kata kerajaan..pemahaman BN/UMNO tenang demokrasi terhad pd pilihanraya saja..apa2 prosedur dan peraturan yg berkaitan pilihanraya bukan soal demokrasi..yg penting ialah UBN MESTI mengekalkan kuasa yg ada dan matlamat mereka itu menghalalkan SEMUA perbuatan salah mereka..kenapa mereka takut kehilagnan kuasa?? kerana merak tahu dna sedar bahawa salah laku, salah urus,salah tadbir yg dilakuikan selama ini , sudah diketahui rakyat dan semakin menjadi senjata makan tuan..sebab itu merak mengekalkan sebahagian rakyat perneroka FELDA terutamanya dalam keadaan miskin dan jahil supaya bila mendapat sedikit2 'habuan' dari kerajaan mereka akan terlalu 'berterima kasih' dan 'terhutang budi' yg akan dibalas dgn undian..janji pilihanraya sengaja ditangguhkan hingga hampir sampai PRU supaya UBN akan nampak hebat bekerja untuk rakyat..sedangkan sebelumnya sibuk mengisi kantung masing2...kesian sungguh melihat rakyat yang begitu berterima kasih dgn RM100 dan RM500 yg dihulurkan dan UBN SANGAT berbangga dgn 'pemberian' tersebut sedangkan..RM500 itu hanya untk sebelah kasut atau sehelai baju isteri2 pemimpin UBN saja atau sekali hi tea di hotel 5 bintang..rakyat makan siput babi (Bersama mu TV3) ada UBN kesah???
ReplyDeleteKenapa rakyat kita jadi begitu bodoh??belum lagi cakap soal KP kpd pendatang asing yg kini bukan lagi PATI..