Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Thursday, July 7, 2011
Polis: tak mengapa engkar titah Agong, cuma jangan engkar titah UMNO.
DYMM Agong dah beri perkenan. bukan kat jalan tapi kat stadium.
encik rosmah mansor setuju nak beri kerjasama - apa jua stadium yg dipinta oleh pihak BERSIH.
tapi skang apa dah jadi?
kita dah setuju nak buat kat stadium merdeka. alasan? historical value, senang umat nak datang, dekat dengan Istana Negara supaya memudahkan urusan menyerahkan memorandum atau sekiranya Agong sudi mencemar duli @ menghantar wakil. tapi sekarang dah lain jadinya!
polis kata jangan berhimpun di stadium merdeka. in fact, jangan berhimpun di KL pun! berhimpunlah kat mana2 asalkan bukan KL. adakah kalau kita berhimpun kat shah alam, ada jaminan bahawa polis takkan kacau?
Agong dah beri perkenan, dah titahkan semua tahanan tanpa asas mengenai BERSIH dibebaskan, rampasan baju dipulangkan. alih2, timbul cerita jumpa baju bersih bersekali dengan parang berwarna warni cantik sepesen berkilat2 macam baru beli kat kedai hardware beserta molotoov cocktail berbotol plastik kat sogo! ajaib - sogo bukannya tengah hutan belantara. macam mana puak militan BERSIH tu boleh sebodoh itu sembunyikan barang2 perang tapi xnak jimat ruang?
roadblock merata2. sampai merungut rakyat jelata. hajat di hati polis agar rakyat menyalahkan BERSIH. ada yg begitu tapi banyak yg kata "polis ni bodoh". buat roadblock waktu puncak. menyusahkan org nak pegi keje. apa karutnya polis ni? negara kita tengah nak berperang ke? ada ancaman komunis ke? yg aku tau, komunis sebenar ada kat putrajaya! menghalang rakyat bersuara dan berhimpun secara demokrasi. akta2 drakonian digunakan berleluasa sampai pakai baju kuning pun jadi kesalahan kubro mandatori! nasib baik la pasukan malaysia pakai jersi kuning kat taiwan, bukan kat bukit jalil. kalau x, dah lama sekor2 (kecuali si apek) masuk jel.
apa karutnya polis malaysia ni?
91 org termasuk mat sabu, ambiga, ust nasruddin dan khairi jamaluddin diharamkan menjejakkan kaki kat KL sabtu nanti. dah macam sultan melaka - haram jejak kaki ke bumi melaka atau sumpah bermandi darah. adehhhhh...apa salah depa sampai nak jejak kaki kat KL pun x boleh? apa pun x boleh! apsal cuak x bertempat?
dulu, himpunan jalan dikatakan mengganggu peniaga dan ekonomi. sekarang BERSIH dah setuju nak berhimpun kat stadium pun, sama gak - polis dah buat negara ni mcm jerman timur. so salah siapa ekonomi merudum 9 julai nanti? masih salah BERSIH?
pagi tadi, KPN yg share nama bapak aku tu kata "sesiapa yg sertai perhimpunan haram akan ditangkap". bila ditanya kalau perhimpunan tu dianjurkan oleh badan yg "halal", dia kata, "kita akan tangkap kerana mereka menggugat keamanan." cakap je la ko akan tangkap tak kira apa pun sebab ko ni cuma balaci kerajaan BN. balaci najib. balaci hishamuddin. senang. semua tau "open secret" tu. bagi depa semua, demokrasi ke apa ke cuma retorik - demokrasi bagi mereka ialah bila mengundi, undi BN. bila berhimpun, anjuran BN. bila bersuara, sokong BN. bila mengkritik, kritik musuh BN. itu demokrasi bagi depa. karut.
Agong kata okey, kerajaan BN kata x okey. kerajaan UMNO dah engkar titah Agong. polis pula ikut kata UMNO dan turut engkar titah Agong.
nak buat macam mana, bagi polis, x apa kalau engkar titah Agong, cuma jangan engkar titah UMNO.
No comments:
Post a Comment