Friday, January 27, 2012

Kalau nak membohong pun agak2 la...

shahrizat kata dia tak de kena mengena dengan NFC.

elo puan, bila laki hang TERLIBAT SECARA DIRECT dengan NFC, mana kat situ boleh berlaku satu benda remeh yg kita panggil CONFLICT OF INTEREST. tak terlibat kononnn..

then ada sesapa drpd kementerian pertanian dan industri asas tani boleh jawab tak APAKAH KELAYAKAN YG ADA PADA SI SALLEH LAKI SHAHRIZAT TU utk mendapat tender bela lembu sebesar ni? apakah dia ada akreditasi FAMA? apakah dia berpengalaman membela lembu dalam apa jua skala?

atau sebab dia ni bodoh macam lembu?

Iman itu takkan dapat diwarisi...



kata org, iman tak dapat diwarisi. tapi Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "anak2 adalah ibarat kain putih. terpulanglah kepada ibu bapanya utk mencorakkan mereka menjadi nasrani, yahudi atau majusi".

gambar di sebelah kiri adalah gambar aku dan isteri bersama2 dengan anak anwar ibrahim, NURUL IMAN dan gambar belah kanan lak ialah gambar anak muhyiddin yassin yg juga seorg penyanyi yg baru memenangi anugerah artis harapan masa AIM baru2 ni, NAJWA MAHIADDIN.

cuba kita fikir sejenak - bagaimanakah rupa dan penampilan anak sorg lelaki yg dituduh sebagai peliwat dan penzina, dan bandingkan pula dengan penampilan anak seorg lelaki yg baru2 ni dihebahkan oleh puak2 UMNO sebagai imam solat sewaktu melawat kedah baru2 ni, yg juga sedang memperkenalkan gagasan peribadi beliau iaitu "Islam wasatiyyah".

cuba fikir sejenak, dan bandingkanlah. lepas tu tanyalah dengan hati yg jujur - bapa siapakah yg lebih layak dikaitkan dengan menegakkan Islam, dan bapa siapakah yg lebih layak utk dikaitkan dengan kemaksiatan?

AUKU - ada udang di sebalik kuey teow?

maka dengan rasminya the dreaded AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI atau AUKU telah dipinda bagi membolehkan para pelajar universiti - 21 tahun ke atas - aktif berpolitik dan menyertai mana2 parti politik.

dari satu segi, ini adalah kejayaan besar bagi pejuang2 anti AUKU yg selama ini menanggung jerih ketidak adilan serta kongkongan tak berasas yg berselindung di sebalik label AUKU. namun begitu, kita perlu fikir kenapa akta yg selama ini begitu dipertahankan oleh UMNO BN akhirnya dengan mudah dipinda - hanya kerana satu verdict mahkamah yg menyatakan AUKU tidak mengikut perlembagaan. bukan ke selama ni UMNO BN pasti ada jalan utk mengatasi verdict mahkamah, sepertimana kes ISA?

aku nampak walaupun ini nampak mcm kemenangan pihak pro M, aku tak dapat lari dari merasakan ini juga merupakan satu ruang bagi UMNO BN utk mengekploitasi universiti bagi tujuan2 politik UMNO habis2an tanpa perlu risaukan bantahan dan kritikan maut pihak luar. ye la..pelajar dah boleh berpolitik, kan? so apa salahnya depa hold program UMNO dalam U? ndak2 lak semua naib chanselor (atau kes UIA, rektor) adalah pro UMNO BN!

jadi, kita jangan leka dan bergembira dengan "kemenangan mahasiswa" ni sebab pastinya tindakan UMNO BN ini sarat dengan "udang di sebalik mee". kita kena usaha lebih utk pastikan UMNO BN tidak berleluasa dalam IPTA dan IPTS negara ni dan kena pastikan kita gunakan sepenuhnya pindaan AUKU ini utk memantapkan gerak kerja parti PR dari akar umbi.

Rang Undang2 Perhimpunan Awam - satu jenaka dari UMNO.

rang undang2 perhimpunan awam 2011 dibentangkan hari ni dengan intipatinya "membenarkan perhimpunan awam dengan bersyarat". antara syarat2nya -

1) hak untuk menganjur dan berhimpun adalah untuk WARGANEGARA SAHAJA.
komen aku - so lepas ni patriot tak leh la guna bangla dengan minah indon utk buat demo bagi meramaikan jumlah peserta ye...hahahaha

2) perhimpunan jalanan tidak dibenarkan.
komen aku - kita tgk apakah pas ni UMNO akan buat demo membantah kerajaan negeri PR kat stadium ke kat taman bunga ke...dan agaknya pas ni perarakan maulidur rasul dengan thaipusam pun tak dibenarkan la ye?

3) dilarang mengeluarkan kenyataan yg boleh membawa permusuhan.
komen aku - ibrahim ali, pemimpin2 UMNO, pls take note: sapa yg kata "akan pergi berperang" dan "tak tahu apa yg akan terjadi kalau perhimpunan ini (BERSIH) diteruskan" satu ketika dulu?

dan pelbagai syarat lain yg tak sempat aku disclosekan kat sini.

bagi aku senang je - kalau UMNO nak terus gali kubur mereka sendiri, silakan. aku lebih dari sudi nak kambuskan depa dengan tanah tu balik.

budak pun takkan tertipu...



Kesian budak-budak di kelantan. Kebanyakkan kanak-kanak di kelantan rosak dah giginya. Nak bukti? Baca atas larh weh.. berikut di bawah ialah sesi interview dengan salah seorang kanak-kanak yang aku panggil untuk suka-suka bagi melengkapkan artikel neh ;

Aku : Oittt mat yeh meh sini sat.

Mat yeh : Napa?

Aku : Sini je larh.

Mat yeh : Haa..napa?

Aku : Tengok gigi ko.

Mat yeh : Nak buat apa?

Aku : Buka mulut cepat sebelum aku buka kan untuk ko.

Mat yeh : Kenapa?

Aku : Cepat aku cakap..

Mat yeh : Ahhh...

Aku : Mana gigi ko..?

Mat yeh : Senyum..

Aku : ieba.. ieba.. Gigi ko rosak teruk neh kenapa? Ko tak gosok gigi ek?

Mat yeh : Senyum..

Aku : Inganba.. inganba.. Ko tak malu ke mat yeh? Umur ko berapa? Budak kecik neh gigi dia lagi lengkap dari ko walhal ko lagi tua dari dia.

Mat yeh : enam tahun.

Aku : Haishhh.. teruk2. Ko tahu tak punca2 yang menyebabkan gigi ko rosak?

Mat yeh : blur

Budak menyampuk umur 5 tahun : punca tue macam sebab. <-- budak neh dah dibiasakan oleh aku dari kecik so dia memang pandai lebih sikit. Dan agak terkenal dengan benda2 begini pun.

Aku : Air lah yang menyebabkan gigi ko rosak teruk.. faham? Air..

Mat yeh : Air?

Aku : Hah.. air. Air telah merosakkan gigi ko.. faham? Oleh itu.. jauhi dari air paip yer.

Mat yeh : Gelak

Aku : Apsal ko gelak?

Mat yeh : Air mana boleh rosakkan gigi lah. Saya selalu makan gula2 sebab tue gigi hitam.

Cisss.. budak enam tahun pun tak tertipu dengan benda merepek dari utusan neh. Macam mana dia boleh ingat orang yang lebih tua akan termakan dengan dakyah mengarut dia neh? Orang dulu2 pun takde guna air perawatan blablabla neh pun.

Tapi adakah gigi mereka bermasalah sebagaimana gigi kanak2 hari neh? Tidak. Punca utama gigi kanak2 rosak ialah cara pemakanan. Gula2, keropok2, menda2 yang mengarut yang selalu dibeli oleh mak bapak atau sesiapa sahaja kepada kanak2 neh mendorong kepada punca permasalahan gigi kanak2 di malaysia.

Ini pengetahuan am lah utusan. Aku rasa satu malaysia tahu. Tapi pelik apsal ko boleh tatau? Adakah.. ko benar2 bodoh nak mampos? Well.. utusan berita pasal levi 1% oleh tnb itu lah yang patut jadi main topic di front page ko hari neh. Bukan benda mengarut bodoh piang begini. Utusan.. utusan.. haishh. Bai.

Pada bulan januari hari tue utusan ada keluarkan artikel seperti di atas neh (rujuk gambar). Jelas daripada penulisan terbabit, punca pemakanan penyebab faktor utama kerosakkan gigi di kalangan anak2 di malaysia. Kelantan memang terkenal dengan masakan manis. Ini, boleh dikatakan sebagai punca. Tapi.. air? Hhahaha... budak enam tahun pun gelak beb.

Budak 6 tahun lagi pandai dari utusan.