Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, June 9, 2012
Ingat kami bodoh?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kerajaan UMNO BN memang terkenal dengan sikap pendendam dan dengki depa.
Ketika PAS menguasai Terengganu, royalti minyak yang dinikmati Terengganu sejak zaman berzaman berubah menjadi sekadar "wang ehsan". Kelantan jangan cerita la..pelbagai sekatan, halangan dan diskriminasi dilakukan sejak tahun 1990 lagi.
Kali ini, kerajaan UMNO BN ini melangkau setapak lebih jauh dalam hal dengki mendengki dendam mendendam ini. PTPTN dalam satu pengumuman awal minggu ini bercadang untuk membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar2 UNISEL, yang kemudian dipanjangkan kepada pelajar2 KUIS. Dalam kenyataan2 yang berasingan, pengarah PTPTN, Menteri berkenaan iaitu Khaled Nordin, Muhyiddin Yassin dan juga Noh Omar sepakat mengatakan bahawa "ini adalah peluang kepada kerajaan PR Selangor untuk membantu rakyat dan tak perlu bergantung kepada dana daripada kerajaan pusat lagi".
Alangkah bodoh dan kurang cerdiknya kenyataan itu. Soalnya, PR berjanji untuk mansuhkan PTPTN SELEPAS MENANG PRU dan membentuk kerajaan - bukan sekarang!
Having said that, saranan Anwar Ibrahim agar para peminjam PTPTN tidak membayar pinjaman itu lagi bagi aku satu kenyataan yang agak kurang bertangungjawab. Anwar, by law, tidak berhak membuat kenyataan itu kerana DIA MASIH BELUM MEMEGANG TAMPUK MENTERI PERDANA lagi. Mungkin ini adalah antara strategi saraf Anwar utk memberikan satu "subconcious assurance" kepada rakyat san lebih kepada "moral boosting", tapi kalau tak berhati2, ini boleh dianggap sebagai arrogance.
Baik, kita lupakan pasal itu sebentar. Ternyata, apa yang UMNO BN harapkan daipada trategi ini tentunya sebagai satu cara untuk "mengena" dan "menekan" PR atas janji "pendidikan percuma" dan "pemansuhan PTPTN" itu. Mungkin depa harapkan kerajaan PR Selangor dalam kes ini akan menggelabah, merayu2 dan mengakui bahawa "PTPTN masih relevan". Kiranya, ini adalah taktik utk buat PR "jilat ludah" sendiri dan tentunya akan memberikan satu kemenangan moral terhadap UMNO BN.
Depa pk pimpinan PR bodoh mcm depa agaknya.
Sejurus selepas pengumuman PTPTN itu, serangan dan selaran yang diharapkan timbul dari pihak PR tidak begitu berlaku sebaliknya serangan berlaku dari dalam. Parti2 komponen BN terutamanya MCA menyerang hebat strategi "kelam kelibut" ini. Logik la - MCA sendiri memiliki sebuah IPTS iaitu Universiti Tunku Abdul Rahman. Ini dianggap sebagai satu langkah yang terkebelakang dan pastinya akan menyebabkan populariti UMNO BN akan semakin merudum. Even Khairy Jamaluddin sendiri menyelar idea bodoh ni.
Apa pula reaksi kerajaan PR Selangor? Dengan selamba Khalid Ibrahim kata, "kalau depa tak nak kasi, itu tidak ada masalah. Rizab negeri ada hampir RM 2 billion, malah aset2 UNISEL boleh saja dicairkan untuk membantu para pelajar meneruskan pelajaran depa".
Ini memang mengejutkan para strategis UMNO berkenaan hal ni. Tak sangka sebab depa berfikiran cetek - tak mampu berfikir bahawa ada je jalan untuk kerajaan Selangor mengakali strategi jahat UMNO BN ni. Sudahnya, semalam diumumkan bahawa PTPTN tak jadi bekukan pinjaman. Hari ni pula, Khaled Nordin bagi alasan "kita nak test je sama ada kerajaan PR Selangor ni betul2 serius ke nak menjaga kebajikan para pelajar seperti yang depa laung2kan."
Memang alasan nak cover malu.
Bagi aku, ini menunjukkan dengan jelas dan nyata sikap kerajaan UMNO BN yang sebenarnya dah diamalkan sekian lama. Depa cuba memasang perangkap, namun ternyata perangkap memakan tuan. Depa ingat kerajaan PR ni bodoh? Cepat menggelabah?
Sekarang, siapa yang menggelabah?
No comments:
Post a Comment