Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, March 9, 2012
hukum Islam - ibarat mengambil beras dari guni part 2
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
dalam part 1, aku telah jelaskan ttg halangan dan kekangan yg dihadapi oleh kelantan dalam melaksanakan hudud. aku juga membangkitkan ttg perihal FAKTA betapa terengganu dibawah UMNO juga mampu laksanakan hudud sekarang - sebab enakmen hudud di sana dah wujud. pelik kan?
diharap hakikat tersebut mensenyapkan puak2 UMNO betapa dalam usaha depa memperlekehkan PAS x laksana hudud, depa sendiri memandang sepi hukum Allah nan satu ni.
memetik pendirian Mursyid Al Am PAS, "sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.
Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis."
mari kita kaji rasionaliti pendirian nik aziz itu.
perlu diingat, PAS mengumumkan ingin melaksanakan hudud pada tahun 1993, 3 tahun selepas memenangi kelantan. depa tak laksana sebelum PRU 1990. depa umum selepasnya. jadi, apakah ini satu bentul political gainage? tapi perlu diingat - ketika kelantan mengumumkan hasrat utk melaksanakan hukum Allah ni, pelbagai tohmahan dan kecaman dilakukan terhadap depa. bukan oleh cina bukan oleh india, tetapi dari melayu UMNO itu sendiri. siapa boleh lupa kata2 Najib berkenaan undang2 Islam yg jelas menyatakan "negara akan huru hara sekiranya undang2 Islam dijalankan"? siapa boleh lupa ungkapan "kalau datang kelantan, makan sup kaki sup tangan"?
momokan seperti inilah yg telah menakutkan bangsa asing di malaysia. cina dan india di malaysia termakan dakyah oleh melayu UMNO ini sehingga depa memandang prejudis terhadap PAS dan Islam. mana tidaknya - pastinya depa terfikir "takkanlah melayu akan menentang undang2 agama melayu sendiri? kita kaum cina pasti akan support bangsa kita sendiri walaupun lain ideologi!" malangnya tuan2, bangsa melayu UMNO ni bukan mcm tu.
jadi muncullah kata2 seperti "langkah mayat dulu baru buat negara Islam" dan sebagainya. benda ni dah berakar umbi dalam masyarakat bukan Islam sekian lama. baik MCA, MIC, DAP dan sebagainya, masing2 termakan dakyah ini. siapa punya angkara? UMNO.
jadi untuk mencerahkan org Islam yg tak faham satu hal, nak mencerah bukan Islam yg confirm menentang satu hal lagi. inilah yg dilakukan oleh PAS secara bersendirian selama 22 tahun! depa terus menerang, mencerah dan menghujah tanpa jemu dan penat. tapi dalam masa yg sama, UMNO dan juhalak2 depa terus memomokkan pencerahan dan penerangan itu.
inilah yg menyebabkan sampai sekarang DAP masih tidak dapat menerima sepenuhnya dasar PAS ini. dan seperti yg diperjelaskan oleh nik aziz, kadang2 kita harus mengendurkan diri seketika utk memelihara kestabilan satu2 hubungan. DAP tak paksa PAS jadi kafir pun. depa cuma tak bersedia utk menerima hudud. itu pun cuma kit siang dan karpal singh je yg agak agresif. mengendur bukan bererti lemah.
kaji balik sirah Nabi dalam perjanjian hudaibiyah. apakah tindakan Nabi s.a.w yg tunduk kepada syarat2 tidak munasabah kaum kafir quraisy itu boleh dianggap sebagai mempamerkan kelemahan Nabi s.a.w? tidak! inilah strategi Nabi s.a.w yg mendapat ilham dari Allah swt.
kalau kita kaji pun, sebenarnya bagi masyarakat cina, depa percaya bahawa PAS akan melaksanakan hudud no matter what dan DAPlah yg menjadi pak turut PAS. ini ditambah pula dengan kenyataan2 oleh Lim Guan Eng yg dilihat menyantuni dasar PAS seperti yg diungkapkannya semasa debatnya dengan chua soi lek, "kita tidak akan menghalangi malah menghormati umat Islam mengamalkan ajaran mereka, sepertimana mereka menghormati kita dan agama kita".
jadi agak pelik bila melayu UMNO pulak yg sakan kata "PAS jadi tunggang DAP".
atas dasar pendirian nik aziz itulah, ini menjelaskan kenapa PAS kedah misalnya tidak melaksanakan hudud dan menjelaskan ayat ustaz azizan "hudud bukanlah agenda utama".
tapi dalam masa yg sama, ingat undang2 Islam tu langsung dikesampingkan ke?
tunggu bahagian 3.
No comments:
Post a Comment