Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, January 21, 2013
Fathul Bari, jangan cakap tak serupa bikin
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
akhirnya aku terpaksa jugak sentuh balik semula pasal kisah fathul bari kawen 2 ni. bukan sbb aku tak de isu lain. aku melambak isu yg backlog bahkan perkara fathul bari kawen dua ni sebenarnya bagi aku bukan isu politik pun. cuma apabila melihat fathul bari dah jadi selebriti akhbar pojok, maka aku terpanggil la untuk ulas sikit sebanyak apa yg boleh aku ulas.
1) pendedahan perkahwinan fathul bari ni aku buat sebab dia senyap. dia tak bagitau umum yg dia nikah lagi satu kat luar. sebab cuba kita bayangkan - tak kira la nikah tu ikut undang2 ke tak ke, dah namanya nikah kat siam SENYAP2, lepas tu tak dihebahkan kepada umum, apakah persepsi masyarakat yg akan timbul?
2) aku bicara secara umum sebab dia ni agamawan. sorg ustaz. so kalau ustaz pun kelihatannya buat perangai mcm tu, apakah persepsi org ramai terhadap ustaz2?
3) orang ramai tak pedulik pun kekadang apa alasan kita. sebaliknya depa lebih memandang perbuatan itu. action will always speaks louder than words.
4) sebagai cth, ah soo tukang jual paper yg aku beli metro ni semalam siap tanya aku, "wah, ustaz pun senang2 kawin lari ka?" aku senyum je la, then tanya, "apa pasal ah soo cakap mcm tu?" "ini, dalam metro ada ustaz kata dia kawen diam2 dekat thailand." nampak?
5) tak perlu fathul bari merepek pasal kenduri kendara la. dia kan sibuk berceramah lepas kawen tu. pi adelaide la apa la. bahkan aku datang lagi kat salah satu ceramah dia kat batu 6 gombak. tak de pun dia ambik kesempatan dalam 2 minit buat pengumuman yang dia dah nikah lagi satu dan bagi la apa jua ceritera dia. ini tak - dia abiskan masa kutuk TGHA, kutuk Pas, citer pasal fitnah bla bla bla..
6) kenapa penghebahan perlu? sebab sekali lagi, dia nikah SENYAP2 kat siam. isunya bukan dia nikah kat mana, tapi CARA dan PERBUATAN itu yg isu. kalau dia nikah senyap2 kat london pun, tetapi jadi isu sebab NIKAH SENYAP2. buat apa nak senyapkan pernikahan yg mendapat restu isteri pertama? buat apa nak senyapkan pernikahan yg bertujuan membantu sorg manusia peluk Islam? mulut ada, bagi je la reason.
7) aku bagi cth ayat la kalau dia bodoh sangat - "baik, saya nak ambik kesempatan ni nak umum satu berita gembira. saya nikah sorg lagi tapi saya tak nikah di sini. nikah di siam. ikut undang2 bla bla bla sebab nak Islamkan dia bla bla bla. buat masa ni, saya belum bersedia nak tunjuk mana satu isteri saya sbb saya dalam proses nak tarbiyyah dia menjad muslimah bla bla bla..." surely la org tak bersuara lepas tu. tak pun pi habaq dalam youtube ke apa ke.
8) sekali lagi ini adalah perlu sebab dia ni 1) ustaz terkenal 2) public figure 3) jadi idola org2 dalam Umno at least. so apa perasaan penyokong2 dia bila tau dia kawen senyap2 kat siam mcm org kena tangkap basah? bukan sikit penyokong dia yg dah ragu dengan sikap dia yg aku jumpa. even abu aqif sendiri kelam kabut!
9) satu lagi implikasi buruk benda ni ialah fathul bari secara tak langsung menunjukkan betapa "ada cara mudah nak nikah di siam". dia telah menunjukkan kepada umum satu loophole dalam undang2 munakahat negara ni yg boleh dieksploitasi. jadi bayangkan situasi di mana
- org mula pasang awek pendatang, misalnya awek indon
- nak nikah dgn mudah, pi songkhla sbb ada pejabat yg dapat pengiktirafan konsulat Malaysia
- balik daftar kat malaysia tak kena saman
jadi jika semua buat mcm tu, makin lama sistem munakahat dan syariah negara ni makin dibelakangkan. tak ke caca merba nanti?
10) keywordnya kat sini fathul bari tidak melanggar undang2, tetapi MEMBELAKANGKAN undang2 syariah dan pernikahan negara ni. dan lebih teruk, memandangkan dia ni public figure dan dia lepas unscathed, tak mustahil RAMAI yang akan IKUT jejak langkah dia. dan ini satu kemungkinan yg amat membimbangkan.
11) cuba bayangkan kalau sorg ustaz Pas buat mcm ni, apakah bollocking yg bakal berkumandang? fathul bari nasib baik org2 Pas dan PR tak gemar serang peribadi sangat.
12) dan serius, tolong la cakap serupa bikin. dia bagi doa Saad bin Abi Waqqas utk kenakan org yg "sekiranya" fitnah dia. tapi masalahnya, dia inilah sebenarnya pencetus fitnah! kalau dia JUJUR dari awal, satu hapah pun benda ni takkan jadi.
13) tapi yg kelakar, dalam metro tulis lain! dalam metro ditulis "..sebaliknya berdoa supaya mereka yang berniat mengaibkannya DIBERIKAN PETUNJUK". dalam video penjelasan 14 minit lebih tu, tak de satu KEYWORD pasal DIBERIKAN PETUNJUK diutarakan olefh fathul bari. nampaknya paper pun diarahkan supaya twist ayat tersebut supaya tak nampak mcm fathul bari "cakap tak serupa bikin".
14) akhir sekali, dalam video tu (gagal disebut dalam akhbar) fathul bari berkata "Islam suruh siar penuh2 jangan sekerat2". maka ini aku ingin PULANGKAN balik kepada Umno BN esp media2 depa dan juga fathul bari sendiri - kalau nak ulas apa2 pasal PR, kalau nak tayang video ucapan pimpinan PR, kalau nak petik artikel ucapan pemimpin PR, BUAT SEPENUHNYA dan JANGAN SEKERAT2. inilah amalan media2 Umno selama ni - AMBIK SEKERAT2. sekali lagi, jangan cakap tak serupa bikin.
aku dah malas nak menceceh pasal ni. aku doakan fathul bari bahagia je la. cuma lepas ni kalau dia nak tambah no 3 ke, atau si idris sulaiman ke ahmad fauzan ke nak tambah isteri, jangan ikut perangai fathul bari ni. buruk laku.
dan oh ye, jangan dok serang pihak lain yg tak de kena mengena dgn isu ni semata2 nak pertahankan diri sendiri ye. bak kata Dr Maza, "tabiat buruk sesetengah beruk peliharaan ialah menyerang mereka yang tidak terbabit hanya kerana ingin menunjukkan kesetiaan kepada tuannya".
No comments:
Post a Comment