Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tuesday, January 29, 2013
SAHARA - kontroversi yang disengajakan?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
sekarang ni tengah hot diskusi tentang sebuah drama bersiri di astro prima mengenai wanita berniqab iaitu "Sahara". ini bukan drama pertama menampilkan wanita berniqab sebagai heroin. TV AlHijrah tak lama dulu turut menayangkan sebuat drama pendek 14 episod bertajuk "Warkah Cinta" yg turut dilakonkan oleh Imam Muda Nazrul.
tapi mmg berbeza langit dan bumi antara kedua2 drama tu. di saat drama Warkah Cinta memaparkan bi'ah dan suasana pelajar2 Masriyyah, Sahara seolah2 merupakan penghinaan dan pencabulan imej terhadap golongan berniqab.
sebagai seorg lelaki yg mempunyai isteri berniqab, maka aku terpanggil utk mengulas.
sebagai permulaan, aku tepek satu kenyataan ringkas drpd Dr Zaharuddin Abdul Rahman yg disiarkan menerusi fanpage facebook rasminya,
"Drama ini patut diKRITIK dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab. Wanita berhijab TIDAKLAH sedemikian murah untuk berdating, berpegangan tangan, berpelukan dengan lelaki bukan mahram. Kalau kita marah-marah non muslim menghina dan memberi gambaran salah terhadap kalimah Allah dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Islam sendiri."
kenyataan dr Zaharuddin itu sendiri merangkumi segala apa yg patut dikritik berkenaan drama ni. perihal wanita berniqab yg senang2 dating berpegangan tangan dgn laki ajnabi, melakukan segala jenis zina yg available kecuali zina betul, malah tidak berpegang kepada konsep "wala taqrobuz zina" dan sebagainya. benar2 ini merendahkan maruah golongan berniqab. implikasinya? masyarakat esp yg jahil tidak lagi akan menghormati golongan berniqab sebab depa akan menganggap golongan berniqab ini sama je laghanya dengan bohsia tepi sungai.
soalnya, apakah penerbit dan pengarah serta penulis skrip drama ini, serta pihak pengurusan astro prima tidak cakna hal ini?
jom kita lihat pula apakah sipnosis drama ini,
"Apa yang akan terjadi kepada seorang gadis bandar yang liar dan sukakan hiburan tiba-tiba terpaksa tinggal di sebuah sekolah pondok yang terikat dengan peraturan dan sangat terikat dengan aturan agama? Dapatkah gadis tersebut yang bernama Elena mengharungi kehidupan dan cabaran untuk menjadi muslimah? Saksikan kehidupan Elena dalam drama Sahara."
seolah2nya drama ini hendak menggambarkan betapa utk mengubah seorg wanita biasa2 menjadi muslimah perlu melalui proses pemaksaan tanpa hikmah, lantas menyebabkan walaupun berniqab tetapi still melakukan kemungkaran. ini adalah satu konsep yg amat bertentangan dan terpesong. sebab apa? sebab dalam Islam, kita utamakan dakwah bil hikmah dan dakwah bil hal. tidak ada konsep pemaksaan sebaliknya kita menekankan tarbiyyah secara berterusan. malah tidak ada paksaan utk seorg wanita mengenakan niqab dan apabila dia pakai niqab, itu adalah kononnya manifestasi dia "dah jadi baik" whatsoever. gila apa? semua misconception mengenai Islam, niqab dan wanita muslimah digambarkan dalam drama ni.
aku suka nak memetik satu komentar dari facebook yg aku kira menggambarkan keseluruhan perasaan kurang senang berkenaan kebejatan ini,
"Tujuan berniqab ni untuk mengelak daripada di pandang ajnabi. Jadi tidak tercakai matlamat sekiranya pakai niqab (berpurdah) tetapi boleh dipegang pula. Berniqab adalah pakaian sunnah para isteri Rasulullah. Jadi jangan cemari pemakaian sunnah dengan babak cerita memalukan Islam. Mohon para pengarah di Malaysia take extra effort sebelum menerbit cerita2 Islamik. Bukan tak boleh."
namun hati kecil aku (tiru hasan ali sat) ada sedikit rasa (pun tiru hasan ali) betapa mmg sengaja drama ini dibuat sebegini rupa. sebab apa? jika drama ini tiada kontroversi, maka bilangan penonton yg akan menontonnya mungkin la mencecah satu jumlah tertentu saban waktu siarannya - katakanlah hit 100,000 viewers. tapi bila tercetusnya kontroversi ini, ada kemungkinan viewer drama ini setiap tayangannya akan meningkat berkali ganda sebab masing2 yg x menonton drama ini tetapi mendapat tahu tentang kontroversi drama ini pastinya akan cuba ambil peluang menonton drama ini WALAUPUN SEKETIKA untuk melihat sendiri "betul ke kontroversi yg dipaparkan itu?" dan secara tak langsung, ianya akan menaikkan rating drama ini. rating is counted by quantity, not the reason of viewing.
dan jika benar telahan aku ni, maka ini adalah satu strategi jahat yg amat licik serta tidak boleh dimaafkan.
dan sebagai akhirnya, aku mungkin akan menyertai growing numbers of ppl yg nakkan drama ni dihentikan siarannya, tapi aku lebih suka menyeru kepada pembikin2 filem yg dah berhijrah kepada fitrah seperti sahabat baikku Adam Hamid, Pierre Andre, Hafsham dan Bob Lokman serta gerombolan artis2 lain yg dah kembali kpd fitrah supaya mewujudkan sebuah drama atau filem yang mempromosikan keindahan Islam ini dari pelbagai aspek. boleh juga buat drama atau filem mengenai wanita berniqab dan gambarkan betapa golongan ini merupakan satu entiti yg amat mulia dan mempunyai kedudukan yg tinggi dalam Islam. insya Allah, kita akan dapat mendidik masyarakat dengan lebih baik lagi menerusi cara itu.
aku akhiri tulisan aku kali ni dengan sedikit petikan kata2 Dr Zaharuddin di atas, "Kalau kita marah-marah non muslim menghina dan memberi gambaran salah terhadap kalimah Allah dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Islam sendiri."
na'uzubillah.
No comments:
Post a Comment