Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, January 9, 2013
isu kalimah Allah - bila si jahil nak mengatasi si alim.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
sebenarnya isu kalimah Allah ni NOTHING. kristian di negara Arab semua guna Allah. x de pun timbul isu masalah akidah ke apa ke. ni asyik2 nak banding dengan indon..haduu..
indon ni tuan2 dan puan2, depa jadi mcm mix n match ni sebab apa tau :
1) depa menganggap org kristian tu ialah ahli kitab. ada je fatwa2 zaman dahulu membenarkan umat Islam nikah dgn ahli kitab, makan sembelihan ahli kitab dll. cumanya zaman skang ni dah tak de ahli kitab genuine. semua stok seleweng belaka tapi sek indon ni - a number of them ikut fatwa albani - tetap anggap org kristian tu sebagai ahlul kitab. tu masalahnya.
2) perlembagaan pancasila indonesia itu menyamaratakan semua org di indon baik bangsa atau agama. sebab tu cina indon nama pun x mcm org cina, tapi depa pakai nama indon. jadi perkahwinan depa mostly "atas bangsa indon dengan bangsa indon". tu je. (kalau ada yg nak samakan benda ni dgn ucapan religious pluralism yg anwar sampaikan kat London School of Economics tu, meh aku sepak kepala dia. dasar bodo tak faham BI tapi mengikut org yg dungu)
3) kat indon terrrlalu banyak ajaran sesat. benda ni pernah disuarakan oleh syeikh nuruddin dan yg mendatangkan masalah, ajaran2 sesat ni penampilannya amat mengikut ahlul sunnah wal jamaah. kat indon banyak ahbash n wahabi. geng ILMU pun ada kawan2 dari puak ni.
hari ni aku terbaca tajuk utusan kononnya mufti kelantan n dewan ulama Pas bantah disebabkan "kalimah Allah eksklusif utk umat Islam". aku yakin, utusan sebenarnya memesongkan kenyataan Datuk Haron Taib. sebab sebagai sorg yg berilmu, beliau takkan berkata "Allah itu adalah eksklusif utk umat Islam" sedangkan Allah itu TUHAN KEPADA SEMUA MAKHLUK DI LANGIT DAN BUMI. so aku yakin bahawa apa yg dimaksudkan oleh Datuk Haron Taib ialah kalimah Allah itu sewajarnya hanya dibenarguna oleh umat Islam sahaja atas masalah maslahah - muslim di malaysia banyak jahil dek penangan Umno. ingat tu.
dan yang kelakar, usaha Sinar Harian nak hubungi "ulama2" lain mcm harussani, abdullah samaah semuanya gagal belaka. sebab apa depa tak nak dihubungi? sebab depa tau, dengan ilmu yg depa ada, apa yg disebut oleh TGHA dan TGNA serta Tuan Ibrahim ADALAH TEPAT DAN BETUL.
tak perlu pening2 dah. jangan dok nak perjuang kalimah Allah tapi hukum Allah tak nak perjuangkan.
aman ke Malaysia ni?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
hari ni aku kena ragut. habis galaxy tab aku kena cilok. tak la tension sangat hilang henpon tu - rezeki tak de la tu - tapi yg tensionnya bila mengenangkan semua file lagu aku, gambar2 aku yg kontrol hensem, no telefon semuanya turut lesap..hadu...
masa aku buat report polis, aku diminta bagi statement dekat sorg inspektor muda bernama chua. mmg muda sangat. dalam 26 tahun dan mmg stail dia mcm stail polis detektif cerita hong kong. hehehe..
yang nak dijadikan poin tulisan aku hari ni ialah hari ini sahaja ada 5 KES RAGUT DI SEKITAR JAJAHAN BALAI POLIS SETAPAK. tu baru kes ragut. kes kecurian tak masuk lagi, kes gaduh tak masuk lagi, kes pecah rumah tak masuk lagi. total kes kat tangan inspektor chua tu sahaja ada dekat 30 kes untuk hari ni. tu baru dia. inspektor lain? balai polis lain? MENAKUTKAN.
inilah yang menjadi kerisauan aku. kononnya kita dicanang sebagai "negara yang aman makmur" dan sebagainya tetapi apakah aman jika satu hari hampir 50 kes jenayah dicatatkan di satu balai polis? keamanan apakah namanya jika setiap hari rakyat sentiasa terpaksa memerhatikan kiri dan kanan takut2 kalau ada pencuri atau perogol yg memerhatikan depa dengan niat yang amat jahat?
bagi aku, kata2 yang menyatakan negara kita ni aman adalah satu pembohongan. ya - secara fizikal nampak kita aman. tak ada perang, tak ada bom meletup dan sebagainya tetapi secara dalaman? Allah..
akan ada puak argue - "alah, mana2 negara pun ada jenayah" - tetapi kita kena bandingkan statistik dengan lebih adil. di arab saudi misalnya yang mengamalkan hudud, kadar jenayah depa adalah antara yang terendah di dunia walaupun arab saudi JAUH LEBIH LUAS banding negara kita, dan bilangan rakyat depa juga jauh lebih banyak. depa pun ada menyaksikan kebanjiran pendatang asing. bahkan, depa lagi terdedah kepada pendatang asing yg menyelinap setiap kali musim haji atau umrah dimana jemaah yang datang dari luar negara tak nak balik2. tapi sekali lagi, kadar jenayah depa antara yg tersikit di dunia. kenapa kita tak ambil perkara itu sebagai pengajaran?
sudah tiba masanya kita kena giatkan usaha membawa undang2 Allah dalam negara. undang2 Allah yang sebenar, bukan setakat pacak mahkaah syariah buat perhiasan.
Monday, January 7, 2013
memali - ringkasan kisah...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
untuk generasi baru yang tidak tahu apa2 mengenai tragedi memali, meh sini aku cuba ringkaskan tentang apakah yg berlaku pada tarikh berdarah 19 November 1985 itu.
1) Ustaz Ibrahim bin Mahmud (Ibrahim Libya) adalah seorg pendakwah yang disegani pada masa itu. Pernah berkhidmat dengan Pusat Islam Malaysia sebelum berhenti kerja bagi menumpukan kepada kerja2 dakwah secara bebas dan gerakerja bersama Pas.
2) beliau adalah org yang amat lantang menentang dan membantah kerajaan yang pada ketika itu begitu sekular dan bejat serta melakukan kezaliman terutamanya dari aspek agama Islam. Kehebatan pidato beliau menarik minat beribu umat yang khusyuk mendengar taujihat dan ilmu yang disampaikan. Pusat kuliahnya adalah di Kampung Memali, Baling, Kedah.
3) perkembangan ini amat tak disenangi kerajaan yang pada ketika itu diketuai oleh Tun M (PM masa tu) dan Tun Musa Hitam (TPM dan juga menteri dalam negeri).
4) dalam usaha untuk menghentikan pengaruh Ibrahim Libya, pelbagai tohmahan dan penipuan telah disebarkan oleh kerajaan melalui media2 seperti melabelkan Ibrahi Libya dan pengikutnya sebagai pengamal ajaran sesat dan seumpamanya.
5) merasakan tak cukup dengan melabelkan Ibrahim Libya - semakin ramai yang menghadiri ceramahnya - maka alasan demi alasan mula direkacipta oleh kerajaan untuk menangkap Ibrahim Libya.
6) akhirnya kerajaan dengan kerjasama polis, FRU dan pasukan polis hutan mula mengepung kampung memali. sepanjang seminggu kepungan, bilangan pasukan keselamatan yang berkampung di situ mencecah 3,000 orang. masing2 lengkap bersenjata bersama2 dengan pelbagai kelengkapan lain seperti kereta2 perisai, lori water cannon dan sebagainya. seolah2 mereka sedang bersedia nak berperang dengan komunis.
7) itulah antara tohmahan yang disebarkan di kalangan anggota polis - ada diantara mereka yang diyakinkan bahawa operasi ini adalah utk menggempur saki baki komunis. tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang mengetahui mereka bukanlah merempuh komunis sebaliknya hanya menentang penduduk sebuah kampung yang hanya dilengkapi senjata kampung - parang, pisau, bulu ayam - tapi dek kerana arahan, depa terpaksa ikut.
8) rundingan demi rundingan cuba dilakukan oleh penduduk kampung - yang terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak2 - tapi buntu. bagi pasukan polis, arahan jelas daripada KDN adalah utk menghapuskan Ibrahim Libya - hidup atau mati.
9) akhirnya selepas subuh, polis melancarkan serangan. apalah sangat senjata parang dan pisau jika dibandingkan dengan pistol dan sub machine-gun. apalah sangat kederat makcik2 kampung berbanding dengan polis yang memang dilatih khas.
10) pada mulanya, polis melepaskan gas peedih mata. seorang kanak2 yang terkena gas tersebut pengsan dengan mulutnya berbuih. kejadian itu menaikkan kemarahan seorg penduduk kampung bernama cikgu shafie yang nekad membalas kezaliman polis namun dia ditembak sebelum sempat dia merapati polis. bermula dari situ, serangan pun dilancarkan bertai arus.
11) selepas zohor, serangan pun dihentikan. 14 orang disahkan mati dengan ramai lagi cedera. operasi pembersihan segera dilakukan agar kejadian itu terlindung dari pengetahuan orang ramai. cerita sebenar terus dipastikan tidak sampai pada pengetahuan umum.
al fatihah untuk para syuhada memali.
ULAU nikah dua senyap-senyap?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين,
وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
satu ketika dulu, ketika pemimpin tempatan Pas sebuah negeri berkahwin dua, maka kecohlah gerombolan Umno mengutuk sakan. kata depa, "masuk Pas adalah tiket untuk berpoligami".
kemudian, sahabat baikku Sham Kamikaze juga menjadi mangsa apabila berita dia bernikah lagi satu - kononnya tanpa pengetahuan mak mertuanya - dimainkan oleh puak2 Umno. habis kecoh satu malaya.
tup tup, timbul satu khabar berita. ada seorg pemimpin ULAU dikhabarkan telah nikah senyap2 di luar negara. ye ke? nantikan.
dan ingat tarikh ini - 29 MEI 2012.
ULAU nikah dua senya-senyap?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
satu ketika dulu, ketika pemimpin tempatan Pas sebuah negeri berkahwin dua, maka kecohlah gerombolan Umno mengutuk sakan. kata depa, "masuk Pas adalah tiket untuk berpoligami".
kemudian, sahabat baikku Sham Kamikaze juga menjadi mangsa apabila berita dia bernikah lagi satu - kononnya tanpa pengetahuan mak mertuanya - dimainkan oleh puak2 Umno. habis kecoh satu malaya.
tup tup, timbul satu khabar berita. ada seorg pemimpin ULAU dikhabarkan telah nikah senyap2 di luar negara. ye ke?
nantikan. dan ingat tarikh ini - 29 MEI 2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)

