Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, January 9, 2013
aman ke Malaysia ni?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
hari ni aku kena ragut. habis galaxy tab aku kena cilok. tak la tension sangat hilang henpon tu - rezeki tak de la tu - tapi yg tensionnya bila mengenangkan semua file lagu aku, gambar2 aku yg kontrol hensem, no telefon semuanya turut lesap..hadu...
masa aku buat report polis, aku diminta bagi statement dekat sorg inspektor muda bernama chua. mmg muda sangat. dalam 26 tahun dan mmg stail dia mcm stail polis detektif cerita hong kong. hehehe..
yang nak dijadikan poin tulisan aku hari ni ialah hari ini sahaja ada 5 KES RAGUT DI SEKITAR JAJAHAN BALAI POLIS SETAPAK. tu baru kes ragut. kes kecurian tak masuk lagi, kes gaduh tak masuk lagi, kes pecah rumah tak masuk lagi. total kes kat tangan inspektor chua tu sahaja ada dekat 30 kes untuk hari ni. tu baru dia. inspektor lain? balai polis lain? MENAKUTKAN.
inilah yang menjadi kerisauan aku. kononnya kita dicanang sebagai "negara yang aman makmur" dan sebagainya tetapi apakah aman jika satu hari hampir 50 kes jenayah dicatatkan di satu balai polis? keamanan apakah namanya jika setiap hari rakyat sentiasa terpaksa memerhatikan kiri dan kanan takut2 kalau ada pencuri atau perogol yg memerhatikan depa dengan niat yang amat jahat?
bagi aku, kata2 yang menyatakan negara kita ni aman adalah satu pembohongan. ya - secara fizikal nampak kita aman. tak ada perang, tak ada bom meletup dan sebagainya tetapi secara dalaman? Allah..
akan ada puak argue - "alah, mana2 negara pun ada jenayah" - tetapi kita kena bandingkan statistik dengan lebih adil. di arab saudi misalnya yang mengamalkan hudud, kadar jenayah depa adalah antara yang terendah di dunia walaupun arab saudi JAUH LEBIH LUAS banding negara kita, dan bilangan rakyat depa juga jauh lebih banyak. depa pun ada menyaksikan kebanjiran pendatang asing. bahkan, depa lagi terdedah kepada pendatang asing yg menyelinap setiap kali musim haji atau umrah dimana jemaah yang datang dari luar negara tak nak balik2. tapi sekali lagi, kadar jenayah depa antara yg tersikit di dunia. kenapa kita tak ambil perkara itu sebagai pengajaran?
sudah tiba masanya kita kena giatkan usaha membawa undang2 Allah dalam negara. undang2 Allah yang sebenar, bukan setakat pacak mahkaah syariah buat perhiasan.
No comments:
Post a Comment