Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, March 10, 2012
Harta negara bukan untuk urusan peribadi!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Payah sebenarnya kalau tak reti nak membezakan antara harta kerajaan dan harta peribadi.
Tapi itulah yg berlaku dalam negara ini sekarang ni.
Terbaru, telah didedahkan oleh Rafizi Ramli berkenaan majlis pertunangan anak perempuan Najib dengan lelaki Kazahkstan di hotel Shangri-La baru2 ni yg menelan belanja hampir setengah juta ringgit. Bukan jumlahnya yg menjadi pertikaian (walaupun memang boleh dipertikaikan), tetapi yg menjadi pertikaian adalah kenapa billingnya dialamatkan ke Pejabat Perdana Menteri (PMO)?
Jika benar majlis resepsi itu dibuat menggunakan dana peribadi, maka kenapa dibilkan ke PMO? apakah Najib tidak ada alamat peribadi langsung? Nampak sangat membohongnya.
Untuk menguatkan lagi keraguan ini, ruangan "booking contact" atau "pihak yang menempah" pada billing tersebut tertera nama Dato' Po'ad bin Jelani, iaitu Setiausaha Sulit Pejabat Perdana Menteri! Apa lagi yg nak dikata?
PMO ada membuat penafian "separuh masak" (seperti biasa) menerusi satu kenyataan akhbarnya yg antara lain menuntut Rafizi "menghentikan fitnah" serta menyatakan "tiada dana awam digunakan untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu, sebaliknya telah dibayar sendiri oleh perdana menteri dan keluarganya."
Tetapi cetakan pada billing itu menyatakan segala2nya. Walaupun kalau nak ikutkan, beban pembuktian terhadap sesuatu tuduhan itu adalah terletak kepada si penuduh, tetapi kalau si tertuduh kalau nak menafikan pun pastinya memerlukan fakta dan bukti yg kukuh juga. Bukan sekadar menggunakan ayat "ini semua fitnah."
Sekarang, terserah kepada Rafizi atau sesiapa untuk membawa kes ini ke SPRM, jika benar ini melibatkan feloni.
Tidakkah para pemimpin ini belajar daripada sejarah dan sirah Islam mengenai amanah?
Bersabda Nabi Muhammad s.a.w seperti yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Bazzar dan Tabrani, "Tiada iman bagi orang yang tiada amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak (dipercayai) janjinya".
Juga dalam Hadis yg lain, Rasulullah s.a.w bersabda, "Tanda-tanda akhir zaman ialah jika umatku melakukan 15 pekara maka layaklah Allah turunkan bala. S atu daripadanya ialah apabila amanah menjadi tempat untuk dapat habuan, maka di kala itu bala akan turun".
Umar bin Abdul Aziz adalah antara pemerintah terhebat dalam kerajaan Bani Umaiyyah dan amat dikenali kerana sifat cermatnya dalam hal2 harta negara. Pada satu hari ketika Umar sedang menjalankan kerja2 berkaitan kerajaannya dalam suasana yg gelap sehingga terpaksa menggunakan lilin untuk menerangi ruang bilik tersebut, beliau didatangi oleh seseorg. Lantas Umar meniup api lilin tersebut hingga padam seterusnya menjadikan bilik itu gelap gelita.
Pembesar beliau bertanya, "wahai Tuanku, mengapakah kamu memadamkan api lilin tersebut ketika lelaki itu datang berjumpamu? bukankah sukar untuk berurusan dalam gelap?"
Umar menjawab, "sesungguhnya lilin ini adalah harta negara, dan aku sedang gunakan untuk kerja2 pentadbiran negaraku. Lelaki itu tadi adalah keluargaku dan datang untuk membicarakan hal2 peribadi, lalu tidak selayaknya aku menggunakan harta kerajaan ini untuk tujuan peribadi."
Zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab terkenal dengan perluasan empayar Islam yg cukup hebat hingga menjangkau ke Andalus dan sebahagian besar benua Eropah. Lantaran kemenangan yang begitu kerap dalam peperangan, maka banyaklah juga ghanimah (harta rampasan perang) yg diperolehi, antaranya ialah gulungan2 kain yg elok diperbuat jubah. Umar lalu membahagi2kan kain tersebut secara sama saiz lalu mengagih2kan bidang kain tersebut kepada keseluruhan rakyatnya termasuk dirinya dan para pentadbir negara.
Pada suatu hari, Umar yang mengenakan jubah daripada kain agihan tadi sedang bersedia untuk menyampaikan khutbah. Tiba2, seorg lelaki bertanya, "wahai Umar! sesungguhnya tubuh badanmu lebih besar dari kebanyakan kami, dan kami yakini jubah yang menyarungi tubuhmu itu tidak akan cukup dibuat dengan saiz kain yang kamu agih2kan itu. apakah kamu mengambil bahagian org lain tanpa hak untuk mencukupkan pembuatan jubahmu itu?"
Umar lalu berkata, "perkara ini aku serahkan kepada anakku, Abdullah untuk menjawabnya."
Abdullah lalu berkata, "wahai saudara, bertenanglah. sesungguhnya aku telah menyerahkan bahagian aku kepada ayahandaku atas kerelaan diriku."
Lihatlah betapa berhati2 dan berkiranya para pimpinan Islam zaman dahulu menjaga perihal amanah dan harta negara ini. Sedangkan Umar Abdul Aziz amat berkira dalam penggunaan lilin milik kerajaan untuk tujuan peribadi sebagai contoh, apakah Najib selayaknya menggunakan Pejabat Perdana Menteri untuk dibilkan perbelanjaan pertunangan anaknya yg pastinya merupakan urusan peribadi keluarganya itu? Dan andaikata kalau benar dana awam terlibat, maka apa yg boleh kita katakan mengenai pemimpin seperti ini?
No comments:
Post a Comment