Sunday, June 24, 2012

separuh akhir EURO 2012 - previu pasukan Spain



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Inilah keunikan EURO. Kejohanan mana lagi yang mampu menemukan semua kuasa bolasepak dalam 2 perlawanan separuh akhir yang pastinya akan menjanjikan perlawanan akhir yang berkualiti? Namun, inilah kali pertama selepas sekian lama 4 pasukan utama eropah bertembung dalam perlawanan separuh akhir - Spain lawan Portugal manakala Jerman menentang Itali. Even pada tahun 2008 pun menyaksikan hanya Spain dan Jerman sebagai pasukan utama bolasepak eropah di separuh akhir - menentang Rusia dan Turki memasing. Tahun 2004? Greece datang dari entah mana tetiba terus melonjak jadi juara Eropah.

So, tahun ni jauh lebih menarik. Lebih menarik para "purist" bolasepak. Dan menarik perhatian aku jugak. Kat sini, insya Allah aku akan buat sedikit analisis teknikal keempat2 pasukan yang masih tinggal berdasarkan apa yang dilalui oleh depa sepanjang kejohanan ini berlangsung. Kita lari dari politik sekejap walaupun aku terpanggil nak ulas kemenangan Dr Mursi semalam.

Pada entri permulaan ini, aku akan mengulas mengenai Spain. Lagi 3 team akan menyusul kemudian.

SPAIN

Tak dinafikan depalah pasukan pilihan utama, selayaknya sebagai juara bertahan Euro dan juga juara dunia. Dianugerahkan sepasukan pemain yang bertaraf dunia belaka dan bermain pula dalam pasukan2 kelab utama dunia, sudah tentunya kelibat Spain sahaja mampu mendatangkan gerun kepada pihak lawan. Strategi permainan Spain juga dilihat begitu sesuai untuk depa dan berjaya diimplementkan dengan cemerlang. Spain - selaku bangsa hispanik - tak pernah mempunyai pemain yang sasa dan tinggi. Selama ini, taktik yg digunakan oleh Spain lebih bersifat "traditional tactics" - 4-4-2 - yang tentunya menuntut kehadiran pemain2 yang berbadan tegap dan sasa. Sebab tu selama ni Spain tidak begitu menyerlah di peringkat antarabangsa. Namun, model permainan tiki-taka yang ditunjukkan oleh Barcelona telah ditiru oleh Spain (kebetulan, 8 daripada pemain utama Spain datangnya dari Barca) maka muncullah Spain sepertimana yang kita lihat pada ketika ini.

Walaupun Spain dianugerahkan barisan midfield yang teramat hebat - hinggakan David Silva dan Juan Mata sendiri tak mampu memastikan tempat depa dalam kesebelasan utama - depa menyertai kejohanan kali ini dengan sedikit masalah serangan. Ketiadaan David Villa yang masih belum cergas sepenuhnya begitu dirasai sekali dan Fernanto Torres pula masih lagi bergelut dengan form walaupun menjaringkan 2 gol ketika menentang Ireland. Fernando Llorente dan Alvaro Negredo pula dilihat agak "lightweight" dalam persada antarabangsa. Ini semua memaksa Vicente Del Bosque meletakkan formasi 4-6-0 sebanyak 2 kali - perlawanan pembukaan menentang Itali dan masa suku akhir menentang France. Ini bukan perkara baru - pada tahun 2009 iaitu perlawanan akhir UCL di Rome, Barcelona juga menggunakan formasi yang sama. Bezanya, Barca tetap menurunkan Samuel Eto'o dan Thierry Henry dalam kesebelasan utama - albeit diletakkan di posisi attacker kiri dan kanan dengan Lionel Messi bertindak sebagai "spearhead". Strategi itu dikira amat menjadi kerana ini memecahkan bek tengah lawan akibat kedudukan Eto'o dan Henry yang agak jauh dari kotak D dan ini memberi ruang kepada Messi dan Xavi untuk memecah masuk ke dalam pertahanan Manchester United pada ketika itu.

Spain pula menurunkan total midfielder. Sememangnya Spain mempunyai midfielder yang mampu menjaringkan gol - Iniesta, Xavi, Jesus Navas, Silva, Mata, Fabregas - tapi depa tidak mempunyai striker yang mampu draw pertahanan lawan keluar dari posisi depa. Pada tahun 1998, France meletakkan Stephan Guiv'acrh selaku penyerang tunggal tetapi dia tidak menjaringkan walau sebiji gol, sebaliknya Guiv'arch dijadikan umpan untuk melekakan pertahanan lawan bagi membolehkan midfielder2 France seperti Zidane dan Petit menjaringkan gol. At least, Spain memerlukan satu "pivot" untuk melancarkan serangan. Dan inilah masalah yang harus diaddress oleh Vicente Del Bosque terutamanya dalam menghadapi Portugal nanti.

Insya Allah, kita akan sambung nanti.

No comments:

Post a Comment