Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, March 18, 2012
Benarkah yg maju itu benar dan yg mundur itu tersalah?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ketika aku menyelak2 buku "Fiqh as-Sirah" susunan Dr Muhammad Said Ramadhan al Buti, aku terjumpa satu syarah yg amat menarik dan bertepatan oleh beliau di bawah tajuk "Hijrah Pertama Dalam Islam" mukasurat 161 -
"Kemungkinan engkau akan bertemu dengan satu bangsa di mana permasyarakatannya sudah pincang dan perjalanan rohaninya sudah tempang tetapi masih lagi tegak dan gagah ekonomi dan materialnya. Sebenarnya bangsa ini dalam perjalanan ke jurang kehancuran. Mungkin engkau tidak nampak dan rasa perjalanannya ini kerana umur manusia terlalu singkat, perjalanannya menuju ke jurang kehancuran ini dapa dilihat dari mata sejarah sahaja dan sejarah sahaja yg menjadi saksi.
Kemungkinan juga engkau akan bertemu dengan suatu bangsa yg begitu merosot ekonominya kerana mempertahankan aqidfah kepercayaannya yg suci dan ingin membina sebuah masyarakat yg adil dan sihat. Percayalah masa kemerosotan ekonomi ini tidak akan berlarutan dan di dalam beberapa masa yg singkat sahaja, bangsa ini akan membangun menyuburkan penganjur ideologinya akan membimbing tangan rakyat jelatanya untuk membangunkan semula kemajuan ekonomi dan tidak berapa lama terlihatlah satu bangsa yg kuat pegangannya dalam aqidah dan ekonominya kembali stabil, iaitu satu bangsa yg lemah tetapi kembali kuat dan makmur kerana mempertahankan kedaulatan agamanya."
Nah, begitu cantik dan hebat sekali syarah Syeikh al Buti yg mengulas mengenai realiti sebenar dalam kehidupan manusia. Ini jelas membuktikan bahawa kejayaan dan kekuatan manusiawi bukanlah satu dalil utama yg menyatakan sesuatu bangsa @ negara itu sememangnya berada pada landasan yg betul lebih2 lagi jika kekuatan dan kejayaan itu tidak ditunjangi al Quran dan Sunnah. Lihat saja negara2 kafir seperti USA, Russia, malah China yg mendukung ideologi komunis pun diizinkan Allah menjadi kuasa besar ekonomi dunia. Apakah kerana depa ni betul? Tidakkk..
Para ulama mufassirin menyatakan bahawa Allah ini begitu kaya dengan sifat Rahman, iaitu pemurah. Walaupun manusia itu banyak yg memalingkan diri depa dari Allah dan agamaNya, tapi tetap diberikan kurniaNya. Kerana apa? Kerana Allah memberikan depa nikmat di dunia ini sebagai balasan kepada seksaan yg amat berat yg bakal depa hadapi di akhirat kelak. Kejayaan manusiawi yg hakiki adalah hanya dicapai bila ianya ditunjangi Islam dan Iman.
Di Malaysia ni misalnya, sakan puak2 UMNO mengutuk Kelantan sebagai mundur dan miskin, hanya kerana pembangunan fizikal di Kelantan itu tidak sepesat dan semantap KL misalnya. Apakah ini bermakna Kelantan itu berada di pihak yg salah? Tidak. Baru2 ni, kajian mendapati kuasa membeli rakyat Kelantan adalah tertinggi di Asia dan ini pernah aku huraikan dalam entri aku mengenai Kelantan baru2 ni. Dengan kuasa membeli yg begitu hebat, sumber bumi mentah yg masih belum diteroka, ditambah pula dengan pentadbiran yg berlandaskan al Quran dan as Sunnah dan sistem yg bebas rasuah, hanya menunggu masa sahaja sebelum Kelantan menjadi model contoh kepada kemantapan ekonomi yg sejati mengikut acuan Islam.
Bak kata Syeikh al Buti, "akan lahir bangsa yg kuat daripada bangsa yg lemah tetapi menjadi kuat kerana mempertahankan kedaulatan agamanya".
No comments:
Post a Comment