Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, March 10, 2012
hukum Islam - ibarat mengambil beras dari guni part 3
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
dalam tulisan yg lepas, aku telah membawa perbincangan mengenai halangan2 yg didapati dalam usaha memperkenal, menerang dan juga melaksanakan hudud di malaysia secara am. tidak syak lagi bahawa sepatutnya semua pihak yg mengaku diri mereka muslim dan mendukung agama Allah WAJIB menegakkan hukum hakam Islam ini tanpa kompromi. jika ianya sukar dilaksanakan lantaran ketidakfahaman masyarakat terutamanya bukan Islam mengenai hudud, penerangan demi penerangan perlu dilakukan dengan intensif - bukan terus nak melabel "ini hudud PAS" atau sebagainya.
perlu aku ingatkan bahawa ketika ayat hukum mula diturunkan pada tahun ke-2 hijrah, bilangan umat Islam di madinah hanyalah 500 org sahaja jika dibandingkan dengan 10,000 non muslim yg terdiri dari pelbagai suku dan kaum termasuklah yahudi. akan tetapi, bagaimana dengan peratusan yg kecil itu umat Islam bawah bimbingan Rasulullah s.a.w mampu untuk melaksanakan hukum Islam dan secara vitalnya, membuatkan org kafir yg jumlahnya berpuluh kali ganda lebih ramai itu mengikut dan taat dengannya?
sebab umat Islam masa itu bersatu dan masing2 memang ingin undang2 Islam dilaksanakan. depa bersatu bukan atas nama kabilah arab dan sebagainya, tapi depa bersatu atas nama Islam.
menyebut tentang perlaksanaan hukum Islam, apakah kita terlupa bahawasanya perlaksanaan undang2 Islam di tanah melayu ini dah berlaku sekian lama?
penemuan batu bersurat di terengganu pada awal kurun ke 14 menjadi bukti yg jelas dan nyata bahawa Islam telah bertapak di bumi bertuah ini sejak zaman itu. batu bersurat itu antara lain mengandungi catatan mengenai undang-undang seorang raja, menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran.
itu batu bersurat di terengganu. bagaimana pula dengan kesultanan melayu melaka?
Hukum/Undang-undang Islam telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu. Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini.
Parameswara iaitu pembuka negeri melaka telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslam kan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.
Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1422 – 1444) dan dilengkapkan di dalam zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 – 1450). Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.
Menurut beberapa orang pengkaji barat, seperti William R. Roff dan Alfred R. Rubin bahawa Undang-undang Melaka itu pada dasarnya berasaskan Undang-undang Islam di samping Hukum Akal dan Hukum Adat. Pendapat mereka ini adalah menepati kenyataan yang terdapat di dalam qanun tersebut;
“Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil AlQuran dan menurut amar bil ma’ruf wa nahi munkar.”
Berdasarkan kepada teks Hukum Qanun Melaka yang diselenggarakan oleh Dr Ph. S. Rankel mengandungi 27 fasal, Kitab Undang-undang Melaka dari Muzium British, mengandungi 44 fasal dan Undang-undang Melaka yang diselenggarakan oleh Liaw Yock Fang , mengandungi 44 fasal, setelah diteliti dan dikaji, dapatlah disimpulkan bahawa , Undang-undang Qanun Melaka ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan Undang-undang Islam menurut Mazhab Syafie.
Walaupun tidak dinafikan bahawa di dalamnya terdapat juga unsur-unsur Undang-undang Adat Melayu, namun demikian ianya tidaklah menjejaskan sifat keIslamannya. Peruntukan-peruntukan undang-undang yang terdapat di dalamnya adalah menyeluruh dan luas, ianya mencakupi keseluruhan undang-undang Islam.
Pada mulanya undang-undang adat telah diikuti, akan tetapi apabila orang Melayu mula menganuti agama Islam, maka undang-undang Islam telah diterima dan adat Melayu mula diubah-suaikan supaya tidak bertentangan dengan undang-undang Islam.
ini menjadi bukti yg nyata betapa kesultanan melayu melaka telah lama mengamalkan undang2 Islam secara total walaupun pada masa yg sama, depa menyantuni adat istiadat melayu asal saja tidak bercanggah dengan Islam. Mana-mana adat yang dianggap baik, bermanfaat dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam boleh diterima dan dijadikan amalan oleh orang-orang Islam. Dengan cara ini, adat dapat diserapkan ke dalam undang-undang Islam.
Cara menyelesaikan perselisihan yang timbul antara undang-undang Islam dan undang-undang adat telah dijelas kan oleh As Suyuti dalam kitabnya Al Asybah wan nazho-ir. Kaedah-kaedah yang disebutkan oleh As Suyuti adalah;
1 – Adat hanya dikira jika didapati ianya diamalkan berterusan.
2 – Jika terjadi perselisihan antara adat dan pendapat agama Islam, maka adat boleh diikuti, jika tidak terdapat hukum di dalam Syariah yang jelas.
Misalnya jika si A bersumpah bahawa dia tidak mahu makan daging, dia tidak dianggap melanggar sumpahnya jika dia makan ikan, sungguhpun ikan dinamakan daging di dalam AlQuran (16:14).
3 – Jika terdapat perselisihan antara adat dan hukum syara’ yang jelas dan tepat, maka hukum syara’ mestilah diikuti.
Misalnya, jika Y bersumpah bahawa dia tidak akan berkahwin, dia akan melanggar sumpah itu hanya apabila dia mengadakan akad nikah dan tidak dengan persetubuhan sahaja.
4 – Adat boleh diamalkan jika terdapat syarat-syarat Hukum Syara’ itu dalam bentuk am sahaja dan tidak dijelaskan dengan tepat.
5 – Mengenai adat pula, jika ada pertelingkahan antara adat am dan adat khas, maka adat khas itu hanya sah jika ia tidak tersekat amalannya. Umpamanya, jika ianya diamalkan oleh seorang sahaja dan bukan oleh sesuatu puak.
nampak tak begitu cantik susunan undang2 zaman kesultanan melayu melaka pada ketika itu? perlu diingatkan juga bahawa pada zaman itu bukan tidak ada org bukan Islam di tanah melayu, tetapi lantaran pengamalan undang2 Islam yg serba lengkap ini menjadikan melaka sebagai negeri yang termaju, terhebat dan terkemuka bukan sahaja di rantau ini, tetapi di seluruh dunia pada ketika itu.
so, celah mana depa kata "kalau amalkan undang2 Islam, negara akan jadi mundur"? menerusi fakta ini jugalah, ternyata raja2 melayu sememangnya mengamalkan hudud. jadi, mana mungkin kita berkata "kitalah pejuang agama" sedangkan kita tak ikut pun apa yg raja2 melayu dahulukala buat?
dalam bab 4 nanti, insya Allah aku akan lampirkan secara detail mengenai pengamalan undang2 Islam di kerajaan melayu melaka yg hebat itu.
No comments:
Post a Comment