Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tuesday, May 15, 2012
Najib sebenarnya tersepit...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Secara logik akal, sepatutnya tidak ada masalah bagi Najib untuk mengumumkan tarikh pilihanraya lebih awal.
Kalau kita lihat situasi politik negara (at least, menerusi kaca mata media2 UMNO) kelihatannya BN begitu kuat sekarang. Dengan ucapan berdegar2 Najib, dengan propaganda para facebooker dan blogger UMNO dll, sokongan terhadap UMNO dan BN begitu kuat dan dijangka akan menenggelamkan cabaran PR dalam PRU yang akan datang ini. Ditambah lagi dengan pemberian one-off yang begitu kerap (dan memakan duit rakyat dengan kerap) dikulminasikan dengan himpunan Gelombang Merah ulangtahun UMNO ke 66 yang dilaporkan oleh media depa sebagai mencatat 200,000 kehadiran, pastinya UMNO BN berada di landasan yang tepat untuk terus menguasai negara - at least untuk sepenggal lagi.
So they said.
Jika benar demikian, satu persoalan timbul - kenapa hingga kini Najib begitu liat untuk mengumumkan tarikh pembubaran parlimen? Mengapa mesti terus drag situasi seperti ini? Membuatkan ramai pihak terutamanya depa yang terlibat secara langsung dalam bidang politik ini tertanya2 dan kelam kabut? Apa lagi yang membelenggu Najib?
Kalau diperhatikan, negara kita mempunyai amalan pengundian yang unik. Selain tempoh kempen yang antara terpendek di dunia (10 hari. Sesetengah negara berkempen selama sebulan pun ada), tarikh PRU juga menjadi hak milik mutlak Perdana Menteri. Ini merupakan satu amalan yang pelik sebenarnya sebab kat negara2 lain, tarikh PRU semuanya dah ditentukan lebih awal - malah ada yang ditentukan sejak pembentukan parlimen lagi. Misalnya, tarikh PRU 13 negara Thailand misalnya telah ditentukan sejurus selepas pembentukan kabinet pasca PRU 12. Itu sebagai contoh.
Apa yang berlaku, yakni penentuan tarikh PRU secara perogatif oleh Perdana Menteri sebenarnya satu amalan yang salah. Pertamanya, ini seolah2 menyatakan bahawa PRU akan diadakan bukan atas kerana hak rakyat dan negara, tetapi atas kesedapan dan kemaslahatan PM dan partinya. Yang kedua, ianya menyebabkan ketidakadilan kerana parti pemerintah semestinya bersedia kerana tarikh PRU ditentukan oleh pemimpin depa, tetapi bagi parti2 lawan? Kelam kabut weh.
Aku ambil satu contoh situasi mudah - PAS sepatutnya mengadakan muktamar ke 58 bulan depan (Jun) tetapi dek kerana tumpuan terhadap PRU yang entah bila tarikhnya itu, muktamar terpaksa ditangguhkan kerana takut bertembung dengan tarikh PRU. Bayangkan jika Najib buat perangai dan nak adakan PRU pada tahun depan, maka tak bermuktamarlah PAS gamaknya. Begitu?
Baik, berbalik kepada isu. Soal pokoknya, kenapa Najib hingga kini liat untuk mengumumkan tarikh pembubaran parlimen? Sedangkan seperti yang diperjelaskan, seharusnya tiada alasan utk Najib bermain teka teki lagi?
Sebenarnya, banyak isu yang membelenggu Najib. Paling ketara ialah tentang BERSIH dan tuntutannya. Masyarakat Malaysia khususnya dan dunia amnya, yang pada awalnya agak skeptikal terhadap perjuangan BERSIH (tak dibantu oleh fitnah2 yang ditabur oleh UMNO) mula menyedari dan memahami apakah tujuan sebenar BERSIH, iaitu menggesa perlaksanaan 8 tuntutan untuk menambahbaik proses pilihanraya dan mereformasikan SPR itu sendiri. Siri pendedahan bukti dan fakta oleh PR menyebabkan UMNO BN terkucil. Apabila kisah pengerusi dan timbalan pengerusi SPR itu merupakan ahli UMNO (yang diakui oleh depa sendiri tapi dengan alasan bodoh), inilah merupakan pukulan maut terhadap depa. Ini ditambah lagi dengan pendedahan detail Mahfuz Omar mengenai kewujudan task force memberikan IC kepada warga asing yang turut melibatkan timbalan pengerusi SPR itu sendiri. Tindakan UMNO BN dan SPR berdiam diri terhadap dakwaan ini - sehingga kini Mahfuz tidak disaman walau satu sen pun atas pendedahannya - membuktikan memang benar ada yang tidak kena. Ditambah lagi dengan hakikat2 yang memang sedia termaklum oleh rakyat seperti ketidakbebasan media perdana dan sebagainya membuatkan tuntutan BERSIH itu semakin relevan.
Bayangkan, seorang opah berumur 81 tahun yang aku temui di Parit, Perak baru2 ni pun boleh menyatakan, "tv ke suratkhabor ke semuenye kabor belah situ je. Kekadang rasa pelik pun ye - takkan deme ni betul semue mcm malaikat?"
Sebetulnya, tuntutan BERSIH itulah yang paling menakutkan pentadbiran Najib. Maka direkayasalah segala ceritera untuk menutup isu tuntutan2 BERSIH itu bermula daripada pemfitnahan terhadap BERSIH hinggalah membuat isu2 baru semata2 untuk mengalihkan perhatian. Tetapi ternyata, tidak ada satu isu pun yang melekat. Isu video seks Azmin? Diam mcm tu je. Isu anak derhaka? Senyap lepas kena maki dengan Azwan Ali. Isu apa lagi? Sudahnya berbalik kepada isu lapuk iaitu isu Hudud dan Negara Islam.
Satu pun isu itu gagal dikekalkan di arus perdana. Semuanya menjalar kembali kepada BERSIH. Najib sendiri terpaksa merayu bagaikan anak kecil apabila ucapannya di London diganggu oleh laungan BERSIH. Fobia Najib terhadap BERSIH takkan lupus dengan mudah.
Tindakan pada bekas tentera yang dok buat senaman punggung, peniaga burger bukak kedai burger depan rumah Ambiga menambahkan lagi perisa kisah ini sebenarnya. Disaat depa mengharapkan benda2 ini dapat memalukan dan menarik cemuhan terhadap Ambiga, rupanya tindakan2 ini menyebabkan sebaliknya - orang yang tidak bersimpati terhadap Ambiga menjadi simpati terhadapnya dan makin mempromosikan secara tak langsung tentang BERSIH. Perlu diingat - Ambiga boleh saja tidak mempengerusikan BERSIH 4.0 tetapi walau siapapun pengerusinya, BERSIH tetap berdiri tegak sebab itu adalah tuntutan rakyat, bukan tuntutan Ambiga. Itulah yang dinyatakan oleh Maria Chin sewaktu berucap semasa perasmian Muktamar Pemuda PAS Wilayah Ahad lepas.
Kesnya di mahkamah Perancis pun tidak membantu. Ini pun merupakan antara sebab mengapa Najib begitu cuak membubarkan parlimen. Kerana apa? Ketika ini, Najib adalah PM Malaysia dan pastinya terlindung oleh undang2 Malaysia dan jentera2nya. Tetapi apabila parlimen dibubarkan, Najib hanyalah rakyat biasa yang berjawatan presiden UMNO dan tidak lagi dilindungi kekebalan undang2 Malaysia, yang bak kata Zahid Hamidi, "mahkamah Perancis tak boleh sentuh kita". Tempoh 10 hari bukannya kejap. Banyak perkara boleh jadi dalam tempih 10 hari. Apabila parlimen dibubar, Najib tidak lagi merupakan PM, maka jika sapina dikenakan oleh mahkamah Perancis dan Interpol juga masuk campur, maka Najib tidak ada pilihan lain selain hadir memberikan keterangan dan ini pastinya akan menyebabkan dia tak boleh bertanding PRU dan juga berisiko untuk ditangkap dan dihukum oleh mahkamah Perancis bawah undang2 antarabangsa. Satu balasan cash buat Najib - polis yang berada di bawah telunjuknya sibuk memburu aktivis masyarakat untuk ditangkap, manakala dia sendiri menjadi buruan polis antarabangsa.
Sebetulnya Najib tersepit. Isu2 dan situasi2 yang diharapkan dapat membantunya mengukuhkan kedudukan tidak menjadi. Insentif RM15,000 terhadap warga Felda dicemari dengan laungan "haram jadah"nya sendiri. Segala bantuan dan gula2 dah dikeluarkan dan diberi, maka Najib sepatutnya buat PRU dalam masa terdekat sebelum aura semua bantuan dan gula2 itu hilang tetapi seperti yang digariskan, keadaan sebenarnya membelakangi Najib.
Apapun, dunia politik memang tidak boleh dijangka dan diramal. Kita seharusnya bersedia dan seperti yang selalu diperkatakan, "pihak yang paling sedikit membuat kesilapan, mereka itulah yang akan menang PRU".
No comments:
Post a Comment