Thursday, March 1, 2012

mempergunakan agama untuk memperlekehkan agama...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

aku masih lagi hendak menyentuh isu "mahathir kata hudud tak de dalam Quran". walaupun banyak isu yg mendesak seperti kerugian proton dan MAS yg berlaku hampir serentak, tapi sebagai pendukung perjuangan Islam, inilah keutamaan aku.

sebelum aku mengulas lebih lanjut, elok aku paparkan dulu pandangan Dr MAZA mengenai polemik baru yg dicipta oleh mahathir ni -

Ramai yang menghantar mesej kepada saya meminta saya mengulas tentang kenyataan terbaru Tun Mahathir berhubung dengan hudud. Juga ada yang menyatakan saya ‘double-standard’ apabila tiba kepada Tun Mahathir saya selalu mengelakkan untuk mengulas disebabkan saya ada hubungan baik dengan beliau.

Sebenarnya, ia disebabkan saya di UK dan baru sahaja tahu isu itu apabila dibangkit oleh rakan-rakan ‘tweet’ (not twit). Jika saya di Malaysia, mungkin saya akan hubungi Tun sendiri, tapi jarak jauh menghalang hasrat tersebut.

Asas hukum hudud disebut dalam al-Quran seperti hukum potong tangan pencuri dan sebat bagi yang menuduh orang lain berzina dan yang berzina. Kewujudan hukum tersebut dalam al-Quran memang qat’i iaitu pasti tanpa sebarang takwilan lagi, Ini disebut sebagai qat’iya thubut.

Namun perbahasan ataupun pendetilan hukum tersebut seperti syarat-syarat hukum itu dilaksanakan, konteks perlaksanaan hukum dan segala pendetilan yang lain kebanyakannya adalah ijtihad ulama fekah. Kebanyakan ijtihad itu berasaskan kefahaman mereka terhadap nas-nas yang zanni (speculative text l zanniyyat dilalah) iaitu nas-nas al-Quran atau hadis yang mempunyai pelbagai penafsiran ataupun takwilan. Ijtihad itu terdedah kepada penilaian semula dengan menggunakan ijtihad yang lain. Berbeza pandangan dalam perkara ijtihad, bukan satu kesalahan akidah pun.

Setelah saya tonton video Tun Mahathir tersebut, saya dapati ada kesilapan dalam menggunakan istilah. Tun Mahathir mungkin memahami hudud itu sebagai perbahasan fekah berkaitan hudud, maka beliau menyatakan hudud tiada dalam al-Quran. Namun dalam masa yang sama beliau menyebut hanya ada beberapa hukum yang disebut secara umum. Di sini kesilapan beliau dalam menggunakan perkataan hudud tiada dalam al-Quran, sedangkan asas hukum tersebut memang ada dalam al-Quran. Harap Tun Mahathir dapat membetulkan kenyataan tersebut. Namun kenyataan beliau bahawa yang penting hendaklah ditegakkan keadilan, memang sedang dipakai oleh ramai ‘islamist’ di masa kini.


no 1, aku beranggapan Dr MAZA bersikap tidak mahu bersikap keras terhadap mahathir - maybe mengambil pendekatan husnul dzanni - seterusnya memberikan satu "andaian". aku tak berniat nak sanggah Dr MAZA dalam hal ni. tu pendapat dia.

cuma ini jugalah yg cuba dimainkan oleh para penyokong tegar mahathir dalam usaha depa utk menegakkan benang basah - iaitu menyatakan bahawa "apa yg mahathir maksudkan itu adalah HUDUD PAS yg tiada dalam al Quran". puas aku cari sebarang ayat yg dituturkan oleh mahathir - dia tak sebut pun tentang PAS atau memana pihak.

apa yg dia kata adalah seperti berikut -

1) Hudud ini dibentuk oleh ahli-ahli Fekah, ia tidak terdapat dalam al Qur'an.
2) Di dalam al Qur'an ada hukum-hukum yang tidak begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli Fekah.
3) Dalam Islam yang terutama bukan hukuman itu, bukan pun saksi yang empat itu. Tetapi hukuman yang adil, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang agama.
4) Ada pendapat yang disuarakan oleh pihak yang taat melaksanakan hukum hudud di Malaysia, mereka kata bahawa hukum hudud ini akan dikenakan kepada orang Islam sahaja.
5) hudud tidak adil utk wanita dirogol.
6) Ini semua ditambah tokok kepada agama kita. Sebab itu kita sanggup membelakangkan ajaran Qur'an dan mengutamakan hukum yang amat berat ini.

dan banyak lagi ayat merapu oleh mahathir sepanjang 5 minit lebih jawapannya itu.

di sini aku ingin tanya, sekiranya benar mahathir ingin memperlekehkan PAS tu, kenapa mesti memperlekehkan apa yg telah tersurat dalam al Quran? mahathir menyatakan dengan jelas bahawa "hukuman yg berat2 ini tidak ada dalam al Quran". hukuman berat apa yg tidak ada dalam al Quran? potong tangan? sebat penzina? sebat peminum arak? ITU SEMUA TERCATAT DALAM AL QURAN.

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat. (Surah An-Nur : 2)".

"Orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat. (Surah An-Nur : 4)"

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya. (Surah Al-Maidah : 90)"

(walaupun Allah tidak menyatakan dalam al Quran mengenai hukuman terhadap peminum arak dan seumpamanya, terdapat satu hadis Nabi s.a.w yg bermaksud, "Dari Abu Said Al-Khudri dan Ali bahawa Nabi SAW telah menghukum empat puluh kali sebat dalam kes minum arak.")

nah, disitu penuh dalil2 yg menyatakan hukuman2 terhadap pelbagai jenayah hudud. perlu diingat bahawa ini adalah dalil hukuman dan seperti yg disebut oleh dr MAZA, perlaksanaan dan pelbagai lagi yg membawa kepada hukuman tersebut bukannya semudah ABC dan telah dibahaskan oleh para ulama. aku tak berniat nak sentuh hal ni kat sini. panjang sangat.

cuma apa yg pasti, mahathir begitu cuai dalam usahanya utk memperlekehkan PAS, jika itu niatnya. secara tak langsung, dia mempersoalkan ttg keadilan undang2 Allah sedangkan Allah itu Maha Adil. gila ke apa org tua ni?

jika dia benar2 memahami Islam, dia takkan berani berkata "bukan 4 saksi yg menjadi keutamaan tetapi keadilan itu yg dituntut". ini hukum Islam la wehhh...hukum Islam yg Allah turun secara direct. bukannya rekaan sesiapa!

dalam pada usaha dia memperlekehkan PAS, dia memperlekehkan Allah selaku pencipta hukuman dan undang2 hudud ni.

tanya pada diri - org selalu marah kononnya PAS guna agama utk kelangsungan politik dan meraih undi (aku dah jelaskan bahawa bila PAS perjuang agama, risiko utk hilang undi lebih banyak), tetapi apa pula kata mereka bila mahathir menggunakan agama untuk memperlekehkan hukum agama itu sendiri?

No comments:

Post a Comment