Wednesday, February 6, 2013

bukan tayar yang kami mahu...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Siang td aku pi repair kereta aku kat bengkel area kedai aku ni. Oleh kerana kereta aku terpaksa tinggal kat bengkel, maka aku pun balik rumah nak teksi.

Aku naik je teksi, pakcik teksi tetiba kata "wah, BERSIH! Bagus! Kita x mahu kotor2 ni". Aku pun gelak je la - mmg aku pakai tshirt BERSIH pun hari ni.
Pakcik teksi : Bila rasanya pilihanraya dik?

Aku : Ntah la cik...payah najib ni. Cuak benor nak umum. Tp rumour kata parlimen bubar 22hb ni.

Pakcik teksi : Bagus la...biar cepat sikit. Dah x boleh tahan ni. Kena tukar jugak kerajaan biar pakatan perintah"

Aku : pakcik dapat ke tayar free tu?

Pakcik teksi : dapat..tapi banyak renyahnya.

Aku : renyah mcm mana tu pakcik?

Pakcik teksi : ye la..tak semua bengkel boleh claim tayar tu. Dia ada org tertentu dia. Baucer tayar tu nilai RM 260 sekeping. Sorg dapat 2 keping baucer. Dah RM520. Tapi masa tukar, bengkel caj lagi RM30 untuk upah pasang.

Tu belakang cerita la. Bengkel2 ni pulak macam saja je kurangkan stok tayar. Bila kita nak tukar, dia kata tayar habis la apa la. Pakcik pun terpaksa tukar 2 je dulu haritu. Lagi dua kena tempah. Padahal baucer tu limit 6 bulan! Ada je kawan2 pakcik yg x sempat tukar tayar sbb dah abis tempoh. Bukan xnak tukar, tp menunggu stok tayar x dapat2.

Aku diam je. Pakcik tu sambung bercerita.

Pakcik teksi : sebenarnya dik, kami driver teksi ni x kebulur pun tayar free tu. Kita tukar tayar pun 2 tahun sekali paling kuat. Yg kitorg nak sebenarnya biarlah dipermudahkan permohonan permit teksi kitorg ni. Kalau kitorg dapat permit, jauh lebih banyak tayar kami boleh beli sebab kami dah jimat banyak duit.

Aku : mcm mana pulak tu, pakcik? Abg ipar saya pun dulu kelam kabut nak buat permit sampai naik turun pejabat lpkp...

Pakcik teksi : dia ni dik, kalau kita bawak teksi kompeni kita kena bayar sewa PALING KURANG RM50 SEHARI. Cuba adik kira kalau sebulan dah berapa? RM 1,500 paling kurang. Kita bawak teksi ke kita cuti ke, selagi kita pegang teksi tu sewa tetap kena bayar.

Tu baru cerita permit. Tak campur belanja lain lagi. Minyak nasib baik pakai gas. Kalau pakai petrol macam dulu2, lagi sakit dik. Petrol paling kurang kena sekali full tank. Dah berapa dah tu?

Pendapatan driver teksi ni bukan banyak dik. Paling kuat boleh la cecah RM 100 lebih sehari. Tu kalau bebetul rajin keluar subuh balik subuh. Tenaga muda boleh la. Tapi tolak sewa, tolak minyak, makan minum, dah tinggal berapa?

Adik kata abg ipar adik bawak teksi td ye? Umur dia berapa?

Aku : 44 tahun ni cik..

Pakcik teksi : muda lagi. Larat la dia full swing ambik penumpang non stop. Keluar subuh balik subuh. Mcm pakcik ni? Tahun ni dah 59. Mana pakcik larat nak kejar penumpang mcm dulu2 lg dah. Tapi kalau x kejar, mmg x banyak la pakcik boleh dapat. Tapi sewa tetap kena bayar!

Kalau dapat permit tu dik, mmg pakcik syukur sangat2. Bayangkan - pakcik dan kawan2 pakcik dah x gaduh nak bayar sewa kat kompeni teksi. Kami boleh jimat RM50 sehari. Kami boleh la tarik nafas lega sikit. Boleh la cuti banyak sikit, nak luang masa dgn anak cucu, dengan keluarga. Kami pun ada keluarga. Tapi kami x boleh luang masa banyak sangat dengan diorg sbb kami kena bawak teksi nak carik duit bayar sewa.

Mmg la kompeni teksi siap bagi semua skali - kereta siap ngv, permit - tapi kos dia lebih mahal. Kereta iswara je kadang2 tu. Kalau ada permit sendiri, senang. Beli waja baru buat teksi, bulan2 baru 600 lebih. Bila dah xnak bawak teksi, boleh tukar balik jd kereta biasa sbb tu mmg kereta kita. Ada la harta kita sikit. Kalau bawak teksi kompeni, bila dah xnak bawak teksi kena pulang balik kereta kpd kompeni. Ribu2 burn mcm tu je..

Aku : tp kenapa payah benar nak dapat permit tu pakcik?

Pakcik teksi : sebab nak jaga puak dia la..ada kuota dia. Kalau semua dapat permit teksi, kompeni teksi mmg lingkup. Kompeni2 tu semua kroni diorg belaka dik...poket semua nak kena jaga jugak...

Teksi pun sampai depan rumah aku. Sebelum aku keluar, pakcik tu pegang lengan aku.

Pakcik teksi : pakcik harap sangat bila pakatan menang nnt, diorg cepat setelkan hal permit ni. Pakcik ni makin lama makin tua. X larat nak bawak teksi sekerap dulu. Dekat 20 tahun pakcik bawak teksi ni dik. Biarlahlah masa tua2 ni pakcik boleh berehat sikit. Dah la barang sekarang semuanya mahal belaka. Sudahnya pendapatan bawak teksi habis mcm tu je...

Aku pun bayar tambang, lepas tu pakcik tu pun berlalu. Semua ni buat aku termenung dan bertambah simpati pd nasib pemandu2 teksi..

No comments:

Post a Comment