Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Thursday, March 1, 2012
Penjelasan Polemik Wacana Sinar Harian oleh Dr Dzulkefly Ahmad
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
berikut adalah penjelasan drpd ahli parlimen kuala selangor, dr dzulkefly ahmad mengenai tajuk sinar harian hari ni yg memetik sindiran madey kutty terhadap dr dzul mengenai "lim kit siang presiden PAS".
mahathir weh - ko dah kutuk hudud tu, duduk diam2 je la.
Wacana “Mengapa Undi Melayu Pecah” anjuran Sinar Harian (SH) dari Kumpulan Karangkraf berlangsung pada 28 hb Februari lalu. Rata-ratanya ia ditanggapi sebagai hangat, tegang tetapi lancar dan terkawal. Mereka yang gagal untuk hadir dalam dewan menonton melalui internet @SinarOnline dan @Mobtv.my. Liputannya dibuat dalam dua keluaran SH dan secara verbatim esok mengikut maklumat pihak pengurusan SH.
Dalam hampir 3 jam perbahasan bersekali dengan sidang akhbarnya yang menghuraikan pelbagai isu di sekitar tajuk wacana, amat malang sekali, ada pihak yang memanipulasi laporan wacana ini dengan sengaja mengenengah dan kini ‘memporakperandakan’ minda rakyat yang tampaknya bermotifkan politik.
Paling mutakhir seorang mantan PM juga tumpang semangkuk sekaligus dengan lebih jelas membuktikan bagaimana pihak media yang andainya tidak cermat atau juga punyai agenda tertentu akan terpalit untuk memenangkan sesuatu tumpuan umum dalam memobilisasi pandangan awam (public opinion). Lebih malang lagi bila saya kesani ada segelintir kecil pihak PAS sendiri yang terpengaroh meminta saya tarik balik kenyataan saya. Kenyataan apa, kalau boleh saya tanya.
Nyata bahawa Wacana ‘Mengapa Undi Melayu Pecah’ yang saya kira sihat dan informatif, kini telah diheret pihak tertentu secara sengaja atau tidak bagi menonjolkan isu ‘PAS bersedia di pimpin bukan-Islam’. Bukan tajuk wacana samasekali, tetapi itulah nasib panelis, yang mesti menjadi peringatan yang bakal bersetuju menjadi panelis. Satu perkara atau isu, yang awalnya ditanggapi isu sampingan atau ‘side-dish’ menjadi habuan utama atau ‘main meal’ bagi lawan politik atau pihak tertentu.
Saya diingatkan supaya tulis penjelasan ini ringkas tetapi jelas. Biar orang kampong semua boleh faham. Saya cuba insyaAllah. Untuk tujuann tersebut saya mendengar rakaman verbatim dalam @Mobtv.my beberapa kali dan telah pun meminta pegawai saya menyalinnya. Justeru yang tidak hadir dan tidak dengar perbahasan 3 jam itu tetapi mahu membuat kenyataan rasmi seperti Tun termasuk ramai dalam media sosial lain, tolong beri perhatian yang serius.
Soalan dari Moderator Dr Maszlee adalah ‘Apakah PAS bersedia untuk melantik Timbalan Presiden dari kalangan bukan-Islam seperti Ikhwan Muslimin baru-baru ini’..tekuni jawaban saya..
Perkara seperti ini bukan perkara-perkara prinsip yang tetap. Dalam (Syariat) Islam ada 2 perkara-kategori (hukum). Satu, perkara2 ‘ Tetap’ yang tidak boleh ubah dikatakan ‘Al-Thawabit’. (Tetapi) Ini perkara2 dalam ruang lingkup Ijtihad dan yang dikatakan sebagai ‘Al-Mutaghiyyaraat’ . 2 perkara ini kita mesti bezakan atas apa susun atur politik itu semua perkara-perkara yang boleh berubah…..
Pada perkara yang boleh berubah kita ubah pada waktu dan tuntutannya. Ini perkara ………. PAS berani berubah! Ada perkara yg tetap tapi ada perkara yang tertakluk kpd perubahan…….. Jadi kita boleh bersedia untuk menerima perubahan & pindaan seperti itu.
Pada persoalan: Jangka masa? Bila? Jawab saya: Ha! Jangka waktu itu segalanya tertakluk kepada needs atau keperluan. Ya! Terima kasih.
Ketika saya di asak soalan tambahan: “ keadaan sekarang needs tu dah..?”
Jawab saya : Mungkin belum ada needsnya (keperluannya) tapi kalau dah diutarakan kita akan bincang dan di Muktamar kita putuskan bersama..
Pada soalan: “Belum dibawa?”
Jawapan saya: “Belum lagi”… Ini Dr Mazlee pertama kali dengar ini. Tapi kalau perkara itu dah menekan, sebab apa… Sebab itu mengikut katanya peredaran…peredaran zaman ya… dan Islam itu mampu menangani peredaran zaman. Itu yang dimaksudkan… Its able to withstand the challenges of time dan realities. Ini perkara2 yg tentunya mendatang kita akan hadapi pada waktunya dan kemaslahatan kepentingannya.
Nah itulah jawapan saya yang telah mencetuskan kontroversi .
Persoalan besar yang ramai menunggu penjelasan ialah mengapa saya berpendirian sedemikian. Ini hujjah saya secara ringkasan sahaja bersandarkan hujjah yang dikemukakan oleh Imam Al-Mawardi dalam Kitabnya Al-Ahkam Al-Sultaniyyah (Beirut).
Al-Mawardi membezakan jawatan dalam kerajaan (dan ada Ulama yang qiyaskan dalam parti-jamaah Islam)..kedudukan nombor satu yang disebutkan sebagai ‘Wazir Tafwidh’ tidak boleh diberikan kepada bukan-Islam tetapi pada kedudukan ‘Wazir Tanfidz’ (Menteri-menteri Kabinet yang lain atau jawatan lain dalam organisasi), maka ianya boleh sahaja dilantik dan diserah kepada orang bukan-Islam.
(Wa yajuzu an yakunu hadhal wazir min ahlil dhimmah wa in lam yajuz an yakunu wazir al-tafwidh min hum)…Al-Ahkam Al-Sultaniyyah
Bila saya menjawab dengan positif pada soalan moderator saya cukup jelas landasan dan sandaran saya. Kedudukan nombor satu Presiden atau Perdana Menteri adalah bersamaan dengan kedudukan ‘Wilayatul Tafwidh’ tetapi pimpinan yang lain Timbalan2 bahkan Naib2nnya juga boleh sahaja di banyakkan jumlahnya dan disusun-atur mengikut kepentingan fasa (fatrah) perjuangan. Ini perkara Ijtihadiyyah dan jelas tertakluk kepada ‘penilaian berterusan’.
Di sini kita tidak perlu jumud dan beku kerana saya bercakap dengan rangka masa depan. Dulu kita tidak ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tetapi kini sudah ada. Saya boleh bayangkan satu hari nanti kalau ia membesar sehingga akan berlaku pindaan perlembagaan PAS yang mencadangkan supaya Ketua Dewan dijadikan salah seorang Naib Presiden, satu unjuran yang amat menasabah. Mungkin makan satu atau dua dekad lagi, Wa AlLahu’Alam.
Saya cukup jelas dengan kedudukan Majlis Syura Ulama dan Muktamar yang sentiasa menjaga landasan parti supaya tidak tergelincir. Tetapi parti mempunyai ruang yang cukup luas dalam pentadbiran, organisasi dan pendekatan (strategi) perjuangan, yang semestinya sentiasa mengalami ‘pembaharuan’ dan ‘renewal’ (tajdid) namun dibuat melalui saluran dan kaedahnya.
Pokoknya saya tidak kira wajar mengelak berulang situasi di mana kita tolak dan kita sempitkan apa yang sebenarnya luas dan boleh sahaja dilakukan, tetapi atas dakwaaan menjaga ‘jatidiri’ atau ‘keaslian’, ada yang kurang senang bekerjasama dengan kelompok dan parti yang tidak berteraskan Islam. Namun apabila PAS mahu wujudkan ‘Tahaaluf’ atau ‘Muafakat Politik’ ahli dan umum, tampak di kacamata golongan ini bahawa kita semacam berbolak-balik.Sebenarnya tidak demikian, sebab itu penting membuat penjelasan awal dan jangan takut menyatakan kebenaran secara berani. Ini sebab kita tidak terangkan bahawa ia boleh sahaja berubah atas tuntutan maslahah fasa perjuangan dalam rangka Ijtihad parti oleh kepimpinan tertinggi dan Majlis Syura Ulama.
Saya tidak hairan Tun Mahathir memutarbelitkan kenyataan saya secara cukup tidak sopan ketika mencadangkan YB Lim Kit Siang supaya menjadi Presiden PAS, sekiranya Al-Quran pun Tun boleh putar-belit dengan mengatakan bahawa dalam Al-Quran pun tidak ada Hukum Hudud dan Hukum Hudud tidak adil. (Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme, K2P, 26 Feb, 2012, di UNIMAS)
Saya cadangkan Tun tumpukan menjelaskan dakwaan bahawa dalam era pemerintahannya sebnyak USD100 (RM330bilion) hangus kerana ketirisan dan rasuah dalam pengurusan kewangan yang tempang.
Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor.
** sebab tu aku cakap "kena berhati2". ayat akan sentiasa dispin ndak2 lak bila dekat PRU ni. walaupun dr dzul ni mempunyai minda yg cukup brilliant esp dalam bab ekonomi dan sains sosial, tukang spin UMNO semuanya jenis lembu tak berotak. so faham2 je la...
teks dikutip dr blog Dr Dzulkefly.
No comments:
Post a Comment