Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, May 16, 2012
Punggung adalah budaya UMNO dan pendukungnya.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Apakah UMNO (dan pihak yang menyokong atau menyantuni UMNO) sememangnya tak dapat dipusahkan dengan punggung?
Isu ni agak lama berlalu, jadi tindakan aku mengulas balik isu ni boleh dikatakan outdated tapi itulah aku - kerja aku bukan terjah isu yang tengah mendidih, tapi mengulas isu yang berlaku dari sudut pandang peribadiku.
Semua orang tahu, sekumpulan pakcik2 yang perasan punggung depa seperti penari gelek arab jahilliah telah melakukan senaman punggung di hadapan kediaman Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bangsar. Ini merupakan kali kedua percubaan untuk memprovokasi sambil mengganggu privasi Ambiga - yang pertama adalah tindakan bukak kedai burger bebetul depan pintu pagar rumah dia. Ingat lagi kisah tu? Aku ada ulas pasal hal ni masa tu.
Secara serius, apa yang pakcik2 ni fikirkan? Alasan yang diberi ialah "Ambiga adalah musuh yang hendak merosakkan negara". Itu saja. Malah, peguam depa iaitu Edmund Bon sendiri tidak bersetuju tindakan itu walaupun dia mengakui kumpulan itu berhak melakukan demonstrasi. "Bagi saya, motif kumpulan itu hanya ingin memalukan Ambiga. Itu saja", katanya.
Apa yang dimaksudkan dengan "Ambiga adalah musuh yang hendak merosakkan negara"? Bukan hendak mempertahankan Ambiga, tapi sejak bila dia nak merosakkan negara? Kerana BERSIH yang jelas tidak mempunyai unsur untuk menjahanamkan negara itu? Kalau kumpulan ini benar2 bengang dengan Ambiga, apsal tak lakukan senaman sedemikian sewaktu Ambiga fight kes Lina Joy tak lama dulu? Jadi depa ni sebenarnya marahkan Ambiga atau disuruh oleh pihak2 tertentu utk merencatkan BERSIH?
Tapi kalau dikaji balik, tindakan depa ni bukannya asing. Dah terbukti sekian lama sememangnya puak2 yang sekufu dengan UMNO ini atau UMNO itu sendiri amat gemarkan "politik bontot". Bermula sejak tahun 1998 dengan mempertaruhkan bontot Azizan dan Sukma, ianya diteruskan lagi pada tahun 2008 dengan mempertaruhkan bontot Saiful Bukhari. Dan kini, 15 bontot tua pula dipergunakan.
Memalukan. Agaknya, apa perasaan anak cucu depa esp yang masih bersekolah apabila melihat perkara sebegini? Tidak ke budak tu akan dijadikan bahan lawak kat sekolah nanti? Atau kesemua depa ni mandul dan tak de zuriat keturunan?
Terbaru, seorang penguatkuasa DBKL mendakwa kumpulan peniaga itu berura2 mahu membuka pasar malam di jalan terletaknya rumah Ambiga itu. Aku akan memerhati situasi ini dengan penuh minat - apakah tindakan DBKL. Apakah depa akan berdiam diri dan membenarkan benda itu berlaku dek kerana penjilatan bontot yang mega terhadap "tuan" depa, atau depa akan bertindak sewajarnya dengan menghalang serta merampas barangan niaga tersebut, seperti yang seringkali dilakukan depa terhadap peniaga2 melayu kecil yang mencari makan di Kuala Lumpur ini.
Kalau peniaga biasa, laju je depa bertindak. Kalau juhalak UMNO, heh.
Bak kata seorg pemberi komentar di Malaysiakini iaitu Ewan Sn, "Otak lucah dan kotor sahaja yg gemar idea lucah dan kotor seperti itu.
- Senaman bontot depan rumah Ambiga
- Demonstrasi kepala lembu di Shah Alam.
- Demonstrasi usung 'najis' di Penang.
- Demonstrasi usung spender dan coli wanita oleh pendokong UMNO Penang.
- Demonstrasi pengebumian Lim Guan Eng oleh pendokong UMNO Penang.
Kamu semua hanya memalukan Islam dan Melayu yg bukan UMNO..."
Sebenarnya, korg tidak berjaya memalukan Ambiga. Korg hanya memalukan diri sendiri. Jika aku pernah kata peniaga2 yang jual burger depan rumah Ambiga itu bodoh, maka sekumpulan pakcik tua ini adalah bangang.
Sebelum aku menutup tirai, sila baca berita ini -
"LOS ANGELES - Kira-kira 100 orang termasuk wanita menunjukkan punggung ke arah kereta api yang sedang melintasi landasan di daerah Orange, di sini pada Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Tradisi itu bermula pada 1979 apabila seorang pelanggan K. T. Smith membuat tawaran akan memberi minuman percuma kepada sesiapa yang boleh berlari ke landasan dan menunjukkan punggung ke arah kereta api.
Sejak itu, pada minggu kedua setiap Julai, orang ramai akan melondehkan seluar untuk menunjukkan punggung mereka ke arah kereta api bagi meneruskan tradisi tersebut. - AFP"
Jadi, budaya siapakah yang depa ini ikut?
No comments:
Post a Comment