Tuesday, January 22, 2013

setakat budak hingusan nak ragui aku...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

aku mmg baru je dalam Pas. secara totalnya, aku mula jadi ahli Pas secara rasmi pada julai 2011. aku dipanggil ke dalam usrah Pemuda Pas Kawasan Batupada 13 september 2011. esoknya aku diamanahkan jawatan biasa - memegang lajnah ekonomi DPPKB. 

walaupun aku baru, aku diberikan amanah oleh jemaah untuk menguruskan penyewaan tapak berniaga kepada peniaga sempena Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011. alhamdulillah, dengan bantuak kawan2 seperti Zulhaidi dan Qadier Al Muarie, aku berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik seperti yg diamanahkan.

kemudian aku dilantik pula menjadi Ketua Penerangan DPPKB hingga sekarang, walaupun banyak status aku dalam FB ni sebenarnya bersifat peribadi dan tak de kena mengena dengan polisi DPPKB.

so apakah disebabkan aku baru dalam jemaah, aku ini tak boleh dipercayai? tak de masalah. aku dipercayai hingga menjawat jawatan dalam Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. aku juga diberi task dalam DPP Malaysia [Official]. aku bersahabat dgn ramai ulama dan pimpinan utama atasan Pas. dan aku mendapat kepercayaan depa dan depa tak de masalah utk mempercayai aku walaupun aku baru sbb aku buat kerja dan aku tak mengelat.

walaupun aku baru, aku kehadapan. aku pertahankan Pas dari depan menghadap serangan bertali arus puak Umno baik secara nyata atau maya. dalam demo memana, aku dan kawan2 Unit Amal berada di hadapan sekali - antara pendemo dan juga polis serta puak Umno. ketika isu2 melibatkan kredibiliti Pas dibangkitkan, aku bangkit menagkis tohmahan dan serangan serta menyerang balik dgn segala ilmu dan kapasiti yg aku ada walaupun kecik. aku tak duduk diam dalam surau, mengajar kitab syok sendiri sambil menadah telinga mendengar luahan perasaan sesapa..

so aku mmg baru. ya. tapi setakat kepercayaan, insya Allah aku dapat lebih banyak kepercayaan daripada orang2 utama dalam Pas baik di peringkat kawasan, negeri atau Pusat dan itu lebih penting. aku tak heran kalau x mendapat kepercayaan drpd budak2 hingusan yg hanya sibuk menggunakan FB utk posting gelora cinta remaja. dan oh ye - aku tak guna kedudukan, populariti serta kepercayaan org terhadap aku utk mintak henpon baru tau masa henpon aku kena ragut aritu. aku beli sendiri.

belajar ingat sedikit kedudukan kita di mana :)

No comments:

Post a Comment