Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, February 3, 2013
perlu ke Isma bertanding PRU?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
maka sudah jelas - Isma mengumumkan akan bertanding masa PRU13 nanti. at least, itulah yg dimumkan presidennya, Abdullah Zaik.
macam biasa, aku akan ulas perkara ni dalam bentuk poin bagi memudahkan korg (dan aku sendiri) faham situasi :
1) Isma mengumumkan akan bertanding - soalnya depa akan bertanding atas tiket apa?
2) sekiranya depa bertanding atas tiket Umno, maka bolehlah para ahli Isma yg selama ni menyokong depa atas "dasar perjuangan yg lebih tulus dan suci" itu mengetuk kepala masing2 tanda mengakui kebodohan depa menyokong Isma selama ni.
3) Isma takkan bertanding menggunakan tiket Pas. nevertheless, bukankah pimpinan Isma itu lebih gemar menghentam Pas? ramai kawan2 aku dan isteri yg terlibat bersama jemaah pro-Islami masa zaman U dulu dah menyerong menyokong Isma atas alasan "fedup dengan Pas" tapi "tak sanggup nak sokong Umno." semuanya terpengaruh dengan dakyah "melayu sepakat Islam berdaulat". kononnya.
4) jika demikian, adakah Isma akan bertanding atas bendera sendiri? kalau itu terjadi - ajaib. sebab apa ajaib? sebab begitu mudahnya Isma ini berubah drpd sebuah NGO non partisan menjadi sebuah parti politik dan begitu cepat sekali ROS meluluskan pendaftaran depa sebagai sebuah parti politik yg boleh bertanding dalam PRU. PR dah banyak kali mintak daftar tapi tak dilayan pun!
5) sekali lagi jika Isma bertanding atas tiket sendiri, apakah boleh dikatakan Isma ini akan menjadi pemecah undi melayu? jika dulu, org melayu hanya akan ada dua choice - yg sokong Umno akan undi BN dan yg sokong Pas atau PKR akan undi salah satu drpd kedua2 parti tersebut sbb kedua2 parti itu bertahalluf bawah PR.
6) jika Isma ini akan menjadi pemecah undi melayu, maka alasan Abdullah Zaik mengenai keputusan Majlis Syura Isma (yg penah aku hentam secara terbuka sebab tak reti beradab dalam mengeluarkan fatwa aritu) untuk melibatkan Isma dalam PRU iaitu "ingin mengatasi senario kedudukan politik orang Melayu dan umat Islam yang semakin goyah dan tercabar akibat perpecahan" adalah RETORIK SEMATA2.
7) seharusnya jika Isma ini jujur ingin menyaksikan kesatuan politik umat Islam, Isma harus menetapkan pendirian depa dengan menyokong mana2 pihak yg bertanding pada ketika ini. pilihan Isma mudah - sokong team melayu dulu Islam kemudian, maka joinlah Umno. sokong team Islam dulu bangsa kemudian, maka Pas adalah pilihan terbaik.
8) aku tertarik dengan kenyataan ini - "ISMA menghantar calon di kawasan-kawasan yang dikenalpasti berpotensi dan selari dengan dasar serta tujuan penglibatan politik ISMA." apakah Isma akan menghantar calon2nya untuk bertanding di kawasan2 yg ditandingi oleh Umno menentang PKR dan DAP? so that org melayu yg tak sokong Umno tapi terpaksa undi calon PKR atau DAP ada alternatif lain? sekali lagi, pemecahan undi akan berlaku.
9) sekiranya Isma berjaya memenangi beberapa kerusi katakan, then what's next? apakah yg akan Isma lakukan? sekadar jadi tukang sorak dalam Dewan? atau kemudian akan mengumumkan masuk Umno beramai2? atau kekal menjadi "pihak ketiga" tapi "berpihak"?
10) memetik kata2 sahabatku Ustaz Hasrizal Abu Jamil, "kelemahan ISMA pada idea yang dibawa menyebabkan UMNO pun tidaklah berminat sangat dengan ISMA dan rakan-rakan seperjuangan yang lain pula semakin dijauhkan / menjauhkan diri. Akhirnya, ia menjadi perjuangan yang mungkin akan mensesiakan masa dan tenaga anak muda kerana ISMA sendiri gagal mencapai objektif yang mereka sendiri tetapkan." jadi, apa guna meneruskan sekiranya perjuangan ini akan menjadi tidak lebih daripada sebuah perjuangan yang SIA2?
secara kesimpulannya bagi aku, jika Isma bebenar jujur utk menyatupadukan umat Islam di malaysia ni, bertindaklah sebagai penjelas dan pencerah ttg agama dengan sebenar2nya dan bukan menjadi sebuah lagi NGO non partisan yg hanya tahu hentam Pas dan kepimpinan Pas dan dalam masa yg sama, agak lunak dengan Umno. kalau depa bebetul jujur dan berdisiplin dengan ilmu depa, depa tau apa yg patut depa buat.
jika tidak, maka Isma ini sama sahaja seperti parasit.
Fais aku kenal ko lama dah...boring dengan hujah2 ko yg berlagak pandai. otak dah tepu dng politik2...dan berlagak mcm 'ustaz'...hebat la konon2nya....
ReplyDeletehe3...