Sunday, December 16, 2012

PEREMPUAN HAID BOLEH MASUK MASJID! bahagian 1

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ PEREMPUAN HAID BOLEH MASUK MASJID! (bahagian 1) topik ni hangat jugak sejak 2-3 hari ni. dalam tempoh tu, memacam fatwa dan pandangan keluar. sampai ada yg dok memperbodohkan ulama mutakhir tersohor. banyak yg berpegang kepada pandangan JUMHUR ulama keempat2 mahzab bahawa org haid "dilarang" datang ke masjid dalam keadaan junub - cuma sekadar lalu je. so, sebenarnya apa kisah pompuan haid dengar kuliah kat masjid ni? apakah Islam ni sekejam itu utk mendiskriminasikan wanita haid? berapa kerat sangat para suami yg mampu menyampaikan balik ilmu yg depa denfar kat masjid kepada isteri masing2? Jom kita tgk dari sudut hukum berdasarkan dalil mengenai hal ni. kita kaji hadis atau nas ayat Quran mengenainya, dan kita teliti apakah benar wanita haid dilarang sama sekali masuk ke dalam masjid utk dengar kuliah dan sebagainya. baik - mcm yg aku sebut kat atas, JUMHUR ulama berpandangan adalah wanita haid itu dilarang masuk masjid. JUMHUR ni maksudnya apa? maksudnya KEBANYAKAN. maknanya TAK SEMUA. bila TAK SEMUA, maknanya ADA KHILAF. dan ulama yg BERKHILAF ni pastinya ada merujuk kepada memana hadis atau dalil yg membenarkan hujahnya. okey, jom kita rujuk ttg beberapa dalil berkenaan "dilarang" ni. yang paling selalu digunapakai adalah hadis ini : لاَ أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلاَ جُنُبٍ. Aku tidak menghalalkan masjid bagi (wanita yang didatangi) haid dan tidak (halal juga) bagi orang yang junub. Hadis tu dikeluarkan oleh Imam Abu Daud dalam kitab Sunannya, hadis no: 220 (Kitab al-Thaharah, Bab berkenaan orang junub yang memasuki masjid). Selain itu ia juga dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 2001), perawi no: 1710 (Bab Alif: Aflat bin Khalifah), Imam Ibn Khuzaimah dalam Shahihnya (tahqiq: M. Musthafa al-‘Azhami; al-Maktab al-Islami, Beirut, 1996), hadis no: 600 (Kitab himpunan bab keutamaan masjid, Bab tegahan duduk bagi orang yang junub dan haid dalam masjid) dan Imam al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (tahqiq: M. ‘Abd al-Qadir ‘Atha; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1999), hadis no: 4323 (Kitab al-Solat, Bab orang junub melalui masjid dan tidak berdiam di dalamnya). - Kesemuanya melalui jalan sanad yang berpangkal kepada Aflat bin Khalifah, dari Jasrah binti Dajajah, dari ‘Aisyah radhiallahu 'anha. - Kedua-dua perawi di atas, Aflat bin Khalifah dan Jasrah binti Dajajah, diperselisihkan kedudukan mereka dari sudut al-Jarh wa al-Ta’dil. Sebahagian ahli hadis ada yang menilai depa lemah dan ada yang menilai depa lebih kuat dari sekadar lemah (stronger than the weak). - maka, ada yang menolak hadis-hadis yang depa sampaikan, ada yang menerimanya jika ia memiliki penguat yang lain dan ada yang menerimanya secara mutlak. - Oleh itu sekali pun pada zahirnya keempat-empat mazhab bersepakat menggunakan hadis yang mereka sampaikan berkenaan larangan bagi wanita yang didatangi haid dan orang junub dari memasuki masjid, telaah yang cermat terhadap pelbagai kitab para ahli hadis dan fiqh menemukan tiga perselisihan pendapat berkenaan darjat hadis tersebut: 1) Ada yang menilai hadis tersebut adalah dha‘if (lemah). Ini adalah penilaian Imam al-Bukhari, Imam Ibn Hazm, Imam Ibn al-Rif‘ati (ابن الرفعة), Imam al-Khaththabi, Imam ‘Abd al-Haq dan Imam Ibn Rusyd. 2) Ada yang menilai hadis tersebut adalah hasan. Ini adalah penilaian Imam Ibn al-Qaththan, Imam Abu Daud dan Imam al-Zayla’e. 3) Ada yang menilai hadis tersebut adalah shahih. Ini adalah penilaian Imam Ibn Khuzaimah dan Imam al-Syaukani. - bila jadi perselisihan mcm ni, pandangan mana yg kita nak gunapakai? kalau kita rajin kaji bebetul, kita akan jumpa satu lagi hadis mengenai bab ni yg TIDAK ADA PERSELISIHAN PADANYA. tadak yg kata shahih, hasan atau dhaif. apa hadisnya? - Dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Solat, Bab wanita yang tidur di dalam masjid, hadis no: 439, terdapat hadis berikut daripada ‘Aisyahr.a : أَنَّ وَلِيدَةً كَانَتْ سَوْدَاءَ لِحَيٍّ مِنْ الْعَرَبِ فَأَعْتَقُوهَا فَكَانَتْ مَعَهُمْ. قَالَتْ: فَخَرَجَتْ صَبِيَّةٌ لَهُمْ عَلَيْهَا وِشَاحٌ أَحْمَرُ مِنْ سُيُورٍ. قَالَتْ: فَوَضَعَتْهُ أَوْ وَقَعَ مِنْهَا فَمَرَّتْ بِهِ حُدَيَّاةٌ وَهُوَ مُلْقًى فَحَسِبَتْهُ لَحْمًا فَخَطِفَتْهُ. قَالَتْ: فَالْتَمَسُوهُ فَلَمْ يَجِدُوهُ. قَالَتْ: فَاتَّهَمُونِي بِهِ. قَالَتْ: فَطَفِقُوا يُفَتِّشُونَ حَتَّى فَتَّشُوا قُبُلَهَا. قَالَتْ: وَاللَّهِ إِنِّي لَقَائِمَةٌ مَعَهُمْ إِذْ مَرَّتْ الْحُدَيَّاةُ فَأَلْقَتْهُ. قَالَتْ: فَوَقَعَ بَيْنَهُمْ. قَالَتْ: فَقُلْتُ هَذَا الَّذِي اتَّهَمْتُمُونِي بِهِ زَعَمْتُمْ وَأَنَا مِنْهُ بَرِيئَةٌ وَهُوَ ذَا هُوَ قَالَتْ: فَجَاءَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْلَمَتْ. قَالَتْ عَائِشَةُ: فَكَانَ لَهَا خِبَاءٌ فِي الْمَسْجِدِ أَوْ حِفْشٌ. قَالَتْ: فَكَانَتْ تَأْتِينِي فَتَحَدَّثُ عِنْدِي. قَالَتْ: فَلاَ تَجْلِسُ عِنْدِي مَجْلِسًا إِلاَّ قَالَتْ: وَيَوْمَ الْوِشَاحِ مِنْ أَعَاجِيبِ رَبِّنَا أَلاَ إِنَّهُ مِنْ بَلْدَةِ الْكُفْرِ أَنْجَانِي. قَالَتْ عَائِشَةُ: فَقُلْتُ لَهَا مَا شَأْنُكِ لا تَقْعُدِينَ مَعِي مَقْعَدًا إِلاَّ قُلْتِ هَذَا؟ قَالَتْ: فَحَدَّثَتْنِي بِهَذَا الْحَدِيثِ. (Terdapat) seorang hamba wanita berkulit hitam milik satu kaum bangsa Arab yang mereka bebaskan dan dia tinggal bersama mereka. Hamba itu berkata: "Satu ketika anak perempuan mereka keluar dengan memakai selendang merah yang dibuat dari kulit dan dihiasi dengan batu permata. Dia meletakkannya, atau terjatuh, sehingga terbanglah seekor burung sedangkan selendang tersebut terletak di atas tanah. Burung itu menganggap selendang tersebut adalah seketul daging lalu ia menyambarnya. Lalu (kemudian) mereka mencari selendang tersebut namun tidak menemuinya. Akhirnya mereka menuduh aku yang mengambilnya. Mereka mulai mencarinya sehingga memeriksa kemaluannya. Demi Allah! Sungguh aku masih berdiri di kalangan mereka sehingga tiba-tiba terbanglah burung itu dan melemparkan selendang tersebut. Selendang tersebut jatuh tepat di antara mereka. Lalu aku berkata: “Inilah selendang yang kalian tuduh aku mengambilnya padahal aku bersih dari semua tuduhan itu dan inilah selendang tersebut.” Maka aku datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan masuk Islam." ‘Aisyah berkata: Sejak itu dia mendapat tempat tinggal berupa khemah atau bilik kecil berbumbung rendah di dalam masjid. Hamba itu biasa mendatangiku dan berbicara denganku. Dia tidak pernah duduk di hadapanku melainkan berkata: “Dan hari selendang itu di antara keajaiban Tuhan kami, Ketahuilah! Dari negeri kafir Dia menyelamatkan aku.” ‘Aisyah berkata: Aku bertanya kepada dia, kenapa kamu tidak sekali pun duduk bersamaku kecuali mengucapkan sedemikian? Maka dia pun menceritakan kepadaku kisah di atas. - sila tumpukan perhatian kepada baris keterangan Aisyah r.a betapa wanita itu "mendapat tempat tinggal berupa khemah atau bilik kecil berbumbung rendah di dalam masjid." - ini menunjukkan wanita tersebut duduk lama kat dalam masjid tu sampai dibina bilik atau khemah untuk dia. kalau setakat duduk 2-3 hari, takkan sampai nak buat bilik? - apa signifikannya? memandangkan wanita tu duduk lama kat situ sampai dibuat bilik untuknya, surely dia akan datang haid pada mana2 ketika, dan Rasulullah s.a.w tak halang pun dia duduk kat masjid tu walaupun dengan pengetahuan wanita tu surely akan datang haid! - Aisyah tak terangkan dalam hadis tu wanita tersebut budak ke atau pompuan yg dah menopos. so maknanya, pompuan dalam hadis tu adalah pompuan biasa yg normal, yg akan alami putaran haid seperti pompuan lain. - so kat sini, kita ada dua hadis yg bercanggah. satu kata tak boleh, satu kata boleh. mcm mana nak buat? di sini, para ilmuan Islam menggariskan beberapa kaedah utk hilangkan percanggahan yg wujud antara dua atau lebih hadis. - kaedah 1 : Check kekuatan darjat kedua2 atau semua hadis yg bercanggah tu. kalau hadis yg melarang tu dhaif atau hasan, maka ianya tertolak jika hadis yg membenarkan tu ialah sahih. jika hadis yg melarang tu sahih sama dengan yg membenar, maka kita selidik sama ada salah satu drpdnya membatalkan yg lain. setakat ni tak ditemui pun bukti bahawa wujudnya pembatalan. - kaedah 2 : jika jadi sebegitu, maka kaedah yg terbaik adalah menggandingkan kedua2 hadis (dalam kes ni la) iaitu antara yg melarang dan membenarkan wanita haid masuk dan mendiami masjid. so jika dibuat penggandingan ni, maka kita akan dapat lihat ianya menunjukkan hadis larangan itu TIDAK MEMBAWA hukum haram, sebaliknya sekadar MAKRUH. - maka secara kesimpulannya, adalah MAKRUH bagi wanita haid utk masuk dan mendiami masjid. bersambung bab 2. kita tgk beberapa hadis lain lagi yg digunakan utk menghujahkan larangan, dan hujah yg menjelaskan betapa larangan itu tidak qat'ie. memandangkan aku berbeza pandangan dengan para "ulama muktabar", jom kita tgk ada tak org yg nak bunuh aku sebab ni.