Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, March 19, 2012
Kenapa puak UMNO benci sangat dengan Ulama' dan Asatizah?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
RazmyCavalera CikaiGraphy Suda la...nama ustaz...kat cermah hina2 sesama manusia...ustaz ke bangsat tu?
Fais Al-Hajari apa yg dia hina? Habaq mai sikit.
Takut termakan cili rasa pedas jeee..
Ahmad Soffian Kamaruzaman Ustaz bangsat!!bertopengkan lebai di kepala!perangai macam setan!!!poorrraahhhh!!
Fais Al-Hajari Nak berkata2 kena ada hujah dol.
Apa hujahnya? Apa yg dia hina? Perangai mcm mana yg bangsat?
Mendedahkan kefahaman fardhu ain kpd golongan muda tu bangsat ke?
Yg mulia tu mcm mana? Anjurkan BN youth music supaya golongan muda terus lagha dengan hiburan?
Yg aku paste di atas ni adalah sebahagian kecil perdebatan aku dengan puak2 UMNO di wall Zubaidi Udin berkenaan dengan Ustaz Azhar Idrus, di bawah tajuk "Puak2 UMNO benci dengan ustaz ni..."
Soalnya, kenapa mesti puak2 UMNO membenci Ustaz Azhar Idrus? Apakah sebab dia sokong PAS? Apakah sebab dia mencaci maki UMNO?
Ustaz Azhar Idrus sememangnya menyokong PAS walaupun tidak ada apa2 jawatan dalam parti. Dia bukan ahli PAS secara rasmi pun! Cuma sememangnya secara naturalnya, sesiapa sahaja yg mendekati agama secara tak langsung akan mendekati PAS. Bukan dipaksa2 bukan ditipu2, tetapi hati ini memang sentiasa akan mahu dekat dengan PAS once kita mendalami ilmu agama. Sebab apa? Sebab PASlah satu2nya parti yg menjulang Islam secara tuntas sebagai dasarnya dan suasana Islamiyyah itu sememangnya terdapat dalam PAS. Tanyalah sesiapa pun. Jika depa belajar agama, dan depa mendalami agama, depa akan lunak dengan PAS. Itulah yg berlaku pada aku.
Bila aku sertai PAS, aku merapatkan diri dengan masjid dan surau sebab situlah tempat berkumpulnya para ahli PAS yg sememangnya terdiri dari ulama dan asatizah. Dan melalui depa, aku semakin memahami dan mempelajari agama ini.
Itulah yg berlaku kpd Ustaz Azhar Idrus. Sememangnya dalam penyampaian beliau, pasti akan diselitkan ttg hal2 politik tetapi itu lumrah. Politik adalah sebahagian drpd agama Islam dan ianya takkan dapat dipisahkan sebab politik merupakan antara rencah dalam kehidupan manusia. Tetapi dia tak menyentuh secara kasar. Aku ikuti kuliah2 Ustaz Azhar Idrus dengan teliti dan sememangnya tidak ada point pun bagi puak2 UMNO ni utk mencaci maki Ustaz Azhar Idrus ni seteruk itu!
Cuma aku terasa yg puak2 UMNO mengamuk sakan dgn Ustaz Azhar Idrus sebab "terasa pedas bila tergigit cili". Tu je.
Yang peliknya, kenapa kebencian dan caci maki itu tidak dihalakan kepada UMNO yg terang2 menganjurkan pesta maksiat dan lagha? Aku penah share dulu mengenai BN Youth Festival dan juga tentang pandangan pro n kontra yg dirakamkan oleh page "Kami Benci Najib Tun Razak" berkenaan hal itu. Tidak seorg pun puak2 UMNO mencaci maki BN kerana menganjurkan pesta maksiat! Tetapi golongan yg sama inilah yg mencaci maki Ustaz Azhar Idrus dan para ulama dan asatizah yg lain. Sampai tergamak sorg blogger murahan UMNO memfitnah Ustaz Azhar Idrus kononnya "apa yg dia buat dengan pompuan kat belakang masjid jam 1 pagi"!
Apakah depa takut rakyat makin mendekati agama, lantas disebarkan kebencian terhadap Ustaz Azhar Idrus dan lain2 asatizah?
Bencilah pihak yg sepatutnya kamu benci, dan pihak yg menyebarkan agama kepada kamu, bukanlah yg sepatutnya kamu musuhi. Melainkan kalau kamu itu syaitan.
Sebagai penutup, hayati hadis2 Nabi ini (melainkan kalau korg pengikut Mahathir) -
Ulama itu jaminan Allah SWT. Siapa yang mengganggu mereka, akan di tuntut oleh Allah SWT. (Muslim)
Jangan meremehkan ulama atau orang soleh. Siapa yang neremehkan orang soleh, maka lenyaplah (keutamaan) akhiratnya. (Sofyan bin Uyainah. RA)
Jangan sekali-kali membenci ulama soleh. Barang siapa memusuhinya, Allah SWT menyatakan perang dengannya. (Bukhari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEBALIKNYA PULA BERLAKU KEPADA ULAMA PAS SEPERTI USTAZ KAZIM ALIAS, UST DATO HARUN DIN , UST ISMAIL KAMUS, UST NAZA, UST HASSAN ALI.....
ReplyDeleteDUA DIANTARA MEREKA TELAH DIPECAT HANYA KERANA MENEGUR PIMPINAN PAS...APAKAH PIMPINAN PAS LEBIH MAKSUM DARI NABI SEHINGGAKAN TIDAK BOLEH DITEGUR?
SEDANGKAN ABU BAKAR PUN MINTA DI TEGUR.
SELAIN MEREKA BERDUA...LAIN2 ULAMA DALAM PAS DISENYAPKAN SEPERTI DATO HARUN DIN YG MENGKRITIK PENDAPAT DATO NIK AZIZ ADAN ANWAR IBRAHIM YANG MEMBENARKAN PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH ORG KRISTIAN KHASNYA DI MALAYSIA.
INILAH KETIDAKADILAN DALAM PERJUANGAN PAS.
WALLAHUALAM.
pertama sekali, hasan ali bukan ustaz. dia dah diberi peluang utk memperbetulkan keadaan dan dah ditegur oleh pucuk pimpinan tapi dia tak nak dengar. nak buat camne?
ReplyDeleteharon din, ismail kamus kekal dalam PAS. fitnah apa yg ko nak tabur ni? ke ko just nak meramaikan nama2 ustaz utk memeriahkan hujah ko?
ustaz kazim tidak dipecat sebaliknya memilih utk tidak melibatkan diri dalam gerakan. itu hak dia.
haron din memang dari dulu senyap. ruangan dia dalam harakah ada je. tak de timbul dia disenyapkan. malah masa dalam usaha utk menegur hasan ali, dialah yg paling banyak terlibat. jangan bercerita ttg ketidakadilan jika UMNO itu begitu terkenal dengan ketidakadilan.