Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, September 21, 2012
Hari Membantah Kebiadaban!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ternyata kewujudan filem pendek "Innocence of Muslims" memberikan impak yg tersendiri.
Aku ingat lagi - satu ketika dahulu dunia Islam pernah dikejutkan dengan penulisan buku "The Satanic Verses" oleh Salman Rushdie. Tidak lama dulu, penyiaran karikatur2 menghina Nabi Muhammad s.a.w juga menjentik sensitiviti umat Islam sedunia. Dan kini, giliran filem arahan Sam Bacile ini pula mencabar kesabaran kita.
Seperti yg dijangka, semua pihak memberikan reaksi keras terhadap filem pendek ini. Kulminasinya, siang tadi selepas solat Jumaat belangsung dua demonstrasi di dua lokasi berlainan oleh Pemuda UMNO dan juga Pemuda PAS bersama Pakatan Rakyat - Pemuda UMNO di Masjid Jamek Kampung Baru dan demo oleh Pemuda PAS + PR di Tabung Haji, berarak ke Kedutaan Amerika.
Subscribe to:
Posts (Atom)