Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Thursday, June 7, 2012
Nikah - utamakan ibadat, bukan adat!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Mutakhir ni ramai betul pasangan yang amat berfikir panjang bila nak bernikah dan berkahwin. Couplenya dah lama. Bercinta bagai nak rak. Usung anak dara org kehulu kehilir tanpa ikatan yang sah tapi still tak de perancangan nak nikah.
Sedangkan pernikahan itu adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Allah berfirman, “Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nur: 32)
Dalam satu firman yang lain, Allah menegaskan "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (surah al Isra', 32)
Pernikahan adalah satu sunnah Nabi yang amat dituntut kerana ianya merupakan satu cara yang amat halal dan suci meraikan fitrah manusia yang ingin berpasang2an. Allah berfirman, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” ~ (QS. Ar-Ruum:21)
Cumanya, kenapa ramai manusia zaman sekarang tak bernikah dan lebih selesa couple?
Jika ditanya, rata2 memberikan jawapan yang sama iaitu "tak cukup duit" dan "tak bersedia nak kahwin". Untuk jawapan no 2 tu, biasanya aku tembak balik je - "tak sedia nak kahwin tapi sedia lak nak usung anak org mcm hak milik mutlak". Hehehe...
Tapi hakikatnya, jawapan pertama itulah merupakan alasan yang paling utama sebenarnya. Rata2nya menyalahkan ketidakmampuan depa dari segi kewangan sebagai antara halangan untuk depa bernikah. Ada benarnya.
Kalau ikut stail Nabi, pernikahan adalah benda yang simple tetapi wajib disegerakan jika sudah tiba masanya. Nabi menganjurkan kita agar tidak terlalu berlebihan dalam meletakkan mahar atau tidak terlalu beria2 untuk mengadakan satu walimah yang gah untuk menyambut menantu. Malah dalam satu riwayat, Rasulullah pernah menikahkan sorg sahabat yang amat2 miskin dengan bermaharkan beberapa ayat al Quran yang dihafal oleh sahabat itu sahaja. Lihatlah betapa contoh yang dibawa oleh Nabi.
Tapi masyarakat kita ni lain macam sikit. Dah bercampur aduk antara adat dan ibadat. Malahan, tidak keterlaluan jika dikatakan adat itu depa dahulukan berbanding ibadat. Tak percaya? Try pinang anak sesapa secara rawak, dan lihatlah apa soalan yang akan keluarga si wanita itu tanya, "majlis nak buat bila? Kedua2 belah ke atau sebelah je?" dll. Semuanya soalan yang menjurus kepada "hari raja sehari" itu. Tak de pun tanya "apakah awk bersedia nak bagi nafkah kpd anak saya selepas nikah nnt" dll...
Bab hantaran, jangan cerita la. Zaman sekarang, dengan nilai matawang kita yang teruk, hantaran kahwin pun kekadang boleh lepas nak beli Viva sebijik. Malah dalam satu akhbar tempatan tak lama dulu, depa siap buat kajian trend meletakkan hantaran di kalangan masyarakat dan hasil kajian itu mendapati mak bapak biasanya "letak harga" ikut kelulusan anak depa. Jumlah hantaran ranging antara RM5,000 ke RM30,000. Tersedak aku.
Kenapa sampai mcm tu sekali perihalnya? Kenapa la sampai mcm nak menjual anak je rupanya? Pernikahan ni patutnya dipermudahkan bukan disukarkan sebegini dengan meletakkan hantaran yang pelik2. Hantaran bentuk duit RM satu hal, kekadang dengan maskahwinnya, pastu hantaran yang dulang berbalas dulang tu (sepersalinan la serba duduk la serba mencangkung la...haduiii)
Rentikanlah perkara mengarut ni. Yang penting dalam pernikahan menurut Islam adalah maskahwin (mahar) dan juga sedikit majlis walimah untuk sebaran umum mengenai kehadiran anggota baru dalam keluarga bagi mengelakkan fitnah pada masa akan datang. Tu je. Tak perlu la letak benda yang mengarut2. Bayangkan, ada antara depa bercinta masa U. Keluar U terus nak nikah. Mak bapak letak hantaran mengalahkan Juliana Banos. Sudahnya? Banyak yang tak nikah2 walaupun dah 10 tahun keluar U. Kes lebih teruk, ada yang putus mcm tu je. Malahan yang sampai pinjam bank pun ada. Anak dah 20 org tapi hutang tak abis bayar lagi.
Sudah tiba masanya masyarakat ubah stail dan persepsi. Apa yang ramai org buat tu tak semestinya betul. Contoh mudah, ramai org beli saham tapi berapa kerat yang benar2 kaya? Mcm tu la dalam hal nikah kahwin ni. Kekadang kita ni terlalu fikir sangat pasal "apa orang lain kata". Pedulik la apa org lain nak kata. Ni majlis kita, anak menantu kita, bukan anak menantu depa.
Having said that, aku nak juga nasihat kepada para lelaki - duit rokok yang korg beli sejak zaman U tu jika disimpan, insya Allah korg takkan ada masalah duit hantaran kahwin. Sebagai contoh, katalah korg beli rokok satu kotak harga RM 10, sekotak sehari. Sebulan korg dah belanja RM300. Setahun lebih kurang RM3,600. Kalau korg belajar selama 5 tahun, kemudian ambil la masa setahun utk kerja sebelum menikah, duit yg korg kumpul tu dah RM21,600. Banyak tak? So tak yah la merokok. Ni beli duit rokok je dan beratus ribu habis tapi nak nikah, tak de duit.
Kesimpulannnya, pernikahan ini patut dipermudahkan. Kita kena kesian tengok anak2 muda kita sekarang ni. Dengan kes zinanya buang anaknya dan pelbagai lagi, kita tak dapat tidak kena ambil sedikit tanggungjawab betapa dek kerana tegarnya kita "nak jual anak", anak2 muda kita memilih utk terus hidup bergelumang maksiat dan ikhtilat yang haram.
Ubahlah paradigma itu.
Renunglah sabda Nabi s.a.w ini, "Apabila datang (melamar) kepadamu orang yang kamu sukai akhlak dan agamanya maka kahwinkanlah dia. Kalau tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas."
(Hasan, (a) Riwayat Tirmidzi, Ibn Majah dan Hakim dari Abu Hurairah, (b) Riwayat Ibnu ‘Adi dari Ibn Umar dan (c) Riwayat Tirmidzi dan Baihaqi Abu Hatim Al-Muzani; dan ia tidak mempunyai hadis selain itu.) [Hadis 0347]
No comments:
Post a Comment