Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, March 19, 2012
Yahudi tu sama ke dengan Zionis?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ada je point puak2 UMNO dan juhalak2 depa nak twist kenyataan pimpinan PR walaupun kenyataan itu terbukti berasas dan benar. Terbaru, Prof Mahmud Zuhdi menyifatkan kenyataan Tuan Guru Hj Hadi mengenai yahudi adalah sebagai tanda Tuan Guru tunduk kepada Anwar yg menyokong yahudi dan Israel. Kiranya isu WSJ tak habis lagi la ni walaupun jelas siapa sebenarnya yg menyokong Israel.
Berikut adalah jawapan bertulis Setiausaha Akhbar Tuan Guru Presiden, Mohd Nasaie Ismail berkenaan isu ini.
"Susulan kenyataan Profesor Mahmud Zuhdi dalam akhbar Sinar Harian hari ini yang mengulas jawapan Presiden PAS ketika menjawab persoalan hadirin dalam majlis makan malam Dewan Muslimat PAS di Shah Alam tempoh hari, suka untuk saya jelaskan beberapa perkara.
Pertama, kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tersebut selari dengan pendirian rasmi Dr Yusuf Al Qardhawi, Pengerusi Persatuan Ulama Dunia, bahawa kita menentang Israel bukan kerana mereka Yahudi, tetapi kerana mereka menjajah tanah umat Islam Palestin dan fahaman zionis mereka. Penubuhan negara haram Israel bukan sahaja melibatkan Yahudi tetapi juga adanya konspirasi melibatkan Kristian Evangelis. Bermakna Zionis itu bukan melibatkan kesemua Yahudi, tetapi sebahagian Yahudi dan segelintir Kristian mazhab Evangelis.
Kedua, di kalangan penganut Yahudi salah satu cabang dalam mazhab ortodok sendiri menentang Zionisme dan dianggap sesat daripada agama Yahudi yang sebenar. Mereka menganggap penubuhan Negara Israel diatas tanah umat Islam Palestin ibarat menggali kubur besar kepada orang Yahudi sendiri. Yahudi sebegini terlibat sama dalam banyak muktamar pembebasan Palestin yang diadakan di Beirut, Istanbul, London dan Tehran. Malah ada diantara mereka dipenjarakan oleh rejim Zionis Israel kerana menentang penubuhan negara tersebut.
Saya keliru kenyataan Prof Mahmud Zuhdi menyatakan bahawa Yahudi zaman Rasulullah berbeza dengan Yahudi hari ini kerana mereka berakhlak mulia. Sedangkan Yahudi di zaman Rasulullah pun ramai yang jahat dan menyeleweng daripada kitab taurat. Namun ada yang bermuamalah dengan Nabi. Tauladan Nabi ini akan terus berlaku sepanjang zaman.
Begitu juga hari ini, wujud Yahudi berfahaman Zionis yang zalim menjajah dan membunuh umat Islam dan wujud juga Yahudi yang menolak dan menentang penubuhan penjajahan dan kezaliman tersebut. Mereka banyak tinggal di Amerika dan Eropah. Malah di zaman ini ada diantara mereka memeluk Islam dan menjadi pendakwah terkenal seperti Muhamad Asad daripada Austria dan Mariam Jamilah daripada Amerika.
Prof Mahmud Zuhdi juga mengatakan bahawa jawapan Hadi tergelincir daripada landasan Islam dan bertujuan politik untuk menjaga hati pemimpin tertentu yang menyokong Yahudi Zionis adalah tuduhan yang berat. Mungkin beliau tidak membaca kenyataan rasmi Presiden PAS dan disambut oleh Mursyidul Am PAS secara tegas bahawa PAS menolak kewujudan negara haram Israel.
Malah Presiden PAS juga tegas menyatakan jika kesemua negara Arab bersetuju pembahagian wilayah Palestin dan Israel, kita tetap menentangnya kerana Palestin bukan milik Arab, tetapi milik umat Islam.
Oleh itu, tidak timbul soal Presiden PAS memberi jawapan politik untuk menjaga hati sesiapa tetapi berasaskan fakta, sejarah dan hukum di dalam agama Islam."
Nah, jelas di sini kekeliruan yg cuba ditimbulkan oleh balaci2 UMNO. Takkan depa tak tahu kot yg yahudi dan Israel dan Zionisme itu TAK SAMA ENTITINYA?
Yahudi adalah bangsa. Israel adalah negara yg ditegakkan menerusi fahaman ekstremis Zionisme. Kita tidak menentang yahudi sebab bangsa yahudi, tetapi kita melawan dan menentang Zionisme dan tidak mengiktiraf kewujudan Israel hasil rekayasa dan tipu helah serta sikap barbarik depa, ada faham?
Sama la kes mcm melayu - tak semua melayu sebobrok dan sekuno UMNO. Walaupun UMNO itu "parti melayu", ramai je org melayu yg tidak mahu dikaitkan dengan UMNO dan seterusnya menentang UMNO. Begitu juga bangsa yahudi. Banyak je yg menentang agenda zionisme dan seringkali di USA, depa mengadakan rally aman untuk membantah tindakan barbarik puak2 Zionis yg bagi depa memalukan dan mencemarkan nama baik "yahudi".
Tolong la professor. Sila bijak sikit dalam mengutarakan pendapat. Atau apakah "professiorial" anda turut dibeli di Universiti Curtin?
No comments:
Post a Comment