Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tuesday, February 12, 2013
2 juta yang hangus...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jadi, berakhirlah konsert superstar Korea, Psy yg terkenal dengan lagu hitnya "Oppa Gangnam Style" di atas pentas BN Pulau Pinang sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina pada tengahari Ahad lepas. Aku kat sini tak la berminat nak ulas ttg kejadian2 memalukan Najib dan BN pada konsert tersebut - it is well documentated by loads of ppl - jadi aku tak berminat nak menambahkan perisa.
Cuma aku nak bangkitkan beberapa keraguan dan pandangan aku mengenai event ni -
1) Nilai yang dibayar kepada Psy terus menjadi teka teki - RM 2 juta ke? USD 2 juta ke? Apapun jumlahnya, nilai jutaan terlibat.
2) Siapa yg menanggung kos tersebut? BN? Kompeni pengurus iaitu Mega Ultimate? Atau ada kompeni lain?
3) Jika BN yg mengeluarkan dana tersebut, duit siapakah yg digunapakai? Ada ke BN duit sebanyak itu tanpa melibatkan dana daripada kerajaan pusat? Obviously kerajaan negeri Pulau Pinang takkan terlibat la..
4) Jika benar wang itu datangnya dari dana BN, maka kita hendak tahu secara detailnya bagaimana BN ada wang sebanyak itu UNTUK DIHANGUSKAN.
5) Jika wang itu datangnya dari duit kerajaan a.k.a duit rakyat, mmg tak leh kata apa la. Inilah kesialan yg amat nyata.
6) Jika wang itu disumbangkan oleh Mega Ultimate atau kompeni pihak ketiga, kenapa depa begitu cuak utk mengakui penglibatan depa? Biasanya kalau kompeni yg sponsor jumlah sebanyak itu pastinya mahukan publisiti sebagai "trade-in" sumbangan depa. Jarang ada kompeni swasta yang "lillahi taala" nih.
7) jika Mega Ultimate itu yg menyumbang, bagaimana sebuah kompeni yg untung bersih tahunannya bawah RM50,000 boleh pulak keluarkan dana 2 juta?
8) jadi semua keraguan mengenai kompeni ini menunding kembali kepada satu kesimpulan - konsert ini mmg ditaja oleh BN sepenuhnya. Sama ada menggunakan dana BN atau dana kerajaan a.k.a dana rakyat, ini yg menjadi persoalan. Sikap berselindung Najib dalam memperkatakan ttg asal usul dana konsert Psy ini tidak membantu langsung.
9) Dan seperti yg kita tahu, walaupun 2 juta telah hangus, reputasi Najib dan BN bukan saja tidak dipulihkan, malah makin teruk.
10) Keputusan mengadakan konsert ini di Pulau Pinang juga bagi aku sebagai satu penghinaan kepada penyokong2 BN berketurunan cina di negeri2 BN seperti Johor dan Melaka. Seolah2 BN lebih mementingkan depa yg TIDAK MENYOKONG BN berbanding para penyokong depa sendiri.
11) Dan semua ini pastinya akan merencatkan lagi hasrat Najib utk mengumumkan tarikh pilihanraya. Tapi jika Najib membiarkan saja kerajaan ini luput mandatnya dengan sendiri, ini pastinya akan menambahterukkan lagi reputasi Najib serta menggoyahkan kedudukan BN kerana BN sudah pastinya dilihat tidak berkeyakinan langsung utk menghadapi PRU.
jadi kesimpulannya, apakah 2 juta yg dihanguskan itu berbaloi? Jawapannya tidak sama sekali bagi Najib dan BN.
No comments:
Post a Comment