Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, May 4, 2012
Polis macam tak ikhlas je untuk cari kebenaran...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sekali lagi, aku akan menyentuh tentang BERSIH 3.0. Bagi puak2 UMNO, mungkin ini memuakan depa tapi bagi kita yang mencintai keadilan dan ketelusan, isu ini takkan terpadam sampai bila2.
Sebelum itu, sekalung tahniah aku ucapkan kepada warga Kelantan yang "sempoi" menyambut Najib dengan lautan kuning semalam. Dan aku yakin, Najib akan diberikan sambutan serupa tak kira ke mana pun dia pegi. Sudahnya, silap2 Najib akan merahsiakan bila dia mendarat ke sesebuah negeri untuk mengelak dari dimalukan. Satu persoalan - apsal Rosmah senyap?
Baik, kembali kepada topik. Umum mengetahui bahawa polis telah menyebarkan gambar2 pihak yang membuat kekacauan semasa himpunan BERSIH 3.0 hari tu, tetapi selepas diasak oleh semua pihak, polis akhirnya menyiarkan gambar anggotanya membelasah orang awam semasa BERSIH 3.0. Ketua Polis KL, Datuk Mohmad Salleh siap menyeru orang ramai menerusi facebook polis mengenai perkara berkenaan supaya tampil memberi kerjasama dan bukti untuk menyiasat dakwaan ini.
Tapi, ini semua hanyalah bersifat separuh masak.
Sebab apa aku cakap mcm tu? Pertamanya, kalau polis ini ikhlas untuk menyiasat dakwaan ramai, depa akan cari sendiri segala source dan gambar serta bukti kekejaman polis terhadap org awam dan juga wartawan. Bukan susah sangat pun. Bukti apa nak - video? Gambar? Semuanya ada. Malah bertaburan dalam facebook dan blog. Malah aku yakin, dalam arkib polis pun ada gambar2 seumpama itu yang disembunyikan dari umum.
Ini diperkuatkan lagi dengan hakikat bahawa menerusi facebook tersebut, depa hanya berminat dengan satu insiden yang berlaku di sepanjang Jalan Tun Perak di mana ia hanya menunjukkan pergelutan yang berlaku di hadapan cawangan bank OCBC di situ.
Banyak lagi gambar atau klip video yang menggambarkan kekejaman polis semasa BERSIH 3.0 yang telah dimuat-naik di Internet oleh para saksi, tidak disebut. Depa suruh kita tampil bawa bukti. Soalnya, berani ke kita datang ke balai polis bawak gambar polis pukul orang awam, dan buat laporan polis terhadap polis di balai polis?
Yang menjadi lawaknya, facebook polis tersebut turut menyiarkan gambar satu peristiwa rempuhan oleh peserta (dan unit amal) ke atas halangan polis "di suatu kawasan berhampiran Dataran Merdeka".
Mengulas gambar2 itu, Mohmad berkata, "Rempuhan ini menunjukkan peserta perhimpunan mempunyai hasrat menuju ke Dataran Merdeka yang dikawal oleh polis dan pihak Bandaraya Kuala Lumpur,"
Soalnya,. gambar2 yang ditunjuk oleh facebook polis merujuk kepada kenyataan Mohmad itu adalah peristiwa yang berlaku di KLCC, ketika Unit Amal sedang berusaha mencari jalan bagi mengelakkan peserta2 anti-Lynas yang terkepung oleh polis bertindak merempuh halangan polis secara membabi buta. KLCC tu berhampiran dengan Dataran ke?
Bagi aku, ini membuktikan bahawa polis tidak serius dalam menangani dakwaan kekasaran anggotanya. Dalam ertikata lain, depa tak mahu mengaku bahawa depa melakukan tindakan yang melampaui batas sewaktu BERSIH 3.0. Depa tidak mahu mengaku bahawa depa tidak mengikut SOP. Depa tidak mahu mengaku depa bertindak di luar kawasan yang diwartakan mahkamah. Depa tidak mahu mengaku depa bertindak ganas disebabkan khabar angin.
Jika inilah perihalnya, bagaimanakah depa hendak mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap institusi kepolisan?
Selagi polis ini bertindak hasil arahan tangan2 ghaib (atau seperti yang dibuktikan, menerusi arahan "teropong ajaib") yang bertujuan untuk menjaga kepentingan sesetengah pihak yang berkepentingan, selagi itulah imej polis akan terus merudum.
Nasihat aku? aku dah sebut hal ni dalam topik yang terdahulu, kalau benar ingin menyiasat perihal keganasan polis, siasat betul2 dan pastikan yang menyiasat itu benar2 bebas.
Soalnya, mahu ke kerajaan UMNO BN - atau lebih tepat, mampu ke depa - menyediakan sepasukan suruhanjaya yang benar2 telus dan bebas? SPR pun dipengerusikan oleh orang UMNO.
No comments:
Post a Comment