Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, March 9, 2012
hukum Islam - ibarat mengambil beras dari guni part 1
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
hukum Islam tu wajib dilaksanakan oleh semua muslim. tak kira siapa. betul tak?
masih lagi kedengaran sehingga kini suara2 sumbang yg memperlekehkan kerajaan PAS kelantan terutamanya mengenai kegagalan mereka melaksanakan hukuman hudud di negeri tersebut walaupun sultan kelantan dah memperkenankan enakmen berkenaan, dan juga kenapa depa masih tak laksana hudud di kedah.
sebelum kita pergi jauh, jom kita meneliti dulu dua artikel di bawah -
Kalau dilihat dari surat Perdana Menteri Mahathir Muhammad kepada MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz pada 15 Julai 1994, tidak nampak apa-apa yang bahayanya. Tiada sebut pasal MAGERAN, rampasan kuasa, penangkapan pimpinan2 PAS di bawah ISA, penggantungan DUN Kelantan dsbnya.
Menaqal sedikit dari perenggan akhir surat Dr Mahathir itu:
.......maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994
berkuasa sangat ke surat ni?
AKTA DARURAT KELANTAN 1977
Ramai tidak sedar bahawa Kelantan masih di tertakluk di bawah Akta Darurat Kelantan 1977. walaupun najib baru2 ni membentangkan usul utk memansuhkan akta tersebut disamping akta darurat 1966 sarawak dan akta darurat 1969 persekutuan, ianya masih belum diwartakan kelulusannya.
Akta ini membenarkan kerajaan Pusat:
1.0 Mengambil alih pemerintahan Kerajaan Kelantan
2.0 Menggantung DUN Kelantan serta kesemua Enakmen-Enakmen yang telah diluluskan
3.0 Menangkap sesiapa sahaja yang dilihat sebagai membahayakan keselamatan KElantan.
Ramai yang menuduh Tok Guru Nik Aziz pengecut dan takut untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Ini kerana ramai yang tidak tahu menahu akan Akta Darurat ini.
Apabila mantan Perdana Menteri telah memberi amaran keras untuk tidak melaksanakan hukum hudud, maka ia bermakna Perdana Menteri boleh menggunakan Akta Darurat 1977 untuk MENGAGALKAN perlaksanaan hukum tersebut di Kelantan.
Apabila DUN telah digantung dan pentadbiran kerajaan negeri diambil alih kerajaan Pusat, secara automatik hudud yang hendak dilaksanakan tadi tidak dapat dilaksanakan sama sekali. silap2, kerajaan negeri pun terlepas akibat dirampas!
artikel di atas penah aku kongsikan bawah tajuk "kenapa kelantan tidak melaksanakan hudud?" dan jom kita hayati artikel di bawah ini pula -
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan keputusan kerajaan negeri tidak melaksanakan hukum hudud kerana kebimbangan bahawa kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri.
Katanya, beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar tahun 1977 dahulu.
"(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.
"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran... Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya sambil membaca kaedah fiqhiyyah bagi menyokong hujahnya.
"Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran... dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, malam tadi.
Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.
Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis.
"Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulillah kaum Cina dan India menyokong PAS."
menerusi dua artikel ini, kita dapat simpulkan betapa walaupun dimomokkan kononnya "kelantan tidak ada halangan dari segi perlembagaan utk laksana hudud", jangan dilupakan bahawa kerajaan UMNO BN bukanlah kerajaan yg baik hati dan saksama sangat. depa ni busuk perut. royalti minyak kelantan yg sememangnya hak rakyat kelantan pun dinafikan, inikan pula berkaitan dengan undang2 Islam yg pastinya jika berjaya dilaksanakan akan membolehkan PAS mendapat political mileage yg cukup besar.
but semua ni bukan semata2 kisahkan political mileage.
seperti yg aku mention kat atas tadi, undang2 Islam adalah wajib dilaksanakan oleh sesapa pun tanpa konpromi. PAS mengumumkan utk cuba laksana hudud bukanlah bertujuan hendak menarik sokongan. percaya la - tak ramai dr kalangan bangsa melayu Islam sendiri yg mahukan undang2 Islam yg pastinya akan menyebabkan langkah depa tersangkut2. UMNO sendiri ntah berapa kali memperlekehkan hudud ni secara jelas dan nyata. jadi apakah PAS dikira menggunakan hudud sebagai gimik politik?
Dr MAZA dalam blognya dibawah tajuk "kelantan dan tanggungjawab hudud" menyatakan, "Saya yakin bahawa dalam isu hudud hasrat Kelantan bukan main-main. Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah s.a.w dalam sunnah baginda. Saya sendiri mendengar perkataan YAB Menteri Besar Kelantan ketika ditanya tentang hudud, beliau menjawab: “Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.
Saya lihat wajahnya, saya rasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah berkenaan. Apa tidaknya, Allah menegaskan dalam al-Quran: (maksudnya)
“Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat. Perempuan Yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” (Surah an-Nur: 1)."
menyebut tentang tanggungjawab ni, izinkan aku bertanya dalam bahagian satu dalam siri artikel ini ttg terengganu. seperti yg kita sedia maklum, kerajaan negeri terengganu telah meluluskan enakmen hudud pada tahun 2004 dan telah mendapat perkenan sultan terengganu untuk dilaksanakan. malangnya, sebelum sempat dilaksanakan, UMNO telah merampas terengganu menerusi kemenangan PRU. sungguhpun begitu, walaupun terengganu dirampas, enakmen hudud itu tetap wujud!
soalnya, kenapa UMNO terengganu TIDAK MELAKSANAKAN HUDUD yg telah diwartakan enakmennya itu? adalah mustahil bagi depa utk tidak menyedari kewujudan enakmen itu. jika depa merasakan enakmen itu adalah bercanggah dengan Islam (hudud PAS, so they say), apakah depa tak mampu utk bermuzakarah membetulkan "kepesongan" dalam enakmen hudud tersebut utk mewujudkan "hudud sebenar"?
kalau depa bising kenapa kelantan tak laksana hudud selepas enakmen hudud kelantan dah siap, the same goes to terengganu. KENAPA UMNO TAK LAKSANAKAN HUDUD YG DAH SIAP WARTA TU DI TERENGGANU?
dan tak seperti kelantan, UMNO terengganu tak perlu takutkan akta darurat.
bersambung part 2.
No comments:
Post a Comment