Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, June 6, 2012
Orang nak jadi baik - kenapa dihalangi dan ditangguhkan?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kadang2, aku naik pelik dengan sikap sesetengah manusia.
Sememangnya manusia ini dilahirkan dengan pelbagai fitrah dan juga dilengkapi dengan nafsu dan seringkali nafsu ini mendorong manusia melupai janji depa dengan Allah sewaktu di alam roh.
Apakah ada perjanjian antara kita dengan Allah masa di alam roh? Jawapannya ada. Allah mengingatkan kita kembali menerusi firmanNya dalam surah al-a'raf ayat 172 yang bermafhum, "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini."
Ini menjelaskan kepada kita bahawa sebenarnya fitrah kita sebagai manusia adalah merupakan hamba yang taat kepada Allah sebab kita dilahirkan dalam keadaan "deal" kita dengan Allah masih intact. Sebab tu seringkali dikatakan "bayi yang dilahirkan suci dari dosa", sebab of course dia tu bayi dan keduanya dia dilahirkan dalam keadaan mendapat belas rahmat dari Allah.
Namun, seiring dengan kesibukan kita menghadap dunia, maka kita semakin lama semakin lupa dan lalai akan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Sikit demi sikit kita terpesong dari Islam. Walaupun kita masih solat dan puasa, namun kita banyak melanggar perintah Allah tanpa kita sedari seperti membuka aurat, ikhtilat, meninggalkan amalan2 sunnah dan sebagainya.
Apakah tidak ada jalan pulang buat kita? Jalan pulang itu sentiasa terbentang depan mata kita dan Allah tidak jemu2 membuka seluas2 jalan untuk kita kembali. Allah tidak akan sesekali dingin dengan kita walhal kita terus hanyut dan lalai. Buktinya? Setiap hari Allah masih memberi ruang kepada kita untuk hidup semula selepas mati sementara agar kita berfikir dan mensyukuri nyawa yang Allah berikan ini. Betapa kasihnya Allah kepada kita, maka diberikan peringatan berulang kali agar kita bertaubat selepas menyedari terpesongnya kita ini -
“Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(As-Zumar: 53)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” (At-Tahrim: 8)
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur: 31)
Namun masyarakat kita ada satu masalah - sentiasa skeptikal dengan org yang ingin berubah kembali kepada fitrah. Bila org tu mula nak istiqamah solat, dikatanya "fuyyoo..dah nak jadi alimmm..." bila org itu mula berjinak2 nak mengaji, dikatanya "lepas ni ko boleh la jadi imammm..mana nak kawan dengan kitorg lagi dahhh..." bila si wanita hendak berhijab, dikatanya "alaaa...kejap je tu. Kan ke sekarang ni trend bertudung belaka?" atau "buat apa pakai tudung kalai tak ikhlas? Tak pakai tudung pun tak pe janji hati baik..." dan sebagainya.
Soalnya, kenapa mesti skeptikal? Apakah perubahan menuju kebaikan itu satu perkara yang salah? Jijik? Mengapa mesti diperli dan disiniskan? Mengapa perlu menyambut perubahan2 itu dengan pemulauan dan penolakan?
Sepatutnya kita berasa bangga dan malu pada masa yang sama. Bangga kerana sahabat kita telah mahu berubah menjadi manusia yang lebih baik dan malu sebab "kita ni bila lagi nak jadi baik?"
Inilah situasi yang sering berlaku apabila seseorg ingin berubah kembali kepada fitrah,
"Aku ingin berubah"
"Berubah yang macam mana lagi?"
"Tentunya untuk menjadi lebih baik"
"Kau tak rasa terlalu awal untuk berubah?"
"Tidak, tiada istilah terlalu awal. Sebaliknya kita sentiasa lewat untuk berubah"
"Tapi kau masih muda. Berseronoklah sepuasnya dahulu"
"Belum tentu aku sempat tua"
"Apa pula pandangan orang bila melihat kau tiba-tiba berubah. Pasti ada yang akan berkata buruk. Menuduh kau dah berubah atas sebab-sebab tertentu"
"Kalau orang berkata, biarkan. Mereka tak tahu apa-apa, Allah lebih mengetahui"
"Kau akan hilang keseronokan yang kau rasai selama ini"
"Tapi aku takut tak seronok di alam yang satu lagi"
Bila saat hati inginkan perubahan, pasti ada saja yang akan menghalang. Syaitan, penghasut besar yang tentunya gusar jika seseorang ingin berubah menjadi lebih baik. Sering saja alasan-alasan yang dinyatakan dalam dialog di atas akan terdetik di dalam hati kita.
Sampai saat kita inginkan perubahan ke arah yang lebih baik, berusahalah untuk menjayakannya. Itu tandanya hati kita telah diberi sinar. Usah risau dengan halangan yang bakal wujud. Usah risau dengan apa yang akan terjadi esok hari, sebaliknya usahakan yang terbaik untuk hari ini. Persepsi orang lain? Ah, abaikan jika ada yang menghindarimu kerana kau menjadi lebih baik. Itu tandanya mereka bukan teman yang baik.
Bilakah saatnya kita perlu berubah? Entah, mungkin setiap saat setelah terjaga dari tidur. Berubah, berubah dan teruslah berubah. Moga perubahan itu membahagiakan kita di 'sana' kelak.
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan mereka mengubahnya sendiri".
No comments:
Post a Comment