Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, March 10, 2012
hukum Islam - ibarat mengambil beras dari guni part 5
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
secara rumusannya, aku boleh kategorikan pengisian aku berkenaan tajuk "hukum Islam - ibarat mengambil beras dari guni" ni seperti berikut -
part 1 - jawapan kenapa hudud masih tidak terlaksana.
part 2 - halangan dan kekangan dalam menegakkan hukum Allah
part 3 - pembuktian pengamalan undang2 Islam sejak zaman kesultanan melayu
part 4 - pendetailan undang2 serta peranan british dalam melenyapkan perundangan Islam.
diharapkan menerusi 4 bahagian itu, dapat kita kaji serba sedikit mengenai susur galur sejarah kewujudan dan pengamalan undang2 Islam di tanah melayu ini sejak detiknya Parameswara memeluk Islam hinggalah ianya secara rasmi terhapus menerusi penggubalan perlembagaan reid sebagai perlembagaan dan perundangan tanah melayu, yg kemudian menjadi Malaysia.
bayangkan, legasi Islam yg begitu kukuh diranapkan dan dipunahkan sejak mula melaka dijajah oleh portugal pada tahun 1511 hinggalah zaman kini - hampir 600 tahun. cuba bayangkan kepayahan PAS atau memana pihak yg ingin mengembalikan undang2 Islam tersebut!
tetapi hukum Islam ni wajib, maka tiada alasan untuk kita tidak melaksanakannya. rentetan keputusan mahkamah di malaysia yg kelakar sejak akhir2 ini (penjara setahun kerana menyeleweng jutaan ringgit, penjara 3 tahun kerana mencuri susu, penjara setahun kerana baling selipar) membuatkan rintihan untuk undang2 Islam dikuatkuasakan makin kuat kedengaran.
tapi mampukah PAS secara khusus untuk melaksanakannya?
sekali lagi, memetik kata2 Mursyid al-Am PAS yg menyatakan "sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis", ini menjelaskan kepada kita bahawa disebalik kesukaran2 ini, ia tidak bermakna kita akan berlepas tangan.
cuba kita lihat apakah perubahan2 yg telah dibawa oleh PAS sama ada kita sedar atau tidak.
apabila PAS menyuarakan hasrat untuk melaksanakan hudud dulu, mmg ramai yg menentang. tetapi dalam pada masa yg sama, ianya membuatkan rakyat terutamanya org bukan Islam atau muslimin yg emakin mendapat kesedaran agama tertanya2 - "apakah itu hudud?" "benarkah hudud mampu mengawal kadar jenayah?" dan sebagainya. jadi minat masyarakat untuk mengetahui tentang hudud, dan seterusnya tentang Islam, makin bercambah.
kita lihat apa yg berlaku secara ringkasnya apabila PAS mengadakan tahalluf dengan DAP. ramai yg menyatakan DAP adalah ekstremis penolak Islam yg nyata. tetapi kita dapat lihat, hasil tahalluf ini menyaksikan si kafir yg selama ini prejudis terhadap Islam mula membuka ruang dalam jiwa mereka untuk memahami Islam. mereka mula memahami term2 Islam, membaca al Quran dan terjemahannya lalu digunakan sebagai hujah (ulama fuqaha' kata harus tau), mula mengkaji dan mengikuti model pemerintahan Islam seperti Lim Guan Eng yg menyatakan dengan jelas kekagumannya terhadap Umar bin Abd Aziz. malah sesuatu yg unthinkable lahir dari mulut anak kepada lim kit siang ini, "kita menghormati umat Islam dan agama mereka sepertimana mereka menghormati kita dan amalan agama kita."
walaupun masih ada pihak dalam DAP misalnya yg kurang selesa dengan hudud, but in given time berdasarkan kadar penerimaan ini, apakah kita dapat menolak kemungkinan yg satu hari nanti depa sendiri yg akan mahukan hudud sepertimana cina2 kelantan?
malah, penguatkuasaan undang2 Islam, walaupun tidak bersifat hudud tetapi bukanlah amalan biasa negara ini, mula dilakukan. kelantan mempelopori "saman aurat" yg dilihat satu usaha revolutionary utk memastikan wanita2 di kelantan mengikut hukum Allah. ya, penerimaan masih lagi agak bercampur baur tetapi insya Allah, usaha yg baik ini takkan disia2kan oleh Allah.
enakmen2 yg dilihat mampu utk menjaga kemalahatan ummah dilaksanakan secara perlahan2 dengan seikit pengubahsuaian. ibarat melentur kayu - tak boleh main paksa je. kalau patah, naya kes. begitu juga dengan perlaksaan undang2 Islam ni. enakmen hiburan di kedah masa Ramadhan dulu umpamanya. siapa yg boleh menafikan kejayaan kerajaan PAS kedah mencapai situasi "menang-menang" dalam melaksanakan enakmen tersebut? on the contrary, melaka pada masa yg sama melanjutkan operasi kelab malam sampai pukul 3 pagi!
insya Allah, kalau kita istiqamah dalam usaha kita menerang dan mencerah berkenaan perlaksanaan hudud dan kebaikannya, lama kelamaan para kafir baik dalam dan luar PR akan memahami, menerima lantas mahukan undang2 itu dilaksana. Allah tak pandang end product, tetapi Allah mengambilkira usaha kita dalam melaksanakan perintahNya.
bak kata ustaz Imran al-Malizi satu ketika dulu, "kerja kita menerang dan usaha untuk laksana. dapat tak dapat, tu kerja Allah."
kalau umat Islam dalam UMNO benar2 jujur utk menegakkan Islam, marilah bekerjasama dengan PAS menerang dan mencerah serta melaksana hukum Islam ini. lupakan soal political mileage - ini soal tanggungjawab. selalu puak2 UMNO memekak pasal kesatuan, tetapi inilah satu perkara besar yg memerlukan umat Islam di negara ni BERSATU.
ya, bersatu dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ni. what say you?
No comments:
Post a Comment